Rabu, 26 Jun 2013

JERUBU



Isnin pagi Rawang ke Selayang & KL


