Memaparkan catatan dengan label Kongsi pengalaman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kongsi pengalaman. Papar semua catatan

Isnin, 11 April 2011

SAMA2 KITA BERKONGSI DIARI HIDUP INI


Demikianlah ajaran Allah, dan sesiapa yang menghormati syiar-syiar agama Allah, maka termasuklah dia dikalangan orang2 yang bertaqwa.

(Surah Al hajj : ayat 32)

Allah memimpin sesiapa yang Dia kehendaki kepada Nur hidayah-Nya itu dan Allah mengemukakan pelbagai misal untuk umat manusia dan Allah Maha Mengetahui akan tiap2 sesuatunya.


                                                            (Surah  An Nur ayat 35)

Hari sabtu minggu seperti biasa....
tempahan katering diterima untuk majlis aqiqah....
dari sahabat Pak Ngah yang berasal dari negeri kedah juga....
majlis makannya pada waktu tengahari...
menunya
Kambing panggang dan setnya
Kari kepala kambing dllnya
Ayam masak merah
nasi beriyani
acar timun nenas
tentunya seawal pagi kami semua bersiap sedia...menguruskannya
Alhamdulillah semua selesai dengan mudah...tepat waktunya malahan lebih awal..
Malam minggu kami sekeluarga hadir ke masjid ..Nurul Iman Rawang pula
mengikuti program jemputan bekas juara AQ ke 4....
mengalunkan ayat2 suci Al quran..
dengan berbagai
versi bacaan Al quran secara bertaranum..juga sedikit tazkirah ..
selesai .. sama2 solat isyak berjemaah  diikuti pula solat hajat berjemaah
imamnya sahabat kita ini....juga
betapa indah bacaannya....tika solat isyak..
gaya bacaan seeakan-akan  bacaan Al quran oleh Syeikh Mishairy Rashid...
iman dari Mekah itu...subhanallah...
 ...majlis makan malam disediakan oleh masyarakat Acheh yang
mengadakan sambutan Maulidur Rasul di Masjid Nurul Iman Rawang...
menu makan malamnya...
kari daging ( gulai daging + tulang) bersama labu air dan nasi putih sahaja
enak...di makan panas2
terasa seolah2 berada di suasana silaturahim masyarakat kampung sewaktu tahun 70-an...
majlisnya di masjid ...pengisian ilmunya ringkas dan padat
 penuh kesederhanaan tetap meriah.....
Satu pengisian waktu yang amat bermakna dalam
diari sehari dalam hidupku..
tika saat manis ini berlalu cukup sekadar gambaran majlis itu terakam dimindaku...
Hadis Rasullullah..dalam n3 yang lepas ternyata berlaku di depan mataku.....
syukur padaMu....Ya Allah atas petunjuk itu.....
Majlis sambutan Maulidur Rasul  anjuran masyarakat Acheh
berbagai acara diadakan...alunan selawat, bacaan Al Quran, pengagihan derma kepada
anak2 yatim dll...
termasuklah jamuan makan tengahari
sebanyak 4 ekor lembu telah ditumbangkan 
untuk dijadikan menu majlis jamuan makan yang berlansung dari sabtu malam ahad
hinggalah ahad siangnya
jemputan terbuka kepada warga Acheh maupun masyarakat setempat 
  kamera ini hanya sempat merakamkan saat mendengar ceramah dari penceramah jemputan....
alhamdulillah..pengisian ringkas juga kali ini...
beberapa baris ayat2 terakhir dari  surah At Taubah
menjadi  nota, baik untuk di amalkan....
dalam kehidupan seharian...
Kepulangan kami seterusnya bersambung pula di kedai...
alhamdulillah seperti malam2 minggu yang lepas..
pelanggan tetap di hidangkan.....dengan menu
"Lamb steak" dan "chicken steak..."
juga nasi kambing panggang, dan
nasi ayam panggang
Alhamdulillah...

syukur ke hadratnya pagi2 dan petang2 atau malam ku  kini disi dengan bacaan Al Mathurat...
itulah amalan anak2 di asrama...
yang dikongsi bersama...walau jauh..
tapi kami sama2 melakukannya....
pada setiap pagi dan petang/malam
sebagai ingatan hati ibu ini pada mereka...
bahwasanya kami tetap melakukan aktiviti yang sama
walau masa dan tempat  memisahkannya
mudah-mudahan kerinduan hati ibu ini...
terisi jua... hendaknya...semangat dan jiwa kami tetap
teguh dan ampuh..dengan penyerahan diri kami sepenuhnya
kepada Allah yang Maha Esa...

Wasallam...




Rabu, 24 Februari 2010

SUBURKAN IMAN KITA


Madah yg tertera bagai mengubat lara hati ini
Mari bersama kita suburkan iman dihati..
Ingin ku berkongsi kejadian hari ini..
Kisah sahabat CM ..bagai mengusik hati lagi..
Kini aku berdepan kisah serupa..macam ni..
Tapi mari kita sama2 teliti
Seorang insan bernama lelaki
Muda lagi ada anak satu dan seorang isteri
Lulusan pulak ijazah universiti
Cita-cita cukup tinggi
Meniaga sendiri
Modal ditangan tiada lagi
Namun Allah kasih akan hambaNya ini
Lalu rezeki datang kesisi
Bila kerja sedang giat berjalan..
Bertambah lagi menjadi dua kini...
Kemudian bertambah menjadi tiga ..dah ni
Modal juga dibagi lagi
Modal diberi mencecah RM 118k dah ni
Namun pemilik belum dapat 1 sen lagi..
Baru 1 hari dikirim RM 2k lagi..
Baki untuknya ada 10k lagi ni..
pemilik, mohon dapat bayaran baru ditunaikan semuanya sekali
Namun pemuda tadi ....ditimpa musibah pulak dalam masa ni..
Projek ke 2 projek tanggung sendiri, hak milik peribadi
Tersangkut kerna ...kena siap semua sekali...
Modal sendiri..payahlah sikit ni...
Pemuda tadi ligat mencari modal tambah sana sini...
Cadangan kengkawan tak diendah lansung ni..
Dia cuba pandai2 ego larr namanya ni...
Cara sendiri tak kena gaya jadi..
Tetiba berita diterima perompak masuk rumahnya petang tadi
Habis semua barang dikebas ..hak isteri maupun sendiri
Betul atau tidak tak da pulak bukti
Bercakap terang tak menjadi
SMS jadi senjata mengadu masalah dia ni
Bila 10k tidak boleh dibagi lagi buat masa ni..
Dia mula lupa diri habis sudah diungkit kini
Budi jasa teman dicampak jauh ketepi
Kerna duit..yang tak seberapa ni...
Kata dua nasihat...dipersenda sungguh menyakitkan hati
Pabila melibatkan Allah Yang Esa ni...
Hati sebal jadi kelu untuk teruskan lagi menasihati..
SMS masuk bertubi-tubi
Hanya kerna untuk puaskan nafsu amarah dalam dirinya kerna permintaan gagal dipenuhi..
Sungguh benar manusia kerana wang bole lupa siapa dirinya sendiri.
Hatta sahabat yang ada disisi..

Bukan mudah nak suburkan iman kita ni..
Selalu saja lalai dan lupa diri
Macam esok dah tiada lagi....

Kalau benar bagai terjadi...kenapa berlindung disebalik SMS saja ni
Kenapa gagal bercakap dari mulut sendiri
Mohonlah petunjuk dari Ilahi
kalau benar pasti ada jalan keluarnya nanti...
Pertolongan kawan bukan semuanya dalam bentuk wang ringgit harta duniawi
Tapi nasihat bernas tinggi nilai kalau dituruti..
Renunglah dengan matahati
Pasti hikmahnya jelas nanti

Kepada pemuda tadi...
nipis sungguh imanmu..
Buanglah ego tinggi dalam diri
Jangan dipersalah orang sekeliling ni
Yang sudah banyak memberi..
Hatta 1 sen belum diperolehi..
Renunglah diri kelemahan diperbaiki
Untuk berjaya bukan mudah sekali
Harus ditempuhi onak dan duri
Allah jua harus didekati..
Hanya Dia berhak memberi...