Alhamdulillah, bangun pagi ketika melewati pintu pagar untuk ke ofis
sempat meninjau halaman rumah, kelihatan ada
2 tumbuhan asing tumbuh di dalam pasu pokok bunga hiasan yang terbiar.
Sekali di belek, tumbuhan ini tumbuh subur dan telah
menunjukan tanda-tanda akan mengeluarkan putik bunganya.
Sesekali ditengok akan rupa bentuk daun dan pokoknya
seakan-akan pokok cili besar. Kita tunggu dan lihat nanti hasilnya.
Tidak sah blog saya ini kalau tidak disajikan dengan menu tertentu.
Kali ini saya paparkan menu istimewa keluarga dari kampung
kari udang di rampai dengan kacang panjang.
kacang panjang boleh juga digantikan dengan
rebung kalau sukalah. Itu kreativiti sendiri.
Kari udang ini mudah sahaja disediakan.
resepinya ikutlah resepi kari ikan tapi ikan digantikan dengan udang.
Insyallah sedap, selamat mencuba.
MONOLOG
semalam malam 15 Rejab bagi tahun 1435 Hijrah.
Bulan dilangit kelihatan terang benderang.
Cahaya bulan yang indah dan terang
udara sejuk lagi nyaman.
Halaman rumah terang benderang umpama siang hari
begitu damai sekali.
Di atas sejadah tangan diangkat, berdoa...
berdoa sebanyak-banyaknya
subhanallah...masyallah...tabarakallah
indahnya, tenangnya, damainya kolam hati waktu itu
perlahan-lahan air jernih yang panas dari kelopak mata ini
mengalir laju di pipi.
Lajunya hingga membasahi telekung yang di pakai.
tiada ucapan indah yang berlagu di hati melainkan
berzikir dan menyebut-menyebut nama Allah ketika ini.
Pernahkah anda mengalami atau menikmati saat2 sebegitu.
Andai pernah...alhamdulillah...
itulah waktu tahajuj @ waktu dinihari
ketika orang lain nyenyak tidur kita bangun sucikan diri
untuk duduk sujud pada ilahi..membaca alquran dll
Rendahnya kita lemahnya kita ini selaku seorang hambanya di dunia ini.
Kongsi ilmu
Umat Islam digalakkan beribadat sebanyak mungkin dalam bulan Rejab
sebagai satu latihan sebelum mereka menghadapi bulan Ramadan
kerana pada bulan ini Allah SWT banyak memberikan Rahmat-Nya.
Ia adalah permulaan bulan mulia dan bagi mempertingkatkan ibadat dan ketaqwaan, terutama melipat-gandakan amal soleh seperti istighfar dan puasa sunat.
Rasulullah SAW bersabda:
“Kembalilah kepada tuhan kamu dengan keampunan daripada dosa-dosa kamu dan hindarilah perbuatan maksiat dalam bulan mulia, iaitu Rejab.”
.
Rejab sebagai bulan penebus dosa serta menambah ganjaran pahala juga mempunyai banyak kelebihan dan bermanfaat.
Beberapa amalan yang baik dilakukan dalam bulan Rejab ialah:
- Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
- Meneguhkan jiwa dan keimanan dengan memperbanyak bacaan al-Quran.
- Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan beristighfar dan zikir
- Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat, puasa dan bersedekah
- Mohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
- Menginsafkan diri dengan membaca atau mendengar peristiwa Israk dan Mikraj, kisah teladan perjuangan Rasulullah dan sirah Islam lain.
Contoh amalan:
- Solat sunat Tahajud 2, 8 atau 12 rakaat.
- Solat sunat Tasbih, Taubat dan sunat witir.
- Beristighfar 70 kali, 100 kali atau lebih..
- Berdoa.
- Memohon keampunan diri dan ibu bapa.
- Berselawat, berzikir dan bertasbih sehingga fajar subuh.
.
Jadikanlah amal ibadah kita ini suatu rutin kebiasaan kita sepanjang hidup,
bukan hanya sekadar bermusim sahaja. Mudahnya kita untuk beramal soleh.
Silalah jangan leka dan membuang masa lagi.
Wasallam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan