Memaparkan catatan dengan label info. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label info. Papar semua catatan

Jumaat, 15 Julai 2011

KEHIDUPAN LEBAH DAN KEBESARAN ALLAH

Formasi kalimah Allah di sarang Lebah
Lebah dan tanggungjawabnya

Salam jumaat...
mari berkongsi sumber ilmu ini:

Kekuasaan Allah itu terserlah didunia lebah,
di dunia lebah terdapat kelembutan Allah
Kebaikan-Nya mengalir,
dan pertolongan-Nya selalu  menyertai serangga kecil ini.
Serangga ini meninggalkan sarangnya
dengan kekuasaan-Nya mencari rezeki.
 serangga ini hinggap di tempat yang baik, bersih dan suci.
Serangga ini mengisap sari dan mengitari bunga2.
Kemudian serangga bernama lebah ini kembali dengan
membawa minuman yang berwarna-warni
menjadi ubat pula kepada manusia.
Lebah kembali kesarangnya lansung tanpa tersesat maupun bingung.

Firman Allah dalam
surah An-Nahl ayat 68-69

Dan Tuhanmu telah mengilham kepada lebah:
"Buatlah sarang dibukit bukau dipohon-pohon, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia,
kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu)"
Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya;
di dalamnya terdapat ubat bagi manusia.
Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar
terdapat tanda-tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang mahu berfikir.


Kesimpulannya

Allah itu tunggal lagi Esa
kepadanyalah kita berdoa
menggantungkan harapan dan meminta.
Sebagai hambanya kita mempunyai kewajipan syari'
melalui perjanjian rabbani dan dalam manhaj samawi
iaitu keharusan
bersujud,
bersyukur
dan mengabdi dan mengarahkan hati kepada Allah
Sesungguhnya manusia dan dunia ini
tidak memberikan apa2 manfaat pun
semuanya tidak berdaya,
semuanya memerlukan Allah.
Kita selalu memohon rezeki pagi dan petang
bahagia, sihat dan afiat
Sesungguhnya harta, jawatan dan kedudukan itu berasal dari Allah
yang menguasai segala sesuatu dengan KekuasaanNya
Maka bukalah hati kita mengesakan Tuhan dengan sifat
wahdaniyyah dan uluhiyyahNya,
memohon hanya kepadaNya
meminta pertolongan dan mengantungkan harapan hanya padaNya
Sesungguhnya manusia itu mempunyai kadar kemampuannya yang tertentu sahaja
Selebihnya kita memerlukan pertolongan dan izin Allah jua
Demikianlah yang fana memerlukan yang kekal
yang fakir memerlukan yang Maha kaya
Yang lemah memerlukan yang Maha kuat.
Sumber kekuatan,
kekayaan, keabadian dan
kemuliaan yang mutlak
itu hanyalah milik Allah...
Dengan itu yakinlah kita,
berbahagialah dengan pendekatan
dan juga ibadah kita kepadaNya....
Jika kita memohon ampun pasti Allah mengampuninya,
Jika kita bertaubat, pasti Allah menerima taubat kita,
Jika kita meminta rezeki pasti Allah akan memberi rezeki,
Jika kita meminta pertolongan pasti Allah akan menolong.
Jika kita bersyukur 
 Allah akan menambahkan lagi nikmatnya.


Wasallam

Jumaat, 1 Julai 2011

WANITA, ISTERI DAN IBU

Wanita, isteri dan Ibu....

Sama-sama dikongsi maklumat ini.....
Ketahuilah bahawa setiap fikrah terdapat adab dan setiap isyarat terdapat ilmu.
Yang akan dapat membezakan demikian itu hanyalah mereka yang dapat memahami kehendak
Allah ‘azza wa jalla dan dapat memetik buah-buah keyakinan dari firman-firmanNya.

Tanda-tanda demikian itu yang terdapat pada orang yang sodiq (benar) ialah :

1. Apabila ia melihat ia akan mengambil iktibar

2. Apabila ia berdiam ia akan berfikir

3. Apabila ia bercakap ia akan berzikir

4. Apabila ia terhalang ia akan sabar

5. Apabila diberi ia akan bersyukur

6. Apabila diuji ia mengucap tarji’ إن لله و إنا إليه راجعون

7. Apabila dilakukan tindakan bodoh ke atasnya ia berlemah lembut

8. Apabila ada ilmu ia merendah diri

9. Penyayang apabila mengajarkan ilmu

10. Dan apabila ditanya ia berusaha untuk menjawab

Tiga perkara yang menyebabkan Allah memayungi hambaNYa:

1. Berwuduk dalam waktu sejuk yang melampau.

2. Berjalan ke masjid dalam keadaan gelap-gelita.

3. Memberi makan kepada mereka yang lapar.

Mahar untuk Memasuki Syurga ADalah IMAN..oleh itu Wanita Solehah Adalah makhluk yang paling mulia… Apabila melangkah kaki memasuki Syurga Allah Maka Allah perintahkan Malaikat Membuka pintu untuknya, Apabila bercakap mulutnya harum kerana dipenuhi dengan ayat-ayat suci Al-Quran dan amalan-malan Soleh.. Tubuh dan jasadnya suci kerana dipenuhi dengan pahala puasa di dunia… Apabila suami melihatnya didalam Syurga akan lahir rasa Cinta dan Sayang kerana sifatnya yang sentiasa TAAT dan PATUH serta sentiasa menjaga harta dan maruah suami disaat ketiadaan suami.

Lihatlah Penghormatan Allah Yang Paling Tinggi PADA WANITA SOLEHAH semasa mendiami Syurga Ciptaan Allah..

1.Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.


2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah,akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakkan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).

10.Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, “Suaminya. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah, “Ibunya”.

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

“Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah”.

Jumaat, 15 April 2011

kemanisan iman

Ruang pejabat yg sederhana..berkarpet hijau macam dalam masjid
tentu pemiliknya orang yg kini
kuat cintakan masjid.......akulah antara saksinya.....
meniti perubahan itu..dalam tempoh 3 tahun....
alhamdulillah syukur kehadratnya....atas segala pengalaman ini
dan percaturan Allah ini...

Sebahagian bahan bacaan dan rujukan harian..menjadi panduan perjalanan hidup ini

Pohon rambutan milik ayah....
hidup dan iman kita juga bak
sepohon pokok......


 Salam jumaat nan indah....sama2 kita berkongsi dan renung ...secara ringkas akan erti
kemanisan iman selama hidup kita ini.......carilah ia dalam diri kita sendiri

  
Memburu kemanisan iman


bagaimanakah caranya untuk kita memburu kemanisan iman?

Daripada Anas bin malik r.a

Rasulullah S.A.W bersabda

3 pekara apabila terdapat pada diri sesorang ia akan dapat merasai kemanisan iman itu:

1) Sesiapa yang cintanya hanya kepada Allah dan Rasul lebih dari cintanya kepada yang lain
2) Sesiapa yang cintanya kepada orang lain hanya kerana Allah
(bukan kerana suatu tujuan duniawi)
3) Membenci kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkannya daripada kekufuran sebagaiman benci akan dicampakkan ke dalam api, yakni neraka.

Wasallam

Jumaat, 25 Mac 2011

ALAM INI ADALAH MAHA KARYA ALLAH TAALA

Senibina rumah kayu ......(rumah MIL)....di Pendang
Senibina rumah kayu di Merbok..kedah
Senibina rumah kayu berusia lebih 90 tahun ...di Kg Pulau Kechik ..Kedah
Senibima rumah kayu di  Padang Perahu .....Kedah
Senibina rumah kayu ..sebagai homestay milik kawan mak ...di Jitra...Kedah
Pohon ciku dihalaman rumah mak ...hampir 70 tahun lebih usia pokok ini...
itulah nostalgia..
inilah pohon beringin kami ....
sewaktu2 dulu  tempat kami 7 beradik bermain buaian
diwaktu pagi dan petang....
Aksi buah hati mama.....tentunya Pak Ngah sebagai jurukamera
sama2 kami sekeluarga menikmati indahnya alam hasil karya Allah...ini
menjadi pencetus idea untuk shami dan keluarga berkarya ....pula...insyallah ...
Bunga durian yang gugur  ...bertaburan di tanah....mencuit rasa bahagia didalam dada..
Ini BBQ steak di Alor Setar.....pilihan abang cik aan.....
daging lembu dipanggang dicucuk ke lidi..bersulam dengan sayur dan buah-buahan...
menjadi hidangan pilihan anak2...
itulah hasil karya si tukang masak....
Rumput liar tumbuh di halaman rumah MIL...cantik ....berseri dengan bunga2 kecil yang putih
bak..musim bunga......
Rimbunan bunga yang tumbuh liar di tepi dapur rumah mak.....


Salam kebahagian dan ketenangan ...
mudah-mudahan perkongsian sedikit catatan
ini dapat sama2 kita fahami dan renungi jauh kedalam diri kita....
betapa....indahnya alam  hasil karya Tuhan yang Maha Esa...
Itulah kebesaran yang telah dipamerkan untuk menjadi tatapan kita
selama hayat yang kita ada.....buat mengenal siapakah sebenarnya diri kita, tujuan penciptaan kita dan tanggungjawab yang perlu kita tunaikan...
sebelum kita dijemput pulang ke
alam barzakh sana.....dimana itulah tanda
berakhirnya sudah sebuah tugasan kita sebagai hambaNya...


Allah SWT tidak mencipta alam ini dengan sia-sia.
Alam diciptakan dengan tujuan yang khusus dan istimewa.
Selain ia menjadi gelanggang manusia untuk melaksanakan tujuan hidup sebagai hamba Allah dan khalifah, alam juga adalah hasil karya Allah untuk mengajar dan mendidik manusia.
Alam ini adalah maha karya Tuhan, yang sentiasa berbicara dengan manusia tentang kewujudan, kehebatan dan keagungan Penciptanya.

Hakikatnya alam ini adalah sekolah insan.
Jika alam dilihat dengan akal, maka akan tercungkillah banyak ilmu di sebalik penciptaannya.
Inilah yang menyebabkan munculnya ilmu matematik, astronomi, embriologi, fisiologi, anatomi, fizik, kimia, biologi dan puluhan malahan ratusan cabang ilmu lagi dalam kehidupan manusia.

Sebaliknya jika alam dilihat dengan mata hati
inilah yang disebut dalam al Quran sebagai hati yang berada dalam dada...
Maksud firman Allah SWT
maka apakah mereka itu berjalan di mukabumi lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar?
.Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta,
tetapi yang buta ialah hati yang berada dalam dada
( surah al hajj 22: 46)

Dan sesungguhnay kami jadikan  isi neraka jahanam itu
kebanyakkan daripadanya jin dan manusia
yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya,
dan mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat dengannya
dan mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar dengannya.
Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi,
mereka itulah orang2 yang lalai
(surah al-A'raf 7: 179)

Oleh itu jika kita melihat alam itu dengan pandangan akal
menyebabkan seseorang itu arif tentang sunnatullah
pabila kita melihat alam itu menerusi mata hati
akan menjadikan manusia itu patuh kepada
hukum syariatullah (halal, haram, sunat, makruh dan harus)
Mematuhi hukum Allah ini adalah prasyarat kejayaan umat.

Wasallam.....

Khamis, 24 Mac 2011

TANDA CINTA ALLAH KEPADA HAMBA

POHON KUINI YANG LEBAT BERBUAH....SALAH SATU TANDA KEBESARAN ALLAH PADA TUMBUHAN
MENJADI SEBAHAGIAN REZEKI DARI ALLAH KEPADA HAMBANYA...
KARI KEPALA IKAN YANG MENJADI ....MENU KEGEMARAN WALAU ADA PANTANG LARANGAN...
KARI KETAM.....YANG ENAK DIMAKAN NAMUN MEMERLUKAN KESABARAN KETIKA DIHIDANGKAN....



Salam jumaat ...sekali lagi penghulu segala hari tiba lagi....segala puji dan syukur kepadaNya
untuk kita yang telah diberi
kesempatan umur dan kudrat yang ada ini....juga masa dan peluang untuk kita beribadah, dan memohon keampunan...kepadaNya....hingga saat ini. Sama2 kita sekeluarga manfaatkan malam yang indah dan penuh rahmat ini.....sebaiknya....

TANDA CINTA ALLAH KEPADA HAMBANYA

Daripada Abu Hurairah, r.a Rasululullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Jika Allah mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil Jibrail , "Sesungguhnya Allah mencintai si polan, maka cintailah ia. Jibrail pun mencintainya, lalu Jibrail menyeru penduduk langit, "Sesungguhnya Allah mencintai si polan, maka cintailah ia, Maka penduduk langit mencintainya,
kemudian ia mendapat penerimaan di dunia.
Hadis Riwayat al Bukhari no 3037

AL Barra' Bin Azib r.a meriwayatkan:
"Sesungguhnya Rasulullah SAW ketika hendak tidur selalu meletakkan tangan kanan di bawah pipi kanan Baginda seraya berdoa:

"Ya Rab lindungilah aku daripada azab MU pada hari ketika Engkau membangkitkan hamba-hambaMu"
Riwayat al Nasa'i no 10596.
wasallam

Khamis, 10 Mac 2011

SANTAPAN JIWA

Sepinggan grilled lamb steak di Kg Baru KL
sepinggan chicken chop di Alor Setar

Sepinggan  grilled lamb steak di Rawang

Sepinggan grilled lamb steak di Alor Setar

Salam, foto2 di atas adalah sekadar perhiasan...penyeri blog ini...sebenarnya.
sambil menikmati indahnya ilmu yang bakal menjadi perkongsian.
 .
sekali lagi hari khamis malam jumaat bertamu buat kita umat islam seluruhnya
Malam yang cukup indah...penuh dengan rahmat dari Allah
pemilik semesta alam
sebaiknya diisi dengan amal ibadah khusus maupun amnya oleh seisi keluarga...

Surah Al Mulk Ayat 2...Allah berfirman:
Dialah (Allah) yang menciptakan kematian dan kehidupan, bagi menguji kamu, siapa diantara kamu yang amat baik pekerjaannya dan dia Maha berkuasa lagi Maha Pengampun.

Didalam ayat ini Allah mengingatkan kita agar memperbesarkan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia. Ini kerana matlamat kehidupan akhirat lebih utama daripada matinya kehidupan di dunia.

Walaupun kehidupan kita cukup istimewa dengan dilahirkan di dalam kekayaan, hidup mewah selama 50 tahun itu,  dengan memiliki kereta mewah dan rumah besar, makanan yang lazat dan pangkat tinggi, namun jika kita tidak mengikut disiplin Allah SWT seperti yang telah ditetapkan, maka kita berada pada tahap gagal didalam ujian kehidupan dunia ini.

malangnya selepas itu kita akan  dicampakkan ke lembah kehinaan yakni ke dalam api neraka.
Usia 50 tahun didunia adalah terlalu kerdil dan amat pendek berbanding lamanya masa di neraka.

Sebaliknya jika kita berjaya melalui rintangan dan ujian Allah SWT didunia sama ada dalam keluarga mewah, papa kedana, sakit menderita, atau tubuh sihat dan tegap, kesihatan sempurna, maka syurga menanti kita diakhirat kelak.

Mati setelah hidup lebih bermakna apabila dibalas dengan bahagia dan syurga.

 Kejayaan kehidupan akhirat adalah semanis2nya hidup.
Hidup didunia begitu singkat sekali ianya sekadar pentas ujian tentang amalan dan budi pekerti manusia. (akhlak).

Justeru itu janganlah kita membazir masa lagi, penuhkanlah masa yang ada dengan amal ibadah, berbuat kebajikan, sedekah dan amal jariah.
dalam masa yang sama bencilah kita kepada sebarang bentuk maksiat dan  kezaliman.

"Dialah (Allah) yang menciptakan kita (mentakdirkan) mati dan hidup"......

Inilah kalimah Tauhid, Kalimah tentang keimanan terhadap Allah SWT Tuhan Semesta Alam.

Allah SWT mengingatkan kita bahawa sebenarnya kita bermula dengan mati iaitu kosong ( tidak ada sesuatu apa pun).

Kita bermula dengan kematian yakni tiada suatu pun kehidupan sebelum terjadinya perjalanan hidup manusia. Yakni sebelum tulang belulang bertaut dengan daging yang disatukan oleh Allah yang kemudiannya roh pula ditiupkan menjadi jiwa lalu tumbuhlah sekujur tubuh makhluk.

Manusia itu sedari mulanya sememangnya tidak mampu dan selemah-lemahnya. Kemudian Allah pinjamkan kudrat untuk mereka hidup didunia.
Lantas menjalani kehidupan di dunia ini.

Setelah itu didatangkan ujian sebagai kayu pengukur sejauh mana manusia itu taat kepada perintah Allah SWT.

Setelah itu Allah SWT menghantar dan mengajar manusia melalui Utusan-Nya untuk mengingatkan kembali ke jalan Allah SWT, juga mengingatkan manusia agar mereka tidak sesat dan menzalimi diri sendiri.

Segala-galanya di atas nama kasih sayang Allah SWT agar manusia itu sejahtera kehidupannya.

Juga bermaksud kehidupan itu ialah sebagai ujian sejauh mana dan berapa ramaikah manusia itu bersyukur lantas menyerah diri setelah dipertunjuki
oleh-Nya dengan mengakui kesaksian

"bahawa tiada Tuhan melainkan Allah!"


barang siapa masih terus lalai dan tidak mahu mengunakan akal untuk mengingati Allah SWT, maka Allah SWT sediakan satu ancaman yang amat hebat dan berat untuk ditanggung oleh manusia di hari akhirat kelak iaitu
AZAB NERAKA.

Mudah-mudahan kita semua senantiasa berada dalam keampunan-Nya....
diberi petunjuk dan hidayah untuk belajar dari mana2 rumah Allah sekalipun, juga menerusi pelbagai cabang media dan teknologi terkini, diberi kemudahan memahami ilmu Allah dengan baik dan dapat mengamalkannya dalam kehidupan seharian kita sekeluarga,
selagi hayat masih ada.


Khamis, 17 Februari 2011

RAHMAT DAN AKHLAK

Bersempena maulidul rasul yang baru berlalu ...dan juga malam jumaat yang bakal tiba
sama2 kita renung perkongsian ilmu ini, mudah-mudahan membawa manafaat pada diri kita
Akhlak adalah penanda aras yang menentukan sama ada kita mendapat rahmat atau sebaliknya.
Kedatangan islam menerusi pengutusan Rasulullah S.A.W kita sedia maklum bahawa Rasulullah S.A.W di utus untuk membawa rahmat untuk sekelian alam. Firman Allah yang bermaksud:
Tidakkah kamu (Muhammad) di utus melainkan untuk membawa rahmat bagi sekalian Alam
Surah al Anbiya 21: 107
Apakah yang dimaksudkan dengan rahmat dan apa kaitannya dengan kedatangan
Rasulullah S.A.W
Secara mudah, rahmat yang dimaksudkan ialah keinginan Allah untuk memberikan kebaikan. Untuk menyampaikan kebaikan itu, maka Allah mengutus Rasulnya Muhammad S.A.W
Persoalan seterusnya, apakah tujuan (misi) utama kedatangan Rasulullah S.A.W itu?
Tujuan kedatangan Rasulullah S.A.W ini dinyatakan sendiri oleh baginda melalui sabdanya yang bermaksud: Sesungguhnya aku di utus untuk menyempurnakan akhlak manusia"
Riwayat Ahmad
Oleh sebab itu melalui ayat Al quran dan hadis itu fahamlah kita bahawa rahmat kedatangan Rasulullah S.A.W itu diterjemahkan dalam bentuk realiti dengan tertegaknya akhlak yang sempurna dalam kehidupan manusia di dunia.
Selagi ada akhlak dalam kehidupan, maka selagi itulah ada rahmat. Sebaliknya andai akhlak sudah tidak ada, maka itu bererti rahmat sudah dicabut daripada kehidupan.
Keunggulan nabi Muhammad S.A.W bersifat holistik, namun yang paling utama ialah kejayaan baginda menjadi seorang yang paling berakhlak dan mendidik manusia lain ke arah yang sama. Mafhumnya firman Allah SWT
" Sesungguhnya kamu mempunyai akhlak yang tinggi
Surah Al Qalam 68: 4
Dan hasil didikan baginda adalah generasi para sahabat yang diiktiraf oleh Allah SWT sebagai umat yang terbaik: kamulah umat yang terbaik yang dikeluarkan untuk manusia kerana kamu menyuruh kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran
Surah Ali Imran 3 : 110
Pencapaian akhlak yang baik letaknya keunggulan islam
Keunggulan islam ialah kejayaan membangunkan generasi Al Quran yang unik.
Sehingga dengan itu dapat melahirkan pemimpin yang adil, ulama yang warak, rakyat yang setia, sikaya yang syukur, si miskin yang pemurah, suami yang penyanyang, isteri yang setia, ibubapa yang bertanggungjawab serta anak yang soleh dan solehah.
Ciri utama generasi al quran ini ialah akhlak.
Aisyah rha ketika ditanya oleh Said bin Hisyam tentang akhlak Rasulullah S.A.W lalu Aisyah berkata: Tidakkah kamu membaca Al Quran?
Said menjawab bahawa dia telah membacanya
Aisyah berkata lagi Sesungguhnya akhlak Rasulullah S.A.W itu ialah Al Quran.
Maksudnya semua yang disuruh oleh Al Quran dilaksanakannya dan apa yang dilarang oleh Al Quran dihindarnya.
Sedarkah kita 2/3 daripada isi Al Quran berkaitan persoalan akhlak?
Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud:
Islam itu akhlak yang baik
Baginda juga telah bersabda yang bermaksud:
Tidak ada sesuatu yang lebih berat timbangannya selain daripada akhlak yang mulia.
Akhlak adalah mercu kesempurnaan iman yang akan menyelematkan manusia dari api neraka.
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud; Orang yang sempurna imannya ialah mereka yang paling baik akhlaknya
Riwayat al-kharaiti
Perlakuan yang tidak berakhlak seperti melakukan maksiat, menderhaka ibubapa, rasuah, mengumpat, hasad dengki akan menjerumuskan sesorang ke neraka.
Apa yang didahagakan oleh dunia ialah satu perjuangan yang mampu meneruskan kesinambungan perjuangan Rasulullah menyempurnakan akhlak manusia.
Oleh itu kita mesti berusaha merujuk kembali kepada tujuan kedatangan Rasulullah S.A.W dan risalah islam.
Inilah misi besar yang perlu diteruskan untuk menangani cabaran era jahililah kali kedua...
Rendah Akhlak menyebabkan umat musnah
Tinggi akhlak akan menyebabkan ummah gagah.
Nukilan :
Pahrol Mohammad Juoi
Ketua Editor Solusi
Ustaz Hj Zahazan Mohamed
Konsultan syariah

Khamis, 24 Jun 2010

Bola salah atau peminat bola yang salah


Ini rupanya bola
Bola adalah satu permainan taraf dunia
Kebanyakkan lelaki suka bola
Termasuk juga wanita..segelintirnya..
Deman bola merata2...dunia
Satu bola ditengah padang dikejar 2 pasukan pemain...penonton jadi bagai nak gila..
Yang kalah bermuram durja..yang menang pastinya gembira
Saya adalah antara wanita yang tidak meminati bola
Dan saya tidak pula anti permainan bola
Hanya kadang2 saya anti peminat bola
Yang lalai ..hanya kerna bola...
Malam2 indah ...sanggup dan boleh pula bersengkang mata...
Boleh pula...duduk berjaga....
Alangkah indahnya....kalau itulah masa2 yg diguna untuk Allah Taala..
setiap masa bila malam ...masih jadi milik kita..
Bersemangat..bangun bermunajat...pasti kehidupan ..indah dan lebih bahagia
Teratur ....masa..betapa bola adalah punca kelalaian umat islam...seluruh dunia...
Hanya yang ....faham mereka pasti...tau bezakannya....
Berpada2 bila kita taksub akan hal2 dunia..
Pagi ini ada satu wawancara dalam ...tv..kata nya bola adalah nyawa baginya..
Allahuakbar....kecewa saya mendengarnya....kala di tanah suci katanya..dia tetap menonton bola...dalam hotel...bersungguh2 cerita...taksub akan bola...tak kira dimana berada....
Maaf pada peminat bola......pandai2lah agihkan masa...jangan sesekali kita lalai ..pada tangunggjawab semasa...dan juga Allah Taala...
Kalau dicabut nyawa....kala menonton pagi2 buta alangkah ruginya..diri kita..
Sebaliknya kalau dicabut nyawa ketika..sedang menghadap DIA...Allah Azajawalla..
Betapa bersyukurnya kita....
Marilah kita fikir2kan nikmat Allah yg mana satu yg nak kita dustakan....
Kita sebenarnya yang telah menzalimi diri kita sendiri...

Isnin, 7 Jun 2010

Foto sekitar Karnival Jom P Masjid

Tu dia kumpulan Rabbani..dok bergambar dengan team trafik masjid
Selepas sesi konsert ...nasyid sempena penutupan majlis jo P masjid
Abang mie @ Pak Ngah Mie jadi pengacara Forum Perdana...

Ni pula gerai kak shami2.....menjual pelbagai keperluan ibadah khusus untuk muslimah
seperti telekung yg direka khas dari kain yang sesuai untuk untuk jemaah gunakan bagi mengerjakan ibadah haji dan umrah...
Juga ada dijual sarung lengan muslimah...dari pelbagi warna dan fabrik..stokin..wuduk.dan stokin jari...dll...kain chap..untuk solat..juga ada dijual...harga semuanya berpatutan...


