Memaparkan catatan dengan label Diari shami2. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Diari shami2. Papar semua catatan

Sabtu, 7 Januari 2012

Si burung pipit



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih dan Penyayang


Salam hari sabtu, sejak pagi jumaat lagi shami berazam untuk beriadah,
 hasrat hati ini dikongsi dengan adik mimi 
telah dimaklumkan juga kepada Pak ngah hilmi.
Pada pagi hari sabtu bermulalah riadah kami berdua berjalan kaki dari rumah ke kedai Pak Ngah Hilmi, 
langkah di atur, sambil mulut tidak berhenti2 bertasbih  dan ucapan puji-pujian kepadaNya,
 itulah antara pengisian yang diterapkan dalam diri kami berdua ketika berjalan. 
Alhamdulillah riadah kami santai dan menyeronokkan.

Tiba dipertengahan jalan, kami terjumpa seekor burung pipit yang berada di atas tanah, kedudukan burung pipit ini seakan2 dalam gambar di atas, lansung tidak terbang atau berganjak dari kedudukannya, difikirkan bahawa kemungkinan burung ini sakit dan perlu dibawa  bersama untuk di letakkan ubat yang ada di kedai, lalu shami mengambilnya dan diletakkan ditelapak tangan kiri, lalu mengengam supaya kedudukannya selesa sedang di tangan kanan pula menjinjing sedikit barang.
Adik mimi pula berjalan di sebelah kiri. 

Burung pipit tersebut tampak selesa ditelapak tangan kiri, kami teruskan perjalanan sedang mulut memuji2Nya dengan menyebut
Ya Allah2....berulang kali lagi, sesekali kami berhenti dan memerhati keadaan burung pipit itu, 
 satu ketika shami berhenti dan bertanya awak sakit ke?
terkelip2 mata burung itu, 

lalu shami berdoa untuk burung tersebut

"Ya Allah kau sembuhkanlah penyakit burung ini, "
sambil memandang tepat padanya.    

Adik mimi menjadi pemerhati yang setia, kami teruskan lagi perjalanan 
kali ini kami membelok kekawasan perkampungan cina, 
sebagai jalan shortcut ke kedai, tiba2 kami tersedar rakan2 si burung pipit dalam gengaman shami sedang mengekori kami, dari atas dan terbang hinggap di kiri kanan jalan rumah yang kami lalui, bunyi kicauan burung pipit bersilih ganti, lalu kami berhenti seketika,
shami memandang burung tersebut, sambil berkata 
"kawan2 kamu sedang mengekori kamu, lalu shami letakkan burung tersebut di atas tanah, ingatkan dia akan duduk di situ sahaja, 
sebaliknya burung tersebut terbang laju menyertai rakan2nya..dalam keadaan sihat
seperti biasa ..."
seketika dihujung pagar, kelihatan burung pipit itu hinggap berdua dengan rakannya,  kemudian  burung2 pipit itu terbang tinggi hilang di sebalik bumbung2 kawasan kejiranan perkampungan cina tersebut.
kami meneruskan perjalanan ke kedai akhirnya sampai, 
Alhamdulillah riadah ringkas berjalan sejauh 1km untuk kesihatan telah diselesaikan.
Demikianlah..pengalaman manis pagi tadi...bersama adik mimi
suatu momen yang indah untuk dihayati, ketika riadah.

Momen indah ini telah memberi ilham kepada shami untuk menelaah tentang kisah seekor burung pipit dan para anbiya iaitu Nabi Ibrahim a.s, 

CATATAN PERKONGSIAN ILMU

Spesis: Burung pipit


Nama saintifik: Passer (true sparrow)


Era: Nabi Ibrahim a.s.

Sinopsis: 
Semasa Nabi Ibrahim sedang dibakar oleh Namrud yang zalim, seekor burung pipit berulang-alik daripada sebuah kolam ke lembah tempat Nabi Ibrahim sedang dibakar dengan membawa air kolam tadi dalam paruhnya yang kecil. 

Kejadian ini dilihat oleh malaikat Jibril a.s. dan Jibril bertanya kepada sang pipit, adakah air itu mampu untuk memadamkan api yang menggila marak dan besar itu? 

Lalu sang pipit menjawab, yang dia tahu bahawa air yang dibawa tidak terpadamkan api yang ganas itu. 

Namun, sekurang-kurangnya dia telah menjalankan tanggungjawabnya; tidak berdiam diri apabila melihat kekasih Allah dizalimi oleh orang kafir.

******

Tentang hasanah
Subhanallah. Makhluk Allah yakni burung juga berusaha untuk membantu agama Allah S.W.T. Hal ini dirakamkan dalam kisah-kisah para Anbia’ sepanjang sejarah mereka. Di sana terdapat pengajaran yang sangat besar yang boleh diteladani oleh manusia, umat Islam khususnya.
Saya suka untuk mengambil ‘ibrah(pengajaran) daripada contoh yang ditunjukkan oleh burung pipit semasa insiden Namrud cuba membakar Khalilullah, Nabi Ibrahim a.s. Sungguh, jika mahu mengira mengikut logik matematika, nisbah air yang dibawa oleh si burung pipit dengan api yang Namrud sediakan, hampir kepada sia-sia. Namun, Allah Azzawajalla Maha Adil dan Saksama. Allah tidak melihat kepada hasil, tetapi Allah memandang dan mengambil kira usaha yang dilakukan.
Manusia jika menyertai satu-satu pertandingan, atau menduduki satu-satu peperiksaan, atau menyiapkan satu-satu tugasan, apa yang terdaya untuk dinilai hanyalah output kepada segala usaha yang tidak terukur. Biarlah usaha yang di belakang itu berlumur nista dan celaka, jika hasilnya baik, maka baiklah kata manusia. Walaupun ada yang berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan yang terbaik, dengan cara baik, tetapi tidak berhasil, maka buruklah kata manusia biasa. Kerdilnya kita berbanding keadilan Allah Ta’ala.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w:
“Senyum anda di hadapan saudara anda adalah sedekah. Jangan menganggap remeh suatu kebaikan, meskipun hanya menampakkan wajah yang berseri saat anda bertemu dengan saudara anda“.
(Riwayat Muslim)
Tidak ada kebaikan yang boleh kita pandang enteng. Kita tidak pernah mengetahui dengan amalan apakah yang menjadi sebab kita diredhai Allah untuk masuk ke syurgaNya. Walaupun amalan itu dipandang kecil oleh manusia ramai, tetapi jika Allah berkenan (mungkin lantaran keikhlasan sang pelaku di saat itu) maka kita akan diganjari olehNya.
Saya amat terkesan dengan salah satu wasiat Luqman a.s. kepada anaknya. Katanya:
“…Janganlah engkau tertipu dengan kebaikanmu walaupun banyak kerana engkau tidak tahu adakah ianya diterima atau tidak.”
Lalu berbuat baiklah, di mana sahaja kita berada dan berdaya. Jangan memperlekeh kebaikan yang dibuat oleh manusia lain sungguhpun ianya sedikit. Semoga Allah menggolongkan kita dalam kelompok manusia yang senantiasa melakukan kebaikan dan dipimpin-Nya.
Wasallam

Khamis, 24 Februari 2011

JOM SAMA2 KITA BERDOA


DOA MENGHIMPUNKAN SEGALA KEBAIKAN


Ya Allah ya Tuhanku,

sesungguhnya aku memohon kepadaMu segala kebaikan

yang sekarang atau yang akan datang,

yang aku telah ketahui dan yang belum aku ketahui

dan aku berlindung diri kepadaMu

daripada segala kejahatan yang sekarang dan yang akan datang,

yang aku telah ketahui atau yang belum ketahui

dan aku memohon kepadaMu syurga dan segala

yang boleh mendekatkan aku kepadanya

daripada perkataan ataupun amalan

Dan aku berlindung diri kepadaMu daripada api neraka

dan segala yang boleh mendekatkan aku kepadanya

daripada perkataan ataupun amalan.

Aku memohon kepadaMu kebaikan yang dipohon dengannya

oleh hambaMu dan utusanMu Muhammad SAW dan

aku mohon perlindungan kepadaMu apa yang dipohon perlindungan

oleh hambaMu dan utusanMu, Muhammad SAW dan

aku memohon kepadaMU agar segala yang Engkau putuskan buatku

daripada apa-apa urusan sekalipun

biarlah Engkau jadikan akibatnya yang baik jua"


Musnad Ahmad bin Hanbal no 2

5137


Daripada Aisyah r.a bahawa

Rasulullah SAW bersabda kepadanya yang bermaksud

"Bacalah doa ( seperti ini)

Isnin, 21 Februari 2011

Kenangan Indah kami sekeluarga di majlis Sambutan Maulidur Rasul

Tema sambutan majlis maulidur rasul... indah dibaca dan syahdu
difahami tika saat mengenangkan perjuangan hidup Rasulullah dalam menegakkan syiar agama Allah ini.


Ini pula rimbunan bunga orkid ..cantik pelbagai warna dan jenis.
betapa indah setiap kejadian yang Allah ciptakan di atas muka bumi ini untuk kita renung dan lihat.. akan tanda2 kebesaranNya..

Nasyid dialunkan sebelum dan selepas ceramah

Suasana sesi ceramah




Bantuan daripada MPS ketika sesi perarakan diadakan


Sesi perarakan sedang berlansung















Syukur alhamdulillah
sekali lagi kami sekeluarga berpeluang menyambut
maulidur rasul bagi tahun 1432H bersama2...
Shami2 dan pak ngah, MIL ( ibu pak ngah) dan anak2.juga tidak ketinggalan adik2
Sesi berarak dan berselawat sepanjang jalan dari perkarangan masjid merentasi pekan Rawang..mencetuskan suasana meriah dan bersemangat
gema selawat....menarik perhatian insan2 sekeliling...
terutama dari masyarakat beragama hindu maupun buddha...
masyarakat setempat keluar dari kedai2 dan terpaku seketika...dipinggir2 jalan
memerhati dan mendengar laungan Selawat Nabi..
dialunkan beramai2...
syiar islam....
bergema seketika di awal pagi memecah kesunyian pekan kecil itu..
hati jadi sebak dan sayu....penuh bersemangat
menikmati indahnya kelansungan syiar islam ...
dengan tema...
"KEKASIHKU RASULULLAH SAW"
di tahun 1432H..
barisan hadapan rombongan perarakan turut disertai
oleh YB Rawang..barisan Ajk masjid serta wakil perarakan daripada surau2 berdekatan...
sempena perarakan diadakan juga petandingan kumpulan perarakan terbaik
juri2ya terdiri daripada beberapa ahli jawatan kuasa masjid yang mana pak ngah adalah salah seorang daripadanya....
Catatan ini adalah catatan pengalaman kami sekeluarga....
sehari dalam hidupku
menikmati keindahan sambutan maulidur rasul..bersama sekeluarga
bagi hidup yang sementara..ini
" Maka nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan?"
surah Al Rahman ayat 36















Khamis, 27 Januari 2011

Ini halaman rumah ayah dan mak di kg.....
disinilah keindahan itu bertamu menjadi lebih istimewa
bila ada mak dan ayah...
dikala petang khamis yg sibuk ini....shami menerima panggilan dari ayah..
asalnya bertanyakan anak2 ...kerana mereka menziarahi angah di asrama...
tapi soalan ...ayah...bila nak balik kg...balik ker cuti raya cina nanti ada kenduri
kahwin ....bla..bla...
hati ..rasa tak keruan.....cepat2 dijawap nak balikkkkk.....
walau sebenarnya keputusan muktamad belum ada dengan suami..
cuma perbincangan biasa yg ada tanda2 nak balik kg....
jom sama2 kita berdoa ......

Rasulullullah SAW bersabda kepada Syaddad Bin Aus Radhiallahu anhu:

Ya Allah sesungguhnya aku mohon kepadamu keteguhan dalam melaksanakan agama, ketetapan di atas petunjuk, kemampuan untuk mensyukuri nikmatMU, dan kebagusan dalam beribadah kepadamu.
Aku memohon kepadaMu agar sekiranya Engkau berkenan mengurniakan kepadaku hati yang bersih dan lidah yang jujur.
Aku memohon kepadaMu kebaikan sesuatu yang Engkau ketahui, aku berlindung kepadaMu dari kejahatan sesuatu yang Engkau ketahui, dan aku memohon ampunanMu dari sesuatu (kesalahanku) yang Engkau ketahui
(sedang aku tidak menyedarinya).
Sesungguhnya Engkau Maha mengetahui hal2 yang ghaib.
Rasulullah SAW bersabda kepada Muaadz bin Jabal Radhiallahu anhu:
Ya Allah tolonglah aku agar boleh selalu berzikir kepadaMu, mensyukuri (nikmat) Mu, dan beribadah dengan baik kepadaMU..
Rasulullah SAW bersabda kepada isterinya Aisyah Radhiallahu'anha
Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan menyukai ampunan, maka ampunilah aku.......
Sesungguhnya ikatan yang ada diantara semua doa ini adalah mengharapkan apa yang ada di sisi Allah dan berpaling dari apa yang ada di dunia. Sesungguhnya pada doa2 tersebut tiada sesuatu pun terdapat permintaan kebendaan duniawi yg fana kemewahannya yang pasti lenyap atau perhiadannya yang tiada ertinya.....
Salam malam jumaat...
marilah sama2 kita mengingati Allah SWT serta kekasihnya Muhammad SAW...
melalui amal ibadah yang wajib dan sunat dimalam yang penuh rahmat ini.....
mudah-mudahan kita mendapat keredhaan
hidup didunia dan akhirat

Rabu, 26 Januari 2011

REZEKI ADALAH DARI ALLAH SWT

Kerepek pisang dan kerepek gunting

Lagi gambar yang ada....

Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli kerepek2 ini bolehlah hubungi shami..
melalui hp no yg tertera atau email saja ke nnjaya73@yahoo.com
atau datang sendiri kekedai....BBQ kambing Pak ngah hilmi...
harga 1 peket RM 2.50 sahaja...
kerepek ini diletakan oleh seorang hamba Allah dikedai shami....
mudah-mudahan rezeki untuknya sekeluarga dipanjangkan
oleh Allah SWT.


Mari sama2 kita renung tulisan dan juga firman2 dari Allah ni bawah ni...

Mahasuci Allah yang maha memberi rezeki... Dialah yang memberi rezeki cacing yang ada dalam tanah, ikan yang ada di air, burung yang ada diudara, semut yang ada dilubang yang gelap dan ular yang ada di lubang persembunyiannya.

Ibnul Jauzi mengungkapkan

Ada seekor ular buta berada didahan pohon kurma, kemudian datanglah seekor burung pipit membawa sepotong daging di mulutnya, selanjutnya burung pipit tersebut meletakkan daging yang dibawanya ke mulut ular tadi..Maha suci Allah yang mengatur hal ini..

Tidaklah burung2 yang terbang dengan kedua sayapnya melainkan mereka sebagai mahluk seperti halnya kalian, (dalam hal makan, berpasangan, dan lain-lain nya)
Al An'aam ayat 38

mintalah rezeki kepada Allah, beribadahlah kepadaNya dan bersyukurlah kalian kepadaNya,,
Al Ankabut ayat 17..

Solat adalah cara efektif bagis eorang muslim untuk meraih kemaslahatan dunia dan akhirat. Solat juga merupakan cara efektif untuk menolak berbagai kerosakan, baik yang berhubung dengan hubungan dunia maupun urusan akhirat.

Solat dapat mencegah terjadinya dosa dan mencegah timbulnya pelbagai penyakit dalam hati dan badan. Solat dapat menyinari hati, mencerahkan wajah, menjadikan jiwa raga lebih bersemangat, menajdi sebab datangya rezeki, menolak timbulnya kezaliman, dan menjadi penolong bagi orang yang dizalimi.

Solat juga dapat merendam syahwat, menjaga nikmat yang diberikan Allah, menolak musibah, menjadi sebab turunnya rahmat dan menghilangkan kesusahan.


Jumaat, 21 Januari 2011

Salam ilmu

Firman Allah Taala
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan; Kami telah beriman sedang mereka tidak diuji lagi? dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka maka sesungguhnya Allah
mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta ( Al Ankabut ayat 2-3)

Sebenarnya Allah melontarkan yang haq kepada yang bathil lalu yang haq itu menghancurkannya maka dengan serta merta yang bathil itu lenyap. Dan kecelakaanlah bagimu disebabkan kamu mensifati ( Allah dengan sifat2 yang tidak layak baginya)
(Al Anbiya ayat 18)
Kami jadikan sebahagian kamu cubaan bagi sebahgian yang lain Mahukah kamu bersabar? Dan adalah Tuhanmu Maha Melihat
( Al furqan ayat 20)
Dan sesungguhnya akan kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.Iaitu orang-orang yang apabila musibah menimpanya mereka mengucapkan Inalillahi wainna ilaihiraji'un
(sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadaNyalah kami kembali)
mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat daripada Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk
( Al Baqarah ayat 155-157)
Iaitu orang2 yang mentaati Allah dan Rasul yang kepada mereka ada orang-orang mengatakan; Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan askar untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah kepada mereka....
(Ali-Imran ayat 173)
Manusia telah berkumpul untuk meletakkan berbagai rintangan, meyusun berbagai rencana dan menyebarkan berbagai isu terhadapmu, maka takutlah kamu kepada mereka itu
Maka perkataan itu menambahkan keimanan mereka dan mereka menjawab:
Cukuplah Allah menjadi penolong kami, Allah adalah sebaik-baik Pelindung. maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia ( yg besar) daripada Allah, mereka tidak mendapat bencana apa2 mereka mengikuti keredhaan Allah. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar
( Ali Imran ayat 173-174)
Seorang penyair Ibnu Qayyim) semoga Allah merahmatinya
mengatakan:
Musuhku melemparkan dengan pelbagai malapetaka
hingga hatiku berada dalam keadaan terbalut oleh para pemanah
Apabila anak2 panah mengenai wajahku
aku akan tercicir kerana keruncingan di atas keruncingan
Aku tidak peduli hidup dengan pelbagai musibah
kerana meskipun aku prihatin..tetapi hal itu tiada berguna...
Wahai orang yang mempunyai tekad yang lemah, sesungguhnya jalan itu sangat sulit dan panjang, Nuh Alaihissalam berduka cita menangis, Nabi Zakaria Alaihissalam disembelih, Nabi Yahya Alaihissalam dibunuh, Umar Radhiyallahu ' anhu dibunuh, Uthman Radihiyallahu'anhu ditusuk dan bergelimang darah, Ali Radhiallayhu 'anhu dibunuh dan para imam dan ulama dipenjara....
Pada suatu malam Rasulullah SAW merintih dalam solatnya dan berdoa
Ya Allah, engkau benar, janjiMU benar, syurgaMU benar, neraka itu benar, para nabi itu benar dan Muhammad itu benar..
( AlBukhari no 1120, 6317, 7385 dan muslim no 769)
Allah SWT berfirman
"Hasbunallah wanikmal wakil"
Hai Nabi, cukuplah Allah ( menjadi pelindung) bagimu dan bagi orang-orang mukmin yang mengikutimu
(AlAnfal ayat 64)
Dihari jumaat nan indah inilah perkongsian ilmu hasil pembacaan shami selama ini
mudah-mudahan menjadi suatu perkongsian yang baik sesama kita
rujuk Kitab tulisan Dr Aidh Bin Abdullah Al Qarni

Selasa, 4 Januari 2011

Sesi Buka Sekolah & Salam Ulang tahun buat CL



Along dengan mama dan adik2...

Salam Ulang tahun buat CL...semoga panjang umur murah rezeki serta bahagia dunia dan akhirat....terima kasih atas doa2 yang dipanjatkan buat kami sekeluarga di Makkah...jemput datang ke kedai ...bila ada kelapangan....


Kak FZi sekeluarga dari blog pandangan kasih...hadir untuk menikmati kambing panggang pak ngah hilmi....atas permintaan inilah gambar yang diizinkan...



Adik mimi dan abang cik ann dihadapan sekolah Along pada Ahad lalu ketika sesi hantar along pulang ke asrama






Along, baba dan dik annn






Angah ..ahad lalu...sesi hantar ke asrama...sedey aar muka tuh...





Adik mimi dan bang cik aan atas katil angah.. pada sesi menghantar abang2 mereka berdua cukup happy..tapi dalam perjalanan pulang...lain pulak jadi....hehehe
sampai rumah jugak semacam jarr depa berdua ni..
almaklum sebelum2 ni..
semua abang2 ada semua abang2 tolong..
mulai hari ini mereka kena uruskan sendiri ...

Tu dia tuk cik wa....mak shami..gambar rumah yg sangat dirindui..



Lagi gambar rumah..shami kat kg...



Adik mimi dan abang cik aan sedang menonton tv sebelum berangkat balik ke KL...




Angah pada sesi berikrar..dalam surau didepan semua ibu bapa..pada hari pendaftaran masuk ke Maktab Mahmud Pokok Sena Langgar....




lagi gambar angah






Pada 30hb Disember (khamis) lalu shami sekeluarga telah pulang ke kg nun jauh di Utara tanah air bagi sesi menghantar anak2 ke sesi persekolah di sana.. inilah gambar2 yang ada untuk tatapan semua.....


Kami semua tiba semula di Rawang pada jam 3.00 pagi 3hb Januari 2011....


dalam tempoh tersebut juga kedai telah ditutup..


Kedai Pak ngah akan beroperasi semula pada 5hb Disember 2011...
Mulai hari ini....di rumah Rawang ..
hanya tinggal adik mimi dan bang cik aan , serta mama dan baba sahaja...
Suasana terasa kekurangan..namun bila dah time sekolah ..masing2 sibuk...
Harus di tanam sekukuhnya dalam hati sanubari...
semua ini adalah pengorbanan bagi memastikan kejayaan anak2 di masa depan
demi agama bangsa dan negara.....
setiap pengorbanan adalah perjuangan....
pengorbanan yang baik akan membuahkan pula kebaikan...
pada semua....





Selasa, 28 Disember 2010

Pajero

Ini pajero ....yang akan dijual ..pembelinya masih dicari...
Pajero ini dibeli hasil perkongsian Pak ngah dan kawan2...
Satu ketika dulu membeli dan menjual pajero lama memang laris..
sudah beberapa biji telah berjaya dijual oleh Pak ngah dengan jayanya
Atas senario inilah maka kawan2 Pak ngah pun mau ikut tumpang sekaki
Mereka semua makan gaji, hanya Pak Ngah kerja sendiri..
Pajero ini cukup tahan lasaknya boleh diguna pakai kemana2....
Hatta ke dalam kebun sekalipun..atau menaiki bukit
Anak2 memang suka naik pajero ni...
Atas sebab2 tertentu keadaan tidak mengizinkan kami memiliki sepenuhnya
Mana mungkin kami mengeluarkan cash money begitu banyak serta merta saat ini
Hingga kini pajero ini masih dalam jagaan Pak Ngah
segala sakit demamnya adalah atas tangunggan Pak ngah juga
Keputusan mesyuarat telah dibuat
akhirnya pajero ini bakal di lelong tidak lama lagi...
hasil jualan akan dibahagi sama rata..pada semua rakan kongsi...
termasuk untuk Pak ngah sendiri...
Berkat doa kami sekeluarga...
juga Allah memudahkan segalanya..
telah tiba seorang hamba Allah yang memerlukan bantuan kami ...
kami juga perlukan bantuan dan khidmatnya..
insyallah akan ada pengantinya nanti...
Begitulah kisah.....janji Allah..
Sesudah kesulitan pasti akan ada kemudahan...
nya nanti...
Sehingga kini banyak dugaan datang silih berganti...
Berbagai bentuk macam2 sesekali naik seram ..diri ini..
Ya Allah berilah aku kesabaran dan kemudahan menghadapi semua dugaan ini
JanjiMu benar dan pasti...tabahkanlah hati ini..

Jumaat, 24 Disember 2010

Ya Allah...akulah hambaMu.....jahil dan lemah

Hanya padaMU ya Allah....aku berserahhh..........
JanjiMU tak pernah berubah..kekal abadi....selama-lamanya...

Akulah hambaMu .. jahil dan lemah...
mohon limpah..nur hidayah kasih sayang rahmat dan inayah
dari MU ya Allahhh.......................
hapuskanlah...segala sedih dan lelah
dalam menghadapi..ujianMu ya Allah

Inilah rupa diriku..insan yang lemah...
derita sedih..dugaan ..adalah lumrah
menuntut aku sabar,tabah dan istiqamah.......
walau kadang ...mengalir air mata tak sudah2.....




Rabu, 22 Disember 2010

Semangat diri perlu di perhebat lagi


Mari kita renung.....bait kata ini......
Seringkali situasi ini singgah dalam kehidupan kita sehari2..
Hiaslah diri kita ini dengan nilai kehidupan yang diredhai Ilahi...
Suatu peristiwa malam tadi berlaku di kedai shami..
membuatkan hari ini ...shami tercari2...apakah, manakah, silapkah..tiada maafkah..
untuk diri ini......atas setiap kekurangan dalam memenuhi dan melayani permintaan
dan menjaga hati budi semua pelanggan yg hadir malam tadi...
besar sungguhkah akan kesalahan....
Itulah penangan Grill lamb steak dan chicken steak Pak ngah hilmi saat ini...
Lambat hantar dan Q..hanya disebabkan Black pepper source sedang di masak ...
kerana kehabisan .... ataupun pembantu silap hantar order ...
sikit rasa gelihati pun ada
dengan ragam manusia....
sungguh tinggi nilai keegoan dalam diri..
hinggakan rela memasang baran
dari membina hubungan persahabatan.....
serta memahami akan keadaan.....
semoga Allah permudahkan...segala urusan
shami dan pak ngah
tika meniti usia perniagaan yang hanya 7 bulan
secara terbuka di pasaran...

Rabu, 15 Disember 2010

Jalan- Jalan cuti..dan pertemuan dgn blogger Kak Ina





Kak nazlina @ ummufaiz....bergambar denga adik mimi di majlis reunion mereka di Putrajaya Precint 11 tempohari..tampak gambar mereka berdua berlatarbelakangkan kambing yang sedang dipanggang...

terima kasih kepada kak ina yang telah order 2 ekor kambing bagi meraikan majlis tersebut bersama rakan2...meriah majlis perjumpaan mereka masing2 membawa menu atau makanan untuk dikongsi bersama...



Shami dan Pak Ngah serta ipar dan biras sedang menikmati makanan dibawah pokok kelapa di pantai teluk batik....





Bergambar beramai2 di atas bot yg disewa.....anak2 dan sepupu mereka gembira



Sedang menunggu bit sampai...


Adik mimi berposing ....


chalet kami sekeluarga...




Chalet lain yang ada..cantik..kan