Rabu, 21 Mei 2014

Pak Ngah Hilmi Grilled Lamb Steak: Ulang tahun ke 4








Alhamdulillah, 
suatu hari menerima panggilan telefon dari PH.
sewaktu panggilan diterima saya sedang sibuk di pejabat.
Alhamdulillah sekali lagi, kami dihubungi oleh wakil stesyen TV ~ RTM 
untuk slot program rancangan berbahasa inggeris tentang seseorang.

 Blog saya telah di layari dan restoran PHGL terpilih sebagai
lokasi hidangan paling popular dan istimewa di Rawang.

Blog, 
Saya suka menulis blog
ini adalah medan saya berkarya, berkongsi pengalaman hidup, ilmu dan aktiviti saya
disamping mempromosi perniagaan makanan dan pakaian milik kami.
Semalam 19hb Mei 2014 genap sudah 4 tahun kami
mengusahakan perniagaan restoran PHGL ini.

Bila direnung kebelakang pelbagai kenangan lalu, telah pun tercatat.
Hatta sejak dari alam kanak-kanak, remaja, dan dewasa hinggalah berkeluarga. 
Kita merancang Allah juga merancang
Sebaik-baik perancangan kita, 
baik lagi perancangan Allah SWT kepada kita.

Perlukah merenung kebelakang lagi...mungkin ada yang bertanya.
Saya akan tetap merenung kebelakang ...walaupun
saya kini sedang menyulam masa hadapan, kerana
semalam itu adalah siapa kita hari ini.

Inilah proses pembelajaran seorang insan 
yang sentiasa berterusan perlu dilalui 
selagi ada hayat dikandung badan.

Alhamdulillah sebahagian impian dan doa saya
telah diterjemahkan olehNya. 
Semuanya perlukan pengorbanan, sabar
jujur, amanah dan ikhlas.
Mudah-mudahan 
Allah SWT sentiasa memelihara dan memimpin saya, suami, anak-anak
dan keluarga amnya dengan 
penuh rahmat dan kasih sayangNya.
Dengan penuh rasa kehambaan dan rendah diri saya mohon keampunanNya.


SELAMAT ULANG TAHUN KE 4  UNTUK
PHGL BAGI TAHUN 1435 HIJRAH @ 2014

TERIMA KASIH KEPADA KELUARGA,
SEMUA PELANGGAN DAN JUGA RAKAN TAULAN
YANG SENTIASA MENYOKONG PENUH USAHA
KAMI SEJAK DARI 
AWAL PERNIAGAAN HINGGALAH KINI, 
YANG TELAH
SAMA-SAMA MEMBACA CATATAN SAYA YANG PENUH
DENGAN WARNA WARNI KEHIDUPAN INI.
ITULAH JURNAL KEHIDUPAN @ SEHARI DALAM HIDUPKU.



Wasallam
















1 ulasan:

afeezz berkata...

semoga terus berjaya, insyaAllah