Abang Mie dan rakan AJK masjid....yang telah berusaha keras bertugas...
bagi menjayakan majlis... kat belakang tu ada kumpulan Rabbani yang diajak bergambar bersama

Shami2 dan adik...tie..adik mimi serta Along & Angah....kat gerai ..peralatan ibadah..
tu..tshirt muslimah kat belakang....jiran sebelah punya....kak yanie..orang perlis..huhuh dia dah ada menantu dah...seronok aar tgok dia...meniaga..barang2 muslimah juga...


Tu dia shami Jr...merangkap tokeh cloth diapers...bakal tokeh kedai masa depan ..heheh
Tulah pampers pakai basuh namanya....lebih menjimatkan...

Adik mimi ( berseluar merah) dengan aktiviti dia..aar mengejar maskot..nuri..bank rakyat
Memula shami sruh dia dan kawan dia jer pergi tangkap gambar..sajer nak bagi dia seronok..
ilangkan stress dia sebab mama ngan baba sibuk hehehhe..alih2..ramai kengkawan nak ikut sekali....tu bang cik an..yg ambik gambar....

Inilah barisan Pengurusan Masjid Nurul Iman Rawang...bergambar setelah selesai
menjayakan majlis ....bersama tu kumpulan Rabbani

Adik kak shami....duk susun barang...
kepada CL, Pak itam, Azimah..dll...inilah kedai impian kak shami2....suatu hari nanti...seronok sangat dapat meniaga barang2 macam ni....kut2 ada kedai tetap esok2 hari..bolehlah hadir ke MH...setiap tahun..setakat hari ni barang ni duk dalam rumah jarr
mudah-mudahan insyallah...impian jadi kenyataan..di samping untuk diri sendiri..dapat juga berbakti pada insan2 yang memerlukan keperluan....barangan ibadah dalam ibadah 5 waktu dan ibadah khusus....seperti haji dan umrah juga dapat mendidik...saya dan wanita2 hari ini untuk menjadi muslimah yang sejati.....insyallah...
Terima kasih pada kawan2 yg telah mendoakan dan juga yang mengikuti blog saya..secara senyap atau..terang..
Ini adalah titik permulaan...perniagaan impian..yang telah lama senyap lebih kurang 12 tahun..kerana memenuhi tuntutan ilmu..dan juga komitmen sebagai ibu, ...dll
Kepada yang berminat untuk mendapatkan barangan ibadah...boleh email terus pada saya...
di alamat berikut
blog peralatanibadah.blogspot.com (maklumat terperinci tentang produk)
setakat hari ini ada tempahan dari seorang sahabat blog ~ faizam dari Kuantan...yg memesan stokin...wuduk..high knee dan sarung tangan XXL panjang..
alhamdulillah stok barang baru saja sampai....harap sabar menunggu..penghantarannya...
Tu dia penceramah forum perdana...Datuk Dr Hassan Ali, Ustaz Harianto...dan pengerusi forum.....ceramah yang diberi tentang cara mengajak masyarakat untuk hadir ke masjid serta pengalaman masing2 cukup memotivasikan pada hadirin..
Alhamdulillah..syukur..atas usaha karnival ini untuk menyampaikan dakwah islamiah....." JOM P MASJID"...khusus dalam suasana masyarakat...dan sosial hari..cukup..stress...khususnya di Rawang....mudah-mudahan lain2 masjid juga merangka aktiviti sedemikian bagi mengerakkan..jentera2...dakwah..dan pendekatan...islam kepada masyarakat..yg rata2 ..mewarisi islam sahaja..belum lagi menjadi islam sejati...sepenuhnya...mudah-mudahan juga usaha ini diberkati Allah...
sekian dulu berita dari studio~ Shami2....
Sesi kedai kambing panggang...akan disusuli kemudian...harap bersabar...hehehh










Jumaat, 4 Jun 2010

KARNIVAL JOM KE MASJID

Sesi gambar ....untuk maklumat...
Inilah rupa pampers...cloth diapers....untuk anak2
itu dia cara guna nya masukkan coola baby towel (2 pcs) dalam poket seluar
..nilah barang yg dijual adik kak shami....

Inilah nak perkenalkan cloth diapers...tu....kalau nak beli boleh datang kat karnival..tu..
kalau nak jadi dealer pun boleh....kalau nak beli pakai untuk anak2 sendiri pun boleh

Ini cuma gambar hiasan masjid....

Inilah rumah Allah yang perlu kita semua makmurkannya...
Sekiranya kita gagal berusaha kearah itu kita semua akan
dipertanggungjawabkan di akhirat kelak..
OK bermula hari ini 4hb, 5hb dan 6hb 2010....
"karnival...jom ke masjid "
Program Masjid Nurul Iman Rawang akan dimulakan...
Pelbagai jabatan kerajaan serta swasta juga turut terlibat bagi menjayakan program ini...
seperti menyediakan pameran dan jualan produk2 masing2....
tidak ketinggalan juga .....
Gerai BBQ kambing Pak Ngah Mie juga akan
beroperasi di sana....
"Juga...jualan barangan ibadah muslimah dari kak shami."
~ telekung ( khusus untuk dipakai ketika ibadah umrah atau haji) produk orang2 kampung, harga dari RM 20.00 ke RM150.00
stokin muslimah, istimewa stokin wuduk.. sarung lengan muslimah ~
DARI RM 5.00 ke RM 12.00

"Juga jualan pampers berupa seluar dan towel oleh adik kak shami..."
dari RM 35.00 ke RM 45.00
Pada sabtu malam ahad...forum perdana akan berlansung...
panelnya terdiri dari Datuk Dr Hassan Ali, Dr Ridhuan Tee...
Ustaz Harianto......( Bukan Dato Dr Haron Din ~ Harap maaf)

JOM ..JEMPUT ZIARAH MASJID NURUL IMAN SAMBIL MENYOKONG USAHA MEMAKMURKAN MASJID...YAKNI RUMAH ALLAH

SAMBIL MENIKMATI
BBQ KAMBING ISTIMEWA ~ RM 10.00
BBQ AYAM ~ RM 8.00

untuk makluman tapak2 niaga tersebut disewa daripada pihak pengurusan masjid...

Rabu, 2 Jun 2010

REZEKI



Buah anggur sedap....aar kan seronok kalau dapat memetik sendiri dengan tangan..
itulah antara rezeki yg Allah kurniakan pada kita manusia..yang perlu kita syukuri

Rezeki tanpa dipohon tetap Allah bagi....kalau dipohon dan disyukuri makin bertambah lagi...lagi2 apabila dikongsi....bersama manusia disisi...

Rabu, 19 Mei 2010

Solat hajat, tahlil, doa selamat ~kedai kambing P3

Anak2 dah keletihan....abang cik dan adik mimi dah penat dah tu..dah pekena nasi beriani kari kambing ..itulah ..jadinya hehehheh..
shami dan suami hanya berselera makan setelah memastikan semua tetamu makan dan pembungkusan buat tetamu2 khas dan kawan2 terdekat...diuruskan...alhamdulillah syukur dan terima kasih kepada kawan2 jemaah semua....yang telah menolong....moga Allah jua yang membalasnya....



Alhamdulillah...syukur...juga kerana suasana majlis berjalan lancar malam tadi
Inilah suasana ruang yang ada malam tapi semasa majlis solat hajat, doa selamat, yang disertai tahlil, bacaan yassin, zikir khusus kaedah dari darussyifa serta proses berkaitan bagi menyempurnakan pembukaan kedai suami shami2 malam tadi....
maaf gambar semasa majlis tidak dapat diusahakan kerana menghormati majlis...memandangkan semua jemaah adalah lelaki semuanya turut serta dalam majlis tersebut hanya shami2 saja perempuan...pergerakan pun terhad ...hehe
Untuk makluman kedai shami2 mula dibuka pada:
>>>>>>>>>>>>HARI INI ..........
19hb Mei 2010...
bersamaan 5 Jamadilakhir tahun hijrah 1431
4.00 petang hingga jam 11.00 malam...insyallah...
Kambing panggang sekor2 akan ada pada Ahad ini.....
Jom ramai jemputl kekedai ...shami2...
no ho 019-2284344...
ALAMATNYA:
BT 16 Jalan lama Rawang....
Dari selayang/ KL ~ lepas tesco....sebelah kanan berdepan kedai pintu World
Exit Toll Rawang ~ lepas masjid nurul iman, court mamoth, dan kedai kepala lori...sebelah kiri jalan... dah jumpa terus masuk parking...
kalau tak jumpa tipon aar...akak tunggu tepi jalan
bawa bendera shami2 hehehhe
Setelah selesai semua..jam 12.oo malam tadi shami2 ada di depan kedai..sungguh cerah suasana langit malam...susanan selepas hujan...tenang aman damai...
Ya Allah...syukur aku akan nikmat pemberianMU hanya Engkau dan aku dan suami yang tahu...
Semoga semuanya...berlalu semudah sesegar angin lalu..
dari pergunungan salju, damai mencengkam jiwaku,...
mengamit perasaan rindu....untuk
hadir lagi bermunajat padaMU...
Dalam meniti hari2 perjalanan waktu
Mudah-mudahan...akan sampai jua aku dibumi...
Rasul2MU...
Madinah, Makkah, dan Kaabah kiblat seluruh hamba2MU.
Suatu waktu seperti dalam percaturanMU...

Selasa, 18 Mei 2010

Persediaan membuka kedai ~ Doa & solat hajat P2

Inilah bahagian depan kedai shami2...untuk makluman nama kedai ni ialah
Pak Ngah Mie Kambing Panggang...
nama yang ada tu nama tuan yang sebelum ni.
insyallah hari ni hari selasa malam rabu...selepas solat isyak ..majlis kesyukuran dan doa serta solat hajat akan dilakukan sebelum kedai shami2 akan beroperasi...sepenuhnya
Inilah antara sebahagian usaha yang dilakukan...sebagai tanda kesyukuran di atas segala2 nikmat dan rezeki yang telah Allah kurniakan kepada shami2 sekeluarga...serta juga sebagai ikhtiar bagi memohon kepada Allah Taala agar perniagaan shami2 nanti sentiasa dalam peliharaan dan perlindungan Allah..jua...
mudah-mudahan selamat dari segala bentuk dan unsur2 yang tidak baik.....
sehingga kini pengalaman kawan2 telah banyak dijadikan panduan dan pedoman...mudah-mudahan semuanya selamat....
Masa menulis hujan tengah lebat sangat...shami2 masih kat pejabat lagi..
Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar...menu untuk jemaah malam ni..
nasi, dalca, kari kambing, acar timun & nenas dan lain2 gambar ...nanti aar download...
kepada kawan2 maya jemputlah datang....

