Selasa, 4 September 2012

Petua jaga penyakit mulut daripada Al Quran

 Masjid Nabawi dalam kenangan,suasananya cukup istimewa

 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih dan Penyayang

Alhamdulillah kita telah pun 
melangkah ke bulan September bagi tahun 2012
juga  Syawal bagi tahun 1433 Hijrah  
Ramadhan baru sahaja berlalu,  
mulut adalah antara anggota tubuh
yang perlu dijaga ketika menunaikan ibadah puasa dibulan mulia ini.
Ia tidak terhad disitu, kita sebenarnya dilatih untuk 
sentiasa menjaganya dalam kehidupan seharian

Sebagaimana indahnya perpatah melayu
Sebab pulut santan binasa
Kerana mulut tubuh binasa

Percakapan adalah komunikasi seharian kita.
Kita perlu sentiasa peka akan beberapa perkara terutama 
berkenaan anggota badan kita ini iaitu mulut, 
yang mengeluarkan patah2 perkataan dan ucapan yang 
kadangkala tanpa sedar atau sedar disertai niat ataupun tidak
yang baik tentunya akan menguntungkan kita, yang tidak baik
akan merugikan diri kita sendiri..
Jalan2 untuk menghindari penyakit mulut adalah 
dengan kita sama2 renung dan amalkan nasihat Rasululullah SAW ini untuk mengatasinya...
mudah-mudahan ingatan yang sedikit ini bermanfaat 
buat diri kita semua...

Mengubati penyakit mulut celupar daripada Al-Quran

Rasulullah telah meninggalkan beberapa petua untuk mengubati penyakit lisan.
Petua ini berguna untuk mengubati penyakit-penyakit lain
seperti suka memfitnah,
mengumpat,
menipu,
bercakap kotor dan sebagainya selain mulut celupar.

Pertama,
nabi menyuruh diam.
Sahabat Abu Syuraih Al-Khuza’iy r.a. menyatakan bahawa nabi pernah berpesan,
“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam.”[1]

kedua, Kemudian,
nabi menyuruh kita berzikir bagi mengimbangi aktiviti lidah.
Kebanyakan dari kita menggunakan lidah untuk kemudahan dan kepentingan diri dan terlupa memuji pencipta lidah setiap hari.
Kata-kata yang dihasilkan oleh lidah dalam memuji pencipta lidah lebih sedikit berbanding dengan kata-kata yang dihasilkan ketika berkomunikasi sesama kita.
Menurut sahabat Ibnu Umar, nabi pernah berkata,
 “Janganlah kamu banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah,
kerana sesungguhnya banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah mengakibatkan kerasnya hati,
dan orang yang paling jauh dengan Allah adalah orang yang paling keras hati. [2]
Berhubung dengan zikir,
menurut rekod Imam Bukhari,
nabi telah menyatakan,

“Ada dua kalimat yang paling disukai Yang Maha Pengasih.
Sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat dalam timbangan.
Kedua-dua kalimat itu adalah ‘subhanallah wa bihamdihi’
dan ‘subhanallah hil azim’.” [3]
Kedua-dua kalimat ini membawa maksud
 ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’
dan ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.
Di dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca
 “subhanallah wabihamdihi” 100 kali sehari,
maka semua doasanya diampunkan oleh Allah, meski pun sebanyak buih di lautan. [4]

Ketiga,
sahabat Huzaifah r.a. pernah mengadu kepada Rasulullah s.a.w tentang keburukkan yang ada pada lisannya.
 Maka Rasulullah bersabda,
“Bagaimanakah engkau dengan istighfarmu wahai Huzaifah?
Sesungguhnya aku beristigfar kepada Allah s.w.t.seratus kali setiap hari.” [5]
Istighfar bermaksud memohon ampun.
Ucapan istighfar yang dimaksudkan adalah sekurang-kurangnya dengan mengucapkan, “Astaghfirullahazim” disertakan “perasaan menyesal” di dalam hati.
Jika nabi yang maksum dan yang baik tutur kata beristighfar kepada Allah sebanyak itu, bagaimana pula agaknya jumlah kuantiti istighfar orang yang mempunyai penyakit lisan?

Wasallam

Tiada ulasan: