Sepinggan grilled lamb steak di Kg Baru KL |
sepinggan chicken chop di Alor Setar |
Sepinggan grilled lamb steak di Rawang |
Sepinggan grilled lamb steak di Alor Setar |
Salam, foto2 di atas adalah sekadar perhiasan...penyeri blog ini...sebenarnya.
sambil menikmati indahnya ilmu yang bakal menjadi perkongsian.
.
sekali lagi hari khamis malam jumaat bertamu buat kita umat islam seluruhnya
Malam yang cukup indah...penuh dengan rahmat dari Allah
pemilik semesta alam
sebaiknya diisi dengan amal ibadah khusus maupun amnya oleh seisi keluarga...
Surah Al Mulk Ayat 2...Allah berfirman:
Dialah (Allah) yang menciptakan kematian dan kehidupan, bagi menguji kamu, siapa diantara kamu yang amat baik pekerjaannya dan dia Maha berkuasa lagi Maha Pengampun.
Didalam ayat ini Allah mengingatkan kita agar memperbesarkan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia. Ini kerana matlamat kehidupan akhirat lebih utama daripada matinya kehidupan di dunia.
Walaupun kehidupan kita cukup istimewa dengan dilahirkan di dalam kekayaan, hidup mewah selama 50 tahun itu, dengan memiliki kereta mewah dan rumah besar, makanan yang lazat dan pangkat tinggi, namun jika kita tidak mengikut disiplin Allah SWT seperti yang telah ditetapkan, maka kita berada pada tahap gagal didalam ujian kehidupan dunia ini.
malangnya selepas itu kita akan dicampakkan ke lembah kehinaan yakni ke dalam api neraka.
Usia 50 tahun didunia adalah terlalu kerdil dan amat pendek berbanding lamanya masa di neraka.
Sebaliknya jika kita berjaya melalui rintangan dan ujian Allah SWT didunia sama ada dalam keluarga mewah, papa kedana, sakit menderita, atau tubuh sihat dan tegap, kesihatan sempurna, maka syurga menanti kita diakhirat kelak.
Mati setelah hidup lebih bermakna apabila dibalas dengan bahagia dan syurga.
Kejayaan kehidupan akhirat adalah semanis2nya hidup.
Hidup didunia begitu singkat sekali ianya sekadar pentas ujian tentang amalan dan budi pekerti manusia. (akhlak).
Justeru itu janganlah kita membazir masa lagi, penuhkanlah masa yang ada dengan amal ibadah, berbuat kebajikan, sedekah dan amal jariah.
dalam masa yang sama bencilah kita kepada sebarang bentuk maksiat dan kezaliman.
"Dialah (Allah) yang menciptakan kita (mentakdirkan) mati dan hidup"......
Inilah kalimah Tauhid, Kalimah tentang keimanan terhadap Allah SWT Tuhan Semesta Alam.
Allah SWT mengingatkan kita bahawa sebenarnya kita bermula dengan mati iaitu kosong ( tidak ada sesuatu apa pun).
Kita bermula dengan kematian yakni tiada suatu pun kehidupan sebelum terjadinya perjalanan hidup manusia. Yakni sebelum tulang belulang bertaut dengan daging yang disatukan oleh Allah yang kemudiannya roh pula ditiupkan menjadi jiwa lalu tumbuhlah sekujur tubuh makhluk.
Manusia itu sedari mulanya sememangnya tidak mampu dan selemah-lemahnya. Kemudian Allah pinjamkan kudrat untuk mereka hidup didunia.
Lantas menjalani kehidupan di dunia ini.
Setelah itu didatangkan ujian sebagai kayu pengukur sejauh mana manusia itu taat kepada perintah Allah SWT.
Setelah itu Allah SWT menghantar dan mengajar manusia melalui Utusan-Nya untuk mengingatkan kembali ke jalan Allah SWT, juga mengingatkan manusia agar mereka tidak sesat dan menzalimi diri sendiri.
Segala-galanya di atas nama kasih sayang Allah SWT agar manusia itu sejahtera kehidupannya.
Juga bermaksud kehidupan itu ialah sebagai ujian sejauh mana dan berapa ramaikah manusia itu bersyukur lantas menyerah diri setelah dipertunjuki
oleh-Nya dengan mengakui kesaksian
"bahawa tiada Tuhan melainkan Allah!"
barang siapa masih terus lalai dan tidak mahu mengunakan akal untuk mengingati Allah SWT, maka Allah SWT sediakan satu ancaman yang amat hebat dan berat untuk ditanggung oleh manusia di hari akhirat kelak iaitu
AZAB NERAKA.
Mudah-mudahan kita semua senantiasa berada dalam keampunan-Nya....
diberi petunjuk dan hidayah untuk belajar dari mana2 rumah Allah sekalipun, juga menerusi pelbagai cabang media dan teknologi terkini, diberi kemudahan memahami ilmu Allah dengan baik dan dapat mengamalkannya dalam kehidupan seharian kita sekeluarga,
selagi hayat masih ada.
3 ulasan:
Assalam,
Sejuk hati membaca info ini. Perbesarkan kalimah Thoyiban Laa ila ha illallah Muhammadarrsaulullah.... Kalam Allah itu diturunkan utk orang2 yg beriman. Walau Islam tapi pura2, fasiq dan munafik masih mengaku Islam tidak diterima di sisi Allah swt. Akhir zaman Islam ibarat buih2 di lautan... seperti hari ini.
assalamuaalaikum shahmi....
alhamdullah sedap dan beselera tgk menu2 kt ats..harap dapat merasainya suatu hr nanti
terima kasih di atasperkongsian ilmu...di atas
Catat Ulasan