Selasa, 11 Mei 2010

KONTRAK & KONTRAKTOR

CL akak baru lepas tuisyen ngan pak itam dan kak nab...hehhe gambar ni dipinjam heheh buat meriah alam maya dan n3 nohhhh.....harap izinkan


Dunia kontraktor juga adalah sebahagian cabang dunia perniagaan
Iaitu perniagaan dalam bentuk kerja bina membina bangunan, dan seangkatan..
Tanpa mereka, tiadalah pembangunan.
Kalau orang kampung mereka akan sebut tukang rumah jer...taklah dipanggil kontraktor..hehe
Selalunya tukang2 rumah ni kerja mereka di kampung membina rumah penduduk kampung ataupun membuat kerja ubahsuai atau sebagainya....
Namun hari ini kerjaya ini telah menjadi kormesial dimana syarikat2 tertentu akan tertubuh dengan memiliki lesen2 tertentu mengikut saluran bagi tujuan perniagaan dalaam bentuk yang lebih kormersial....


Didalam sektor inilah wujudnya kontraktor...yang terdiri dari mainkontraktor, subkontraktor nominated subkontraktor ...dll


Projek2 yang diperolehi adalah secara tender terbuka, terpilih, atau dipilih...dll lagi..yang lebih sofistikated pengurusannya....




Kontraktor adalah peniaga, klien, kadang2 terdiri badan2 kerajaan dan swasta yang terdiri ~mainkontraktor, main subkontraktor


kadang2 wujud 2 syarikat yang salah satunya menjadi wayang sahaja ...


itulah klien kepada sub2 kontraktor yg kecil ini.


Hanya bermodalkan wang, lesen sekiranya ada kesungguhan bekerja mereka berusaha menceburi kerjaya ini..


kalau kena caranya perniagaan ini mendatangkan pulangan yang cukup lumayan


Tetapi akibat daripada kelemahan pengetahuan dan pengurusan kadangkala sub2 kontraktor juga berkemungkinan mengalami kerugian....atau gulung tikar...


Anggapan dan layanan yang diterima berbagai2 kadang2 positif, kadang2 negatif..


Allah Maha kaya yang tertindas..akan ada jalan keluarnya..




Disinilah..penting adanya jurukur bahan atau Quantity surveyor sebagai perunding atau penasihat bagi menjamin terma dan syarat kontrak dipatuhi agar tidak ada yang tertindas....


Kerjaya QS ini wujud bagi mengatasi segala kelemahan berkaitan kewangan dan juga undang2 kontrak kerja...


Secara ringkasnya yang benar atau yang salah..beserta fakta2


yang di kenali pentadbiran kontrak yang telah ditetapkan oleh Kerjaan Malaysia ..dan juga yang diiktiraf mana2 badan2 dunia.




Namun apabila kita telah memasuki alam kerjaya bersama2 organisasi tertentu...


kita kena akur dengan prosedur syarikat...namun atas dasar kemanusiaan kita juga bertanggungjawab untuk mengelakkan berlakunya sebarang bentuk penindasan, penganiayaan dan kezaliman...


bila berada disituasi beginilah kadang2 kita perlu mendapat petunjuk dari Allah sama ada kita akan meneruskan tugas kita atau kita perlu menarik diri....setelah maklumat dan fakta yang kita ada bertepatan dengan peraturan kontrak kerja yang telah ditandatangani
agar kita bebas daripada menanggung bersama ...dosa tersebut
Semua ini adalah fitrah....sebagai insan kita mendapat ilham dari Allah S.W.T
Kadang2 ilmu pengetahuan dan akal akan memberi tindak balas sendiri
Kalau kita gagahi juga meneruskannya akan kusutlah segala pengurusan hidup kita..

Pengalaman kawan2 dan sahabat banyak sudah diteliti...
melalui kes2 mereka yang berhubung dengan darussyifa...
Walaupun telah mengerjakan umrah bagi memohon petunjuk dari Allah..sekalipun..
Allah akan bagi ilham pada kita...jalan yang benar jua..
selagi ada usaha2 syarikat untuk menilai dan menimbang dengan baik...
insyallah kita berada dijalan yang benar...
Disebalik segala pecaturan itu kita jugalah yang bertanggungjawab mengolah supaya semua pihak memahaminya...dan suatu keputusan yang munasabah dapat diputuskan...
Sekiranya ada unsur2 emosi yang dicampur aduk dari yang berkuasa penuh
Keadaan akan menjadi sebaliknya....
wujudlah yang dikatakan penganiayaan..
disinilah wujudnya juga pelbagai gejala..negatif yang lain.
yang tertewas pasti akan tunduk dengan dunia sahaja..


Oleh kerana itu sama2lah kita menjaga dan berhati2 pabila berada dalam kancah dan situasi bidang kerja yang mencabar ini...
Kalau membuat kerja kontrak di Tanah Arab..taktaulah pulak yer...kisahnya
Mungkin di sana undang2 mereka lain pulak kut...pada yang ada pengalaman mungkin boleh berkongsi ceriter ....