Dataran Masjid Nabi tika selesai solat Isyak suatu waktu dulu
Dengan asma AllahYang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Salam hari rabu, jom kita berdoa untuk hari ini :
Ya Allah,
sampaikan shalawat kepada Rasulullah dan keluarganya
Segala puji bagi Allah,
Yang menjadikan malam sebagai pakaian dan
tidur sebagai peristirahatan dan
siang sebagai saat bertebaran
Segala puji bagi-Mu,
Kau bangkitkan aku dari tidurku,
Kalau Kau kehendaki,
Kalau Kau kehendaki,
Kau jadikan tidurku tidur abadi, tanpa henti
Milik Allah, makhluk tak terhitung
Milik Allah, makhluk tak terhitung
Ya Allah, bagi-Mu segala puji
Kau ciptakan,
Kau ciptakan,
Kau takdirkan,
Kau tentukan,
Kau matikan,
Kau hidupkan,
Kau sakitkan,
Kau sembuhkan,
Kau selamatkan,
Kau hancurkan
Di atas singgasana-Mu Kau bertahta
Di atas kerajaan-Mu Kau berkuasa
Di atas kerajaan-Mu Kau berkuasa
Kusampaikan pada-Mu doa orang yang lemah tenaganya,
yang putus kekuatannya,
yang dekat ajalnya,
yang mendunia hasratnya,
yang berat keperluannya akan rahmatMu,
yang besar deritaNya karena dosa-dosanya,
yang banyak jatuhnya dan gelincirnya,
yang terpusat padaMu saja taubatnya.
yang terpusat padaMu saja taubatnya.
Sampaikan shalawat kepada Muhammad
penutup para nabi serta ahli baytnya yang baik dan suci
Curahkanlah padaku syafaat Muhammad saw
Janganlah Kau jauhkan aku dari persahabatan dengannya
Janganlah Kau jauhkan aku dari persahabatan dengannya
Sungguh,
Engkaulah Yang Terkasih dari segala yang mengasihi
Ya Allah,
tetapkanlah bagiku empat hal pada hari Rabu:
Jadikanlah kekuatanku untuk taat kepada-Mu,
kerajinanku untuk beribadah kepadaMu,
kedambaanku untuk memperoleh ganjaranMu,
dan keenggananku terhadap apa saja yang mengundang
kepedihan siksa-Mu
Sungguh,
Engkaulah pemberi karunia kepada orang yang Kau kehendaki.
Doa ini adalah doa Imam Ali Zainal Abidin (sa) salah seorang cucu Rasulullah saw.
(kitab Mafâtihul Jinân, kunci-kunci surga, bab 1, pasal 3)
SURAH AS-SYAMS
“Demi matahari dan cahayanya di pagi hari(1)
dan bulan apabila mengiringinya(2)
dan siang apabila menampakkanya(3)
dan malam apabila menutupinya(4)
dan langit serta pembinaanya(5)
dan bumi serta pemhamparannya(6)
dan jiwa serta penyempurnaanya(7)
maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu kefasikan dan ketakwaannya(8)
sesungguhnya beruntunglah orang yang mrnyucikan jiwa(9)
dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya(10)
thamud telah mendustakan kerana mereka melampaui batas (11)
ketika bangkit orang yang paling celaka diantara mereka(12)
lalu Rasulullah berkata kepada mereka,
“ (Biarkanlah) unta betina Allah dan minumannya.”(13)
lalu mereka medustakannya dan menyembelih unta itu, maka Tuhan telah membinasakan mereka disebabkan dosa mereka, lalu Allah menyama ratakan mereka(14)
dan Allah tidak takut terhadap akibat tindakan-nya itu.,(15)
Untuk membawa mereka ke jalan yang lurus Allah s.w.t. telah mengutuskan seorang lelaki dari kalangan mereka sendiri.
Beliau bernama Soleh bin Ubaid bin Maseh bin Ubaid bin Hadir bin Thamud bin Athir bin Iram bin Saam bin Nuh a.s. Beliau adalah hamba Allah s.w.t. dan rasul-Nya.
Kedatangan beliau dengan memikul tanggungjawab dan tugas untuk menyeru mereka agar menyembah Allah s.w.t. sahaja dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun.
Mereka diseru supaya meninggalkan berhala-berhala yang mereka jadikan untuk penyembahan bagi kaum mereka.
Mejoriti masyarakat mengikuti seruan nabi Soleh, tetapi tokoh-tokoh mereka tetap berpegang dengan kekafiran.
Dakwah disampaikan kepada mereka melalui dua kaedah iaitu: ucapan dan tindakan. Namun mejoriti dari kaum tersebut tidak mahu menerima. Malah mereka ingin membunuh nabi Soleh.
Langkah pertama yang mereka lakukan untuk menunjukkan tentangan mereka terhadap nabi Soleh ialah membunuh unta peliharaan beliau yang dijadikan oleh Allah s.w.t. sebagai bukti kenabiaan beliau.
Tindakan itu dijawab oleh Allah s.w.t. dengan mengirimkan azab yang menghancurkan mereka.
Kisah kaum Thamud ada diterangkan dalam beberapa ayat lain dalam al-Qur’an, iaitu dalam surah yang berbeza, antara lain dapat dilihat dalam surah al-A’raf: 73-79,
surah Hud: 61-68,
surah an-Naml:45-53,
surah Hijr:80-84,
surah al-Isra’:59,
surah asy-syu’ara:141-159,
surah Fushilat: 17-18,
surah al-Qamar: 23-32 dan surah Ibrahim: 8-9.
Yang istimewanya kaum Thamud ialah selalu disebut bersama kaum Aad.
Hal ini dapat diperhatikan melalui ayat dalam
surah Bara’ah(at-Taubat),
surah Ibrahim,
surah al-Furqan,
surah Shad,
surah Qaf,
surah an-Najm dan
surah al-Fijar.
Pada perengan sebelum ini telah diceritakan bahawa kaum Thamud adalah sebahagian dari bangsa Arab Aribah.
Mereka lahir selepas kaum Aad.
Tetapi mereka tidak mengambil iktibar dan pengajaran dari kaum Aad.
Oleh sebab itu, nabi Soleh a.s. mengingatkan mereka supaya menyembah dan tidak menyekutukan Allah s.w.t., tidak mengusik unta yang diberikan oleh Allah kepadanya sebagai bukti kenabiaannya.
Mereka juga di ingatkan agar mengingati kenikmatan-kenikmatan yang diberikan oleh Allah s.w.t. Tentang kedudukan yang mereka terima sebagai penganti kaum Aad, yang diberi kemampuan membina gedung-gedung dan membuat rumah-rumah dibawah gunung. (perkara ini dapat dilihat melalui ayat dalam surah al-Araf, ayat 73-74).
Semua nikmat itu harus diimbangi dengan rasa syukur dalam melaksanakan tindakkan-tindakan yang terpuji,
beribadah kepada-Nya, dan tidak menyekutukan-Nya
tetapi hal itu tidak dilakukan oleh mereka.
Sebaliknya kaum Thamud memberi penentangan yang keras dan menolak dari mentaatinya.
Peringatan yang disampaikan kepada mereka sebagai satu pengajaran untuk direnungkan. Nabi Soleh berkata
“Wahai kaumku! Sembahlah Allah s.w.t., tidak ada Tuhan bagimu selain Dia. Dialah yang menciptakan kamu dari tanah dan membuatkan kamu membiak didalamnya”.
Maksudnya: yang menciptakan kamu dan memberi kamu kemampuan untuk meramaikan semua didunia ini adalah Allah s.w.t.
Dia memberi kemampuan untuk bercucuk tanam.
Allah s.w.t. apa sahaja yang ada disana dan sekaligus memberi rezeki kepada mereka.
Maka selayaknya hanya Allah s.w.t. sahaja berhak disembah dan bukannya yang lain.
Sesungguhnya apa yang disampaikan oleh nabi Soleh a.s. kepada kaumnya lebih lembut dan sebaik-baik tindakan adalah dalam rangka menyeru kepada kebajikan.
Dari segi kefahaman secara umumnya Soleh berkata:
“ Bagaimana tanggapanmu jika persoalan itu seperti apa yang aku katakan dan aku seru kepadamu diserahkan kepada-Nya.
Alasan apa yang akan kamu sampaikan diisi Allah nanti?
Apa jaminan kamu ketika dihadapannya,
kalau kamu menuntut aku meninggalkan tugas menyeru kepadamu untuk mentaat-Nya?
Bagiku tidak mungkin aku meninggalkan kewajipan yang telah dibebankan kepadaku.
Andai aku menuruti kamu meninggalkan tugas itu,
pastilah tidak pernah ada seorang pun dari kamu atau yang lain,
sanggup melindungiku atau menolongku.
Aku bertekad tidak akan berhenti menyeru kamu supaya menyembah Allah s.w.t. sahaja,
sehingga Dia sendiri membuat keputusan antara aku dan kamu”.
Sekali lagi mereka memberi jawapan yang menyakitkan hati.
Kali ini mereka menuduh nabi Soleh ahli sihir,
sebagaimana yang tersebut didalam surah asy-syu’ara, ayat 153:
“ Kamu ini pastilah hanya salah seorang dari tukang sihir”.
Menurut para ulama’ ahli tafsir,
yang dimaksudkan dengan ‘tukang sihir’ adalah ungkapan sikap dimana mereka tidak memahami maksud seruan atau ajakan yang dilakukan oleh nabi Soleh kepada kaumnya,
berkaitan peribadatan kepada Allah s.w.t. dan meninggalkan semua berhala-berhala selain Dia.
UNTA NABI SOLEH
Para ahli tafsir mengatakan bahawa suatu hari kaum Thamud mengumpulkan masyarakat didalam satu pasukan.
Dalam pertemuan itu, nabi Soleh turut hadir. Kesempatan itu digunakan beliau untuk menyeru mereka supaya menyembah Allah s.w.t. Nabi Soleh mengingatkan mereka. Beliau memberi petua atau nasihat, peringatan dan perintah kepada mereka.
Mereka menjawab: “Baiklah!
Tapi buktikan dahulu.
Engkau mestilah menciptakan seekor unta yang keluar dari batu-batu yang keras itu”.
Mereka mengatakan begitu sambil menunjukkan kearah batu-batu keras yang terdampar dihadapan mereka. Belum cukup permintaan itu,
mereka memberi beberapa syarat mengenai sifat-sifat unta itu,
yang dilengkapi pula dengan nama dan pangkatnya.
Nabi Soleh berkata:
“ Bagaimana reaksi kamu kalau aku sanggup memenuhi permintaan itu sesuai dengan tuntutan kamu. Apakah kamu akan beriman terhadap risalah yang aku bawa kepadamu, dan kamu mahu membenarkan ajaran yang aku utuskan untuk membawanya?”.
Mereka menjawab: “Ya! Kami akan mengakui kebenaranya”.
Satu perjanjian yang mengikat mereka segera disepakati. Nabi Soleh kemudian bangkit dari tempat duduknya munuju tempat solat.
Disitu beliau bermunajat kepada Allah s.w.t. dengan segala kemampuannya. Beliau berdoa memohon kepada Allah s.w.t. supaya mengabulkan tuntutan mereka. Ketika itu juga Allah s.w.t. memerintahkan batu-batu keras dihadapan mereka mengeluarkan seekor unta betina yang besar. Sifat-sifat unta yang sesuai dengan tuntuan mereka.
Apabila mereka melihat kejadian yang amat luar biasa itu, dan ianya sebagai bukti yang amat jelas di hadapan mata mereka sendiri,
maka sebahagian diantara mereka terus beriman tetapi ada yang tetap mempertahankan kekafiran, kesesatan dan penentangannya.
Oleh sebab itu, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
“ Maka mereka mengingkarinya”.
Maksudnya, mereka masih menolak untuk mengakui kebenaran itu dan tidak mahu mengikutinya. Namun salah seorang pemimpin mereka yang beriman bernama Junda bin Amru bin Muhlah bin Lubaid bin Juwas, setelah menyatakan beriman, dia tetap dengan keislamannya.
Sikap terbuka yang mahu mengakui kebenaran Soleh segera mendapat tentangan dari mereka yang masih enggan menerima risalah nabi Soleh.
Penentangan secara terbuka itu dilakukan oleh Zuab bin Amru bin Lubaid dan Habbab,
pemilik berhala yang menjadi berhala mereka,
Rabab bin Sha’ru bin Jalmas.
Dengan keimanannya itu,
sepupu Junda yang bernama Syhab bin Khulaifah turut bersamanya.
Dia termasuk orang yang dihormati dikalangan mereka.
Pada mulanya Syhab tertarik untuk beriman,
tetapi mereka segera bertindak menghalang niatnya.
Dia gagal mengikuti ajakan saudaranya dan cenderung kepada mereka.
Dalam perebutan Syhab salah seorang telah menyatakan beriman telah mendendangkan syair.
Dia bernama Muhrasy bin Ghunmah bin zamil.
Dengan munculnya mukjizat itu, maka Soleh a.s. berkata:
“ Inilah unta milik Allah s.w.t”.(surah Hud:64).
Pengembalian unta itu kepada Allah s.w.t. adalah sebagai satu bentuk sandaran tasyrif(pemuliaan) dan ta’zhim(pengagungan).
Padanan kalimah itu seperti orang yang berkata: “ Baitullah atau Abdullah?”.
Hud berkata seperti yang terdapat dalam ayat yang difirmankan oleh Allah s.w.t. dalam surah Hud, ayaat: 64.
Ketika itu juga sebahagian daripada mereka bersepakat membiarkan unta itu dikawasan mereka.
Ia bebas mencari makanan dimana sahaja dikawasan tanah mereka.
Dalam soal minumannya,
beliau meminta ketetapan untuk bergilir-gilir selang sehari.
Apabila tiba giliran unta nabi Soleh untuk meminum air perigi,
tiba-tiba mereka bertindak dengan meningkatkan keperluan mereka untuk hari esok.
Mereka berkata: “ Bagi mereka sudah cukup meminum air susu unta itu”.
Sikap ini dibantah oleh nabi Soleh.
Beliau berkata:
“ Ia mempunyai hak giliran untuk minum dan kamu juga mempunyai hak giliran untuk minum sesuai dengan hari yang ditentukan”.
Tindakan menyalahi peraturan itu sebelumnya sudah disebut oleh Allah dalam surah al-Qamar, ayat: 27.
maksudnya, kehadiran unta itu menjadi iktibar bagi mereka.
Adakah mereka akan beriman atau tetap kafir?
Allah s.w.t. lebih mengetahui tindakan yang akan dilakukan oleh kaum Thamud, maka dengan itu nabi Soleh diminta untuk menunggu reaksi mereka dengan hati yang sabar.
Setelah lama unta nabi Soleh berada disitu,
para ketua kaum Thamud mengadakan perjumpaan dan menyuarakan hasrat hati mereka untuk memenggal unta nabi Soleh (sembelih).
Dengan itu tempat minum binatang ternakan mereka tidak diganggu oleh kehadiran unta itu.
Cadangan mereka segera mendapat sambutan syaitan.
Mereka dipujuk agar mempercepatkan tindakan mereka.
Memang benar, tidak lama selepas kejadian memenggal unta nabi Soleh Allah s.w.t. berfirman dalam ayat ke 77, surah al-A’raf.
Dalam peristiwa memenggal unta, setiap kelompok mempunyai ketua dan yang bertindak sebagai penyembelih adalah Qadar bin Salaf bin Junda.
Ada yang mengatakan bahawa orang itu adalah anak dari hasil hubungan zina.
Dia dilahirkan ditempat tidur Salaf dan dia sendiri anak lelaki dari Shaiban. Tindakan Qadar itu adalah berdasarkan pada kesepakatan mereka,
kerana itu adalah tanggungjawab yang dipikul bersama.
Ibnu Jarir dan para ahli pentafsir yang lain mengatakan bahawa ada dua orang perempuan dari kaum Thamud,
salah satu diantaranya bernama Shaduq.
Dia anak perempuan Mahyan bin Zubir bin Mokhtar.
Dia adalah dari golongan bangsawan yang kaya.
Asalnya dia diperisterikan oleh seorang muslim yang mengikuti Soleh,
lalu dia meminta cerai.
Shaduq mengundang sepupunya yang bernama Mushra bin Munhaj bin Mahya. Dia menawarkan dirinya untuk diperisterikan Mushra dengan syarat Mushra harus memenggal unta nabi Soleh.
Adapun perempuan yang kedua pula bernama ‘Unbazah binti Ghanimn bin Mujlaz. Gelarannya adalah ummu Ghunmah.
Dia seorang tua yang amat kafir.
Dia mempunyai beberapa anak perempuan dari hasil perkahwinannya dengan Zuaab bin Amru, salah seorang ketua kaum Thamud.
Perempuan itu menawarkan anak-anak perempuannya kepada Qadar bin Salaf, dengan syarat dia harus memenggal unta itu.
Jika berjaya, dia bebas memilih salah seorang diantara anak perempuannya.
Semangat dua orang pemuda itu membakar untuk melaksanakannya demi memenuhi syarat yang ditawarkan oleh dua orang perempuan itu.
Mereka bertekad untuk memanggal unta nabi Soleh.
Mereka bergegas bertemu kelompok masing-masing sambil menyampaikan tawaran dua perempuan tadi.
Tujuh orang dari angkatan pemuda mereka bersetuju terhadap tawaran itu, sehingga jumlah mereka menjadi sembilan orang.
Jumlah itu sesuai sepertimana yang diterangkan dalam al-Qur’an.
Mereka ini terkenal sebagai anak muda yang suka berbuat kejahatan seperti yang terdapat dalam surah an-Naml, ayat ke 48.
Sembilan orang pemuda itu cuba mendekati kabilah yang belum mendengari tawaran tersebut.
Mereka menyampaikan rancangan mereka untuk memenggal unta nabi Soleh. Rancangan itu ternyata mendapat sambutan.
Mereka segera berangkat mencari unta nabi Soleh.
Setelah ditemui, Mushra segera melemparkan lembingnya.
Lemparan lembing Mushra tepat mengenai bahagian kaki.
Unta itu rebah.
Beberapa orang perempuan bergegas datang dan menyesali perbuatan mereka membunuh unta itu. Wajah-wajah mereka nampak sedih dan menyesali tindakan mereka yang biadab itu.
Mereka meminta Qadar menghunus pedang lalu dihunuskan kebahagian leher. Unta itu jatuh ke bumi dengan satu keluhan yang menyayat, bagai ia mengkhuatiri anaknya. Sekali lagi Qadar menikam dibahagian perut dan akhirnya memotong lehernya. Anak unta itu berlari menuju ke bukit yang berada tidak jauh dari tempat itu. Tiba-tiba ia mengeluh tiga kali.
Abdul Razak mengatakan riwayat yang diterima dari Mu’ammar dari seseorang yang mendengar percakapan al-hasan.
Dia berkata bahawa ketika itu anak unta mengeluh sambil berkata:
“wahai Tuhan! Dimana ibuku?”.
Kemudian dia masuk kedalam batu-batu besar dan keras dan lenyap disana. Adapula yang mengatakan bahawa anak unta itu turut dipenggal oleh mereka sebagaimana diterangkan didalam ayat yang bermaksud:
“Maka mereka memanggil kawanya, lalu kawannya menangkap unta itu dan membunuhnya. Alangkah dasyatnya azabKu dan ancamanku”. (surah al-Qadar:29-30).
Dalam surah asy-syams Allah s.w.t. menyebut melalui firmannya yang bermaksud:
“ Ketika bangkit orang yang paling celaka diantara mereka, lalu Soleh berkata kepada mereka:
“Biarkanlah unta betina (milik) Allah itu dan juga minumannya. Mereka membunuh unta itu. Maka Tuhan menghancurkan mereka disebabkan dosa-dosa mereka. Mereka dimusnahkan sehingga menjadi rata dengan tanah. Allah tidak takut (menyesali ) akibat dari tindakan-Nya.
Menyentuh tentang rancangan jahat mereka, al-Qur’an ada menyebut dalam ayat ke 49, surah an-Naml.
Oleh sebab itu, sebelum mereka dapat melaksanakan rancangan kejahatan mereka untuk menganiaya Nabi Soleh dan keluarganya,
Allah s.w.t. telah mengirimkan batu-batu yang menghujani mereka.
Ketika itu jugalah kegagalan telah mendahului rancangan mereka.
Peristiwa besar yang menimpa kaum Thamud itu terjadi pada hari khamis.
Hari itu adalah permulaan kepada hari penantian. Wajah-wajah mereka berubah menjadi kuning sebagaiman yang diancam oleh nabi Soleh a.s.
Apabila waktu petang mereka dipanggil oleh pemimpin mereka supaya berkumpul dan mereka berkata: “Ingatlah! Hari kematian kita telah hampir”.
Masuk hari kedua, iaitu hari takjil yang bertepatan dengan hari jumaat. Kali ini wajah mereka berubah menjadi merah, masuk waktu petang, mereka kembali menyeru kaumnya: “ Ingatlah! Dua hari kematian kita telah berlalu”.
Masuk hari ketiga, iaitu hari bersenang-senang, yang bertepatan dengan hari sabtu. Kali ini wajah mereka berubah menjadi hitam.
Apabila tiba waktu pagi di hari ahad,
mereka memasak dan mempersiapkan diri sambil duduk menunggu azab yang akan menimpa mereka.
Mereka tidak tahu bagaimana Allah s.w.t akan bertindak kepada mereka. Mereka tidak tahu dari mana datangnya seksaan yang akan datang.
Ketika matahari sedang bersinar, tiba-tiba terdengar suara mengegar dari atas disertai gempa bumi yang amat dasyat.
Dalam waktu yang singkat sahaja mereka bergelimpangan mati.
Mereka tidak mampu menahan gegaran suara yang menakutkan itu.
Kebenaran telah terbukti, maka mereka menjadi longgokan-longgokan mayat yang bergelimpangan didalam rumah masing-masing.
Mereka menjadi bangkai tanpa roh.
Para ahli sejarah dan mutafassir mengatakan bahawa dalam waktu yang singkat itu, tidak ada seorang pun yang terkecuali dari mereka itu,
kecuali perempuan yang tengah duduk ditempatnya. Dia bernama Kalbah binti as-Sulaq. Ada yang memanggil dia dengan nama Zariah.
Dia terkenal dengan perempuan yang amat gigih mempertahankan kekafiran dan penentangan terhadap Soleh. Apabila melihat datangnya azab, kedu-dua kakinya lumpuh seketika.
Dia berusaha bangun tetapi tidak berdaya. Dia merangkak bagai seekor binatang, sekelompok orang Badwi datang menghampirinya.
Dia bercerita kepada mereka tentang tragedi yang menimpa mereka. Perempuan itu meminta air. Setelah diberi minum air dia menemui ajalnya sebagaimana yang menimpa kaumnya.
Firman Allah s.w.t.:
“ Seakan-akan mereka belum pernah tinggal ditempat itu. Ingatlah! Sesungguhnya kaum Thamud mengingkari Tuhanya.
Ingatlah! Kaum Thamud menemui kehancuran”.
(surah Hud:68).[3]
KESIMPULAN
Kaum Thamud banyak melakukan dosa-dosa besar dengan menentang Allah s.w.t. dan Rasulnya,
ketika dilarang menyakiti unta yang dijadikan tanda-tanda
(kerasulan Soleh a.s.) kepada mereka.
Malahan mereka mencederakan dan membunuhnya beramai-ramai.
Mereka juga menentang dan mencabar supaya menurunkan azab dengan segera. Akibatnya seksaan itu berhak mereka terima.
Adapun yang terakhir ini dapat disemak dari dua sudut:
alasan kepada mereka sebagaimana dinyatakan oleh Allah s.w.t. dalam firmannya dalam surah Hud, ayat 64.
Dalam ayat lain juga dinyatakan melalui firmannya yang bermaksud:
“kamu akan ditimpa azab yang besar suatu hari nanti”.
(surah asy-syu’ara, ayat 156).
Semua keterangan ini adalah benar dan cabaran mereka supaya menyegerakan azab. Mereka mendustakan Rasulnya yang datang dan disertai dalil-dalil qat’i atas kenabian dan kebenaraannya.
Hal itu sebenarnya mereka ketahui tetapi kecenderungan mereka pada kekafiran. Kesesatan dan penentangan terhadap ajaran yang benar mengheret mereka jatuh kedalam keseksaan.
Surah ini juga bertujuan untuk memberi motivasi kepada manusia kearah ketaatan dan memberi peringatan supaya manusia tidak melakukan maksiat.
Allah telah melaksanakan apa yang telah dijanjikan dan hukumannya kepada mereka tanpa sedikitpun takut akibat pembinasaan tersebut dari sesiapa pun.
Wasallam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan