sama2 kita renung perkongsian ilmu ini, mudah-mudahan membawa manafaat pada diri kita
Akhlak adalah penanda aras yang menentukan sama ada kita mendapat rahmat atau sebaliknya.
Kedatangan islam menerusi pengutusan Rasulullah S.A.W kita sedia maklum bahawa Rasulullah S.A.W di utus untuk membawa rahmat untuk sekelian alam. Firman Allah yang bermaksud:
Tidakkah kamu (Muhammad) di utus melainkan untuk membawa rahmat bagi sekalian Alam
Surah al Anbiya 21: 107
Apakah yang dimaksudkan dengan rahmat dan apa kaitannya dengan kedatangan
Rasulullah S.A.W
Secara mudah, rahmat yang dimaksudkan ialah keinginan Allah untuk memberikan kebaikan. Untuk menyampaikan kebaikan itu, maka Allah mengutus Rasulnya Muhammad S.A.W
Persoalan seterusnya, apakah tujuan (misi) utama kedatangan Rasulullah S.A.W itu?
Tujuan kedatangan Rasulullah S.A.W ini dinyatakan sendiri oleh baginda melalui sabdanya yang bermaksud: Sesungguhnya aku di utus untuk menyempurnakan akhlak manusia"
Riwayat Ahmad
Oleh sebab itu melalui ayat Al quran dan hadis itu fahamlah kita bahawa rahmat kedatangan Rasulullah S.A.W itu diterjemahkan dalam bentuk realiti dengan tertegaknya akhlak yang sempurna dalam kehidupan manusia di dunia.
Selagi ada akhlak dalam kehidupan, maka selagi itulah ada rahmat. Sebaliknya andai akhlak sudah tidak ada, maka itu bererti rahmat sudah dicabut daripada kehidupan.
Keunggulan nabi Muhammad S.A.W bersifat holistik, namun yang paling utama ialah kejayaan baginda menjadi seorang yang paling berakhlak dan mendidik manusia lain ke arah yang sama. Mafhumnya firman Allah SWT
" Sesungguhnya kamu mempunyai akhlak yang tinggi
Surah Al Qalam 68: 4
Dan hasil didikan baginda adalah generasi para sahabat yang diiktiraf oleh Allah SWT sebagai umat yang terbaik: kamulah umat yang terbaik yang dikeluarkan untuk manusia kerana kamu menyuruh kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran
Surah Ali Imran 3 : 110
Pencapaian akhlak yang baik letaknya keunggulan islam
Keunggulan islam ialah kejayaan membangunkan generasi Al Quran yang unik.
Sehingga dengan itu dapat melahirkan pemimpin yang adil, ulama yang warak, rakyat yang setia, sikaya yang syukur, si miskin yang pemurah, suami yang penyanyang, isteri yang setia, ibubapa yang bertanggungjawab serta anak yang soleh dan solehah.
Ciri utama generasi al quran ini ialah akhlak.
Aisyah rha ketika ditanya oleh Said bin Hisyam tentang akhlak Rasulullah S.A.W lalu Aisyah berkata: Tidakkah kamu membaca Al Quran?
Said menjawab bahawa dia telah membacanya
Aisyah berkata lagi Sesungguhnya akhlak Rasulullah S.A.W itu ialah Al Quran.
Maksudnya semua yang disuruh oleh Al Quran dilaksanakannya dan apa yang dilarang oleh Al Quran dihindarnya.
Sedarkah kita 2/3 daripada isi Al Quran berkaitan persoalan akhlak?
Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud:
Islam itu akhlak yang baik
Baginda juga telah bersabda yang bermaksud:
Tidak ada sesuatu yang lebih berat timbangannya selain daripada akhlak yang mulia.
Akhlak adalah mercu kesempurnaan iman yang akan menyelematkan manusia dari api neraka.
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud; Orang yang sempurna imannya ialah mereka yang paling baik akhlaknya
Riwayat al-kharaiti
Perlakuan yang tidak berakhlak seperti melakukan maksiat, menderhaka ibubapa, rasuah, mengumpat, hasad dengki akan menjerumuskan sesorang ke neraka.
Apa yang didahagakan oleh dunia ialah satu perjuangan yang mampu meneruskan kesinambungan perjuangan Rasulullah menyempurnakan akhlak manusia.
Oleh itu kita mesti berusaha merujuk kembali kepada tujuan kedatangan Rasulullah S.A.W dan risalah islam.
Inilah misi besar yang perlu diteruskan untuk menangani cabaran era jahililah kali kedua...
Rendah Akhlak menyebabkan umat musnah
Tinggi akhlak akan menyebabkan ummah gagah.
Nukilan :
Pahrol Mohammad Juoi
Ketua Editor Solusi
Ustaz Hj Zahazan Mohamed
Konsultan syariah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan