Alhamdulillah 13 Rejab bagi tahun 1435 Hijrah bersamaan
Selasa hari cuti umum bagi warga Malaysia.
Awal pagi cuti saya bersama adik mimi
menjengah ke kedai Dsham Muslim Shoppe untuk
menyusun stok barang yang baru masuk.
Sebelum kerja dimulakan jengah dulu di muka pintu sliding dalam kedai
untuk menikmati pemandangan alam yang cantik lagi nyaman.
Pulang dari pejabat tentu badan terasa letih dan penat
namun aktiviti memasak dengan penuh kasih sayang
adalah rutin yang cukup istimewa untuk saya.
Tiada menu khas yang diangankan ianya
terilham dengan sendiri apabila melihat bekalan makanan
di dapur, semuanya diolah untuk menjadi hidangan yang membuka selera.
Menu kali ini.
Terung goreng berlada bersama tauhu,
kerabu ikan bilis goreng bersama daun selom, kesum dan timun.
Enak di makan bersama nasi yang panas-panas.
Jemput-jemput ikan bilis adalah pelengkap hidangan.
Menu yang ringkas dan berkhasiat enak dimakan seisi keluarga.
STOK JUBAH
KONGSI ILMU
Terjemahan Ayat 1 - 5 (Surah Taha)
1. Taa. Haa.
1. Taa. Haa.
2. Kami tidak menurunkan A-Quran kepadamu (wahai Muhammad)
supaya engkau menanggung kesusahan.
3. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut
yang melanggar perintah Allah.
4. Al-Quran diturunkan dari tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
5. Ia-itu Allah Ar-Rahmaan,yang bersemayam (berkuasa) diatas 'Arasy.
Wasallam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan