Isnin, 11 April 2011

SAMA2 KITA BERKONGSI DIARI HIDUP INI


Demikianlah ajaran Allah, dan sesiapa yang menghormati syiar-syiar agama Allah, maka termasuklah dia dikalangan orang2 yang bertaqwa.

(Surah Al hajj : ayat 32)

Allah memimpin sesiapa yang Dia kehendaki kepada Nur hidayah-Nya itu dan Allah mengemukakan pelbagai misal untuk umat manusia dan Allah Maha Mengetahui akan tiap2 sesuatunya.


                                                            (Surah  An Nur ayat 35)

Hari sabtu minggu seperti biasa....
tempahan katering diterima untuk majlis aqiqah....
dari sahabat Pak Ngah yang berasal dari negeri kedah juga....
majlis makannya pada waktu tengahari...
menunya
Kambing panggang dan setnya
Kari kepala kambing dllnya
Ayam masak merah
nasi beriyani
acar timun nenas
tentunya seawal pagi kami semua bersiap sedia...menguruskannya
Alhamdulillah semua selesai dengan mudah...tepat waktunya malahan lebih awal..
Malam minggu kami sekeluarga hadir ke masjid ..Nurul Iman Rawang pula
mengikuti program jemputan bekas juara AQ ke 4....
mengalunkan ayat2 suci Al quran..
dengan berbagai
versi bacaan Al quran secara bertaranum..juga sedikit tazkirah ..
selesai .. sama2 solat isyak berjemaah  diikuti pula solat hajat berjemaah
imamnya sahabat kita ini....juga
betapa indah bacaannya....tika solat isyak..
gaya bacaan seeakan-akan  bacaan Al quran oleh Syeikh Mishairy Rashid...
iman dari Mekah itu...subhanallah...
 ...majlis makan malam disediakan oleh masyarakat Acheh yang
mengadakan sambutan Maulidur Rasul di Masjid Nurul Iman Rawang...
menu makan malamnya...
kari daging ( gulai daging + tulang) bersama labu air dan nasi putih sahaja
enak...di makan panas2
terasa seolah2 berada di suasana silaturahim masyarakat kampung sewaktu tahun 70-an...
majlisnya di masjid ...pengisian ilmunya ringkas dan padat
 penuh kesederhanaan tetap meriah.....
Satu pengisian waktu yang amat bermakna dalam
diari sehari dalam hidupku..
tika saat manis ini berlalu cukup sekadar gambaran majlis itu terakam dimindaku...
Hadis Rasullullah..dalam n3 yang lepas ternyata berlaku di depan mataku.....
syukur padaMu....Ya Allah atas petunjuk itu.....
Majlis sambutan Maulidur Rasul  anjuran masyarakat Acheh
berbagai acara diadakan...alunan selawat, bacaan Al Quran, pengagihan derma kepada
anak2 yatim dll...
termasuklah jamuan makan tengahari
sebanyak 4 ekor lembu telah ditumbangkan 
untuk dijadikan menu majlis jamuan makan yang berlansung dari sabtu malam ahad
hinggalah ahad siangnya
jemputan terbuka kepada warga Acheh maupun masyarakat setempat 
  kamera ini hanya sempat merakamkan saat mendengar ceramah dari penceramah jemputan....
alhamdulillah..pengisian ringkas juga kali ini...
beberapa baris ayat2 terakhir dari  surah At Taubah
menjadi  nota, baik untuk di amalkan....
dalam kehidupan seharian...
Kepulangan kami seterusnya bersambung pula di kedai...
alhamdulillah seperti malam2 minggu yang lepas..
pelanggan tetap di hidangkan.....dengan menu
"Lamb steak" dan "chicken steak..."
juga nasi kambing panggang, dan
nasi ayam panggang
Alhamdulillah...

syukur ke hadratnya pagi2 dan petang2 atau malam ku  kini disi dengan bacaan Al Mathurat...
itulah amalan anak2 di asrama...
yang dikongsi bersama...walau jauh..
tapi kami sama2 melakukannya....
pada setiap pagi dan petang/malam
sebagai ingatan hati ibu ini pada mereka...
bahwasanya kami tetap melakukan aktiviti yang sama
walau masa dan tempat  memisahkannya
mudah-mudahan kerinduan hati ibu ini...
terisi jua... hendaknya...semangat dan jiwa kami tetap
teguh dan ampuh..dengan penyerahan diri kami sepenuhnya
kepada Allah yang Maha Esa...

Wasallam...




2 ulasan:

Rozali berkata...

Assalamualaikum Shami

Alhamdulillah
apa yang dirancang berjalan lancar

besyukur kita kepada Nya yg Maha Agung

Wassalam

shami2 berkata...

Salam cik rozali...

Ya syukur atas kurnia dari Nya...
sesungguhnya perancangan Allah lebih baik dari perancangan kita manusia...

Pak Ngah Hilmi Katering : Lemang dari daun lerek

Salam sejahtera, lemang sangat sinonim dengan Syawal, tahun ini Pak Ngah Hilmi Katering menyajik...