Selasa, 26 Oktober 2010

WARNA KEHIDUPAN....MENGUJI IMAN

Bang cik dan adik mimi serta sepupu mereka....alia, ashmal dan altaf...
inilah wajah2 masa depan yang menjadi amanah kepada baba dan mama ....
perlu di jaga, dibelai, dididik dan diberi pelajaran untuk menjadi insan yang berguna pada keluarga, agama, bangsa dan negara kita....hari ini..hingga hayat masih ada...
ketentuan masa depan....tiada siapa yang boleh menduga......
semuanya dalam genggaman Allah Taala..
Kasih sayang sepenuhnya dari kedua ibubapa kandung..amat besar dan terlalu istimewa..
begitu berbeza ...andainya seorang ayah telah tiada...pasti banyak kekurangannya...
ayah, suami dan abang...memang berbeza darjat, kasih sayang, kaedah serta kemampuannya...
namun tanggungjawab dan tujuannya adalah sama....
Kini kedai makin besar.....tanggungjawab yang ada juga cukup besar.....
sekali lagi kami diuji..
dengan wang ringgit, hati yang jujur dan ikhlas...
dari keluarga, jiran2 dan kawan2 sekeliling....
berat dan ringan harus kami terima dengan redha....
tak terucap dengan kata2...
tak mampu nak dijelaskan sepenuhnya ..
ingin berkongsi pengalaman dan cerita tiada salahnya..
ambillah masa...berbuallah dengan mesra..
pasti ada pengalaman yang boleh dijadikan sempadan
dalam melayari dunia niaga serta bahtera...rumahtangga
berbuat yang benar penghujungnya kejayaan milik kita..
insyallah janji Allah ...benar belaka....
hanya kita perlu membuat pilihan dengan tepat..saja
Ini gambar kawan Pak Ngah ...yang kawin malam minggu lepas...
mereka menjemput shami2 dan Pak ngah menghadiri....serta meraikannya sekali.....
indah suasanamajlis...kami menjadi antara tetamu istimewa ....
tempatnya berlansung di Dewan Restoran Nelayan Titiwangsa....
tahniah buat pasangan pengantin.......
semoga kekal bahagia keanak cucu

terkenang masa shami2 dan Pak ngah kahwin....semuanya
jadi nostalgia.....indah sebab jodoh kami dipertemukan oleh Allah...
hebat ujian bila kami diuji dengan wang ringgit serta hati yang jujur dan ikhlas...
dalam hubungan kekeluargaan....
alhamdulillah dengan zuriat yang telah Allah kurniakan kepada kami
serta....kehidupan yang ada....walaupun hanya serba sederhana..
Ini kereta kami dibeli tahun 2004
masa nak menghadiri konvo kat UTM...Skudai Johor
anak dah 3 ....alhamdulillah masa tu shami2 berkhidmat di sebuah syarikat yang agak besar dengan rezeki yang lebih sikit setelah mengengam ijazah ...
jadi kami tukar kereta kepada yang lebih selesa...dan sesuai
untuk perjalanan jauh....









4 ulasan:

SiNoMoSa berkata...

Salam Kak Shami,

Alhamdulillah dgn nikmat yg Allah anugerahkan..
Smg rezeki dan kebahagiaan itu sentiasa dilipatgandakan oleh Allah..Amin Ya Rabb

Rozali berkata...

Assalamualaikum Shami

antara nikmat2 yg Allah kurniakan
kita kena bersyukur

Wassalam

rezeki berkata...

salam syami

insyallah, kehidupan yg berpaksikan ajaran islam dan sunnah akan membawa kebahagiaan di dunia dan diakhirat kelak

shami2 berkata...

Salam syim..

Insyallah mudah-mudahan begitulah hendaknya.Mudah-mudahan syim juga mendapat apa yang terbaik dari harapan dan impianmu dekk...

Kadang2 insan sekeliling tidak memahami selalu salah tafsir akan diri kita...tidak bertanya khabar terus buat telahan...yang akhirnya memalukan diri sendiri......dan kita telah pun tahu isihati mereka terhadap diri kita betapa....jauh menyimpang...dari syariatnya...lupa..lagi...dan lagi..hingga kita jadi sedey2 dan sedey kerana alpanya mereka...Allah Maha Besar...

Salam cik rozali
Ya kita bersyukur....dengan ketentuanNYa..kerana kita faham akan hikmah yang ada....

Salam pak itam...
Hanya kita suami dan isteri amat memahami segala warna kehidupan sepanjang melayarkan bahtera..rumah tangga..
sebolehnya kita ingin kebahagiaan kita hasil dari paksi ajaran islam dan sunnah dirasai dan dinikmati seluruh keluarga ipar duai...namun tidak terjangkau ...sebab harta dunia selalu menyilaukan mata2 yang tidak cukup bekal ilmu didada....kadang2 hanyut...hingga terantuk baru terjaga...itupun bila kilauan harta dunia terserlah...didepan mata...dan kita akan teruskan perjalanan lagi seadanya kita...sya harus kuat untuk memastikan suami saya be
rjaya dalam cita2nya..agar hidupnya bahagia dan terbela....kerana terlalu banyak pengorbanan dirinya yang dilupai oleh insan2 yang dahulunya dialah yang menjaga, memastikan mereka tidak kelaparan dan dahaga apalagi mendapat pendidikan sewajarnya hingga menjadi insan yg berjaya ...

Pak Ngah Hilmi Katering : Lemang dari daun lerek

Salam sejahtera, lemang sangat sinonim dengan Syawal, tahun ini Pak Ngah Hilmi Katering menyajik...