Rabu, 27 Oktober 2010

Nikmatilah hidup yang sementara ini.....


Hidup mesti jujur dan ikhlas...
Sebagai hamba kepada Ilahi...
Juga pada diri sendiri, suami anak2
maupun keluarga, jiran dan sesiapa yang berhubung dengan kita..
Sesuai dengan suasana dan keperluan....
Insyallah takan ada pun silap dimana2...
Allah sentiasa ada....
Dialah yang menjaga kita....
Carilah ilmu sebanyak2nya..
Berguru kepada yang sepatutnya
Akan ada petunjuknya..
Jangan simpan prasangka...dalam diri
Niatlah berlaku baik, berterus terang jangan memendam seorang diri
sentiasa berlaku baik dan berpandangan jauh
Jangan mudah menuduh sana sini
Dan mementingkan diri sendiri
Bercakap atau menulis.....
kerana akan ada kepuasannya nanti...
Bergaul dengan orang2 yang lebih berumur , berilmu dan berakhlak mulia
juga dapat mematangkan diri ...
Selalulah mengaji....
Al Quran pelita hidup ini mukjizat ...
dan ubat segala penyakit dalam diri....
Sama2 kita muhasabah diri
Bangunlah dinihari.....Allah sedia mendengar
rintihan hati.....hebat kasihnya diwaktu ini
Hanya kita perlu istiqamah...tekad serahkan diri
pada Ilahi...sepenuh hati...
demi kehidupan bahagia dari dunia hingga akhirat..nanti...

2 ulasan:

Aki44 berkata...

Salam shami2,

N3 yg sangat baik utk muhasabah diri. Kita insan biasa selalu terlalai, terlanjur dan terbabas. Ingat mengingati n nasihat menasihati sesama kita memang tuntutan agama.

rezeki berkata...

salam shami

nikmati kehidupan yg sementara ini berpandukan ajaran islam dan hukum hakamnya , insyallah dunia dan akhirat kita akan dipelihara oleh Allah

Islam pegangan kita, al quran dan sunnah ikutan kita