Khamis, 29 Julai 2010

SATUKAN HATI2 KAMI YA ALLAH

Semalam hari rabu 28hb Julai 2010...
Satu situasi telah berlaku...
Atas kerana bekal ilmu...
Aku dipanggil oleh sahabat ..untuk membantu..
Menjadi saksi juga penasihat kepada kes pembelaannya terhadap tuntutan ...kliennya
Kesnya biasa saja...namun semoga menjadi pengajaran pada semua...kawan2 amnya
Dan khusus pada seorang QS ..layaknya..
Peristiwa ini hanyalah sekadar kisah atau salah faham kerna kerja2 renovation rumah
Dengan kos sekitar tak sampai 40k...pun
Perbicaraan berjalan dari jam 12.30 hingga jam 1.00 tenghari
diikuti waktu rehat..
Kemudian sambung semula dari jam 2.30 petang hingga jam 3.45 petang...
Layaknya aku menjadi saksi/ penasihat secara teknikal...menterjemah prosedur pembinaan..
mewakili sahabat dan juga rakan kejiranan yang berperanan sebagai kontraktor..
Sementara junior aku mewakili penuntut...yakni tuan rumah...
mewakili kualiti hasil kerja...
Alhamdulillah ada keseimbangannya...
Aku secara khusus tidak membela dan menuduh sesiapa..
cuma menyatakan secara asas..akan tindakan sepatutnya..
Suasana dihujung agak panas disebelah penuntut...
tetapi berjaya dikawal oleh puan hakim dengan jayanya..
Jelas aura Puan Hakim menerima tutur bicara aku..
dan meminta pula kata pendapat dariku sebagai suatu ...
cadangan pula..alhamdulillah
Pak Ngah turut...hadir menjadi saksi sebagai wakil khoriah...dan sahabat..
Makin di suloh makin terbuka ceritanya...
makin terang peribadinya....dan hatinya
itulah yang jelas ...semua pihak nampak akan hujung2 jawapannya...
Betapa..jalan damai..saling memaafkan tiada noktahnya...daripada penuntut..
Kerana sejumlah wang yakni tak sampai RM10k walaupun diberi peluang
dibayar ansur2 pun egonya dia,
dia tidak mahu bayar laa..kut...
ikut hawa nafsu amarah, demi sebuah kehendak...laporan % kerja yang diminta
sedangkan keluasan rumah bak sekankang kera
bole diteliti dengan hanya sejam saja...
boleh dianalisa ...dengan congak2 juga ...
hingga tawaran perdamaian sejak dari ahli khoriah
kini dibawa didepan hakim pula ditunjuk tembelangnya ..
Allahuakbar....kerasnya hati..dia..
kadang2 manusia lupa siapa yang menjadikanNya..
Puan hakim pula membuka sudah jalan perdamaian...namun..tiada diterima
Rumusan cukup menyentuh jiwa....saya..
Pandanglah kehadapan jangan lagi ditoleh barang yang lepas
Kenapa anda tidak membayar deposit yang telah dipersetujui bersama
Bukankah itu permulaannya
Sedihnya saya melihat satu bangsa, agama dalam khoriah yang sama
Bermasam muka...tanpa mahu ada noktah damainya...
doa saya moga Allah beri petunjuk pada saya ~(Pn Hakim) untuk memutuskankan
keputusan yang terbaik buat semua....
Maka akhirnya Puan Hakim memaklumkan pihaknya akan memberi keputusan pada tarikh
hari pertama kita berpuasa...
Semoga yang benar beroleh kemenangan..dari Allah Taala...
Mengalah bukan bererti kalah...
Kesabaran wujud...bila kita benar2 kenal Allah
Inilah sebahagian yang ingin saya kongsi bersama..
bahawa pada setiap kejadian pemberian Allah pada kita pasti ada hikmahnya...
semuanya buat tambah baik diri kita
Pekara yang salah ...jangan sekali kita sembunyikannya...
Kerna kebenaran akan sirna hujungnya
Setiap masalah carilah penyelesaiannya...
Sudahilah ia dengan kesabaran ..walaupun
hati menangis bak luka yang parah lagi dalam....
Manisnya...janji Allah tiada dapat kita gambarkan...
Bukankah dibulan mulia ini syaaban dan akan datang pula ramadhan
kita disuruh berbaik2 ...antara satu sama lain
Bukankah buku catatan kita baru saja sampai ke loh mahfuz..lupakah kita
Wahai jiwa2 yang kusut....
Bangun..sedarlah...akan rahmat Allah...
Inilah kisah hikmah yang telah Allah berikan kepada kita
Jom..ayuh...majulah ke rumah2 Allah
Binalah ukhwah...
Timbalah ilmu agar kita tidak sesat...dalam lelah..
Tangan yang dihulur..sambutlah...
Wang bukanlah segalanya....
Semuanya ujian Allah...
Fikirlah...kalau bersemadi jasad disebelah..
kemana hala dirimu...akan di olah..
tentunya kami rakan kejiranan mu jualah...
sama-sama bertanggunjawab...demi hak Allah....
Allahuakbar..

7 ulasan:

taj berkata...

Salam Shami...

Allahuakbar, itu dugaan hidup...
setiap perkara yg berlaku, kekadang kala amat menguji iman dan sabar kita...
muga kita tetap dikalangan orng2 sabar...
kekadang terpikir juga...apa yg nak ditamakkan sgt dgn benda duniawi ini...
kekadang kita pandai je cakap, tapi nak merealisasikan...uuuuhhh amat payah dan byknya cabaran...
sbg hambaNYA ,itulah tujuan kita hidup didunia adalah utk diuji disegala segi...
dan apa tujuan kita sebenarnya diciptakan...
renung renungkanlah...
sebenarnya bercakap ttg diri sendiri...
wallahualam

rezeki berkata...

salam shami

saya membantah tuan hakim hehehehe

alhamdulillah, saya tak pernah pun masuk dalam court , cuma sekali je dulu ikut kawan . itu pun court mamoth hehehe


opsss sorry, shami cite serius , pak itam buat lawak pulak hehehe

tapi itulah hakikat dunia hari ini, jalan penyelesaian dan sikap bertimbang rasa dan tolak ansur spt yg dianjurkan oleh agama Islam semakin dijauhi dan dihindari

teringat satu ketika dulu pertelingkahan 2 org yg arif dan bijak berkaitan agama sehingga membawa ke mahkamah akibat sekangkang tanah terpampang di dada akhbar

ainhany berkata...

salam kak shami,

Semuga ALLAH mempermudahkan urusan tersebut..
Kata hukama- jika tak mmpu jadi garam memasinkan ikan, jgn pula jadi lalat yg membusukan.Muga2 setiap dari kita sentiasa mncri jln utk menjadi bermanfaat pd diri dan org lain.

pssst..Saya terima apa saja keputusan tuan HAKIM. MUKTAMAD

KAMATO berkata...

dunia aman kalau semua org ikut quran dan hadis

atuk berkata...

Assalamualaikum Shami

moga Allah jauhi kita drp perangai yg dimurkai oleh Alla

Wassalam

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

salam shami,

kak nab pun teringat kes yg pak itam sebutkan itu...agak memalukan !

setuju dengan kata2 shami...'mengalah bukan bererti kalah'...kadang2 yg mengalah itulah pemenang sebenarnya...

shami2 berkata...

Salam taj..

Itulah taj..kita kena sentiasa hisab diri kita setiap hari..mudah-mudahan kita tak lupa diri...
kalau ter juga cepat2lah balik kepangkal jalan..

Salam pak itam..
Kisah tu..aar tau sapa dia..larr ni depar tak muncul dah dalam tv...heheh dua2 orang hebat kan..dan media jadi..pemanasnya...mudah-mudahan Allah sentiasa beri petunjuk pada kita..untuk bertindak...sebaiknya bila kenal Allah semua jadi mudah...

Salam ain..
Mudah-mudahan Puan Hakim..membuat keputusan yang sebaiknya kita tunggu...

Salam Komato..
Ya betul...tapi kita hanya manusia..pengisian rohani kita dunia dan akhirat...sentiasa diuji...mudah-mudahan kita sentiasa diberi petunjuk dan hidayah..oleh Allah untuk bertindak dengan baik...kalau sebaliknya..tu..mungkin ada masalah..sikit, masalah tu sebenarnya yang Allah nak kita semua lihat dan berubah.... ke arah yg lebih baik...

Salam cik rozali..
Ya ..rumah Allah tempat terbaik untuk kita..mendidik diri kita sebaiknya..

Salam kak nab..
Mengalah...sebab kita nak mengelakkan ..benda2 yg boleh jadi mudarat kan hehehhe..sabar banyak2 tu jauhkan diri dengan berhemah..mengadu pada Allah...