Selasa, 11 September 2012

Cerita saya

 
 
 
 
Menghadiri forum perdana masjid nurul iman rawang
dengan tajuknya " MERDEKA APA KATA ISLAM" panel terdiri
Ustaz zambri Mantop, Ustaz Tarmizi Juri Iman Muda, dan Ustaz Zulkarnain dari Astro
 
 
Team servis makanan buat tetamu
 
 
Bihun singapore
 
 
Gulai ikan masin versi utara

 
Pembantu dapur (sambilan)
 
 
bertemu rakan blogger, bermula dari blog Hj Arshad, dan Prof kamil
 
 
Dengan Asma Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
 
Alhamdulillah, begitulah masa berlalu,
pelbagai aktiviti telah pun
selesai, memasak, pertemuan silatulrahim
rakan blogger di majlis jamuan raya
dan juga sesi menghadiri forum perdana sempena bulan kemerdekaan.
Begitulah aturan dari Allah SWT, untuk saya catatkan
dalam blog  sehari dalam hidupku.
 
Alhamdulillah, menulis memotivasikan diri sebenarnya,
suka saya berkongsi disini
 memasak, adalah salah satu ruang
yang membolehkan saya dan suami bertemui ramai kawan
di alam maya yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat.
Berbeza latarbelakang,
kedudukan dan sebagainya
hakikat sebenarnya
bertemu kerana Allah SWT itu sangat istimewa.
 
Begitulah niat kami suami isteri sedari dulu,
memasak kini menjadi kerjaya dan punca rezeki buat kami sekeluarga 
 didalamnya sudah sekian lama terselit tugas2 dakwah demi agama Allah,
itulah yang ingin dikongsi, sangat terkesan dihati apalagi bila
 direnung jauh disudut hati.
Justeru bermula, perjalanannya dan bagaimana akhirnya.
Dari situ terserlah betapa banyak kebesaran Allah SWT yang telah ditunjukkanNya.
 
Letih dan penat serta cabaran yang dihadapi adalah milik  Allah
kerana Dia lebih mengetahui apa yang ada dibelakang
maupun di depan hambaNya.
 
Tanggungjawab hamba itu
 adalah menunaikan amanah pada kadar kemampuannya 
dengan penuh keikhlasan dihati, ditujukan semata2 keranaNya (Allah) jua.
 
Setiap perkara yang ditentukan oleh Allah itu 
diletakkan dan berlaku pada kadar kemampuan hambaNya.
Terserahlah bagaimana untuk menerima dan menyelesaikannya.
Allah sentiasa ada, sangat dekat dengan kita,
segalanya perlu dipohon kepadaNya melalui doa.
 
Beruntunglah pada yang mencari ilmu dan
mendalami ilmu agama maupun dunia.
 dunia hanyalah sementara,
kita perlu berpada-pada dengannya,
tanamlah sikap bersyukur dengan apa yang ada di sekeliling kita.
Insyallah kita akan tenteram dan selesa menjalani kehidupan yang ada.
akhirat itu kekal abadi selamanya.
Disitu dijanjikan syurga ataupun neraka buat kita.
Pilihan ..... ditangan kita.

Memahami itu membuatkan saya ingin sujud sepanjang masa
itu bukanlah pilihan kekal tanpa berbuat selain darinya, 
setiap peluang menjelma saya memilih
untuk sujud syukur dan memohon keampunan kepadaNya sentiasa.
 
Wasallam 

 
 
 
 
 
                                                       

2 ulasan:

Ummi berkata...

Assalamualikum Shami,

Terima kasih di atas penulisan yg ditulis dari hati. Dikatakan ikhlas itu umpama semut hitam di atas batu hitam di malam yang gelap gelita...namun keihlasan itu boleh dirasai dan dilihat dari hasil kerja. Bagi saya tulisan Shami mengandungi banyak pengisian bermanafaat. Teruskan usaha dakwah Shami.

shami2 berkata...

Salam kak ummi

Terima kasih, atas komen. Alhamdulillah masih dipinjamkan kudrat hingga kini oleh Allah untuk semua usaha dakwah itu..

Pak Ngah Hilmi Katering : Lemang dari daun lerek

Salam sejahtera, lemang sangat sinonim dengan Syawal, tahun ini Pak Ngah Hilmi Katering menyajik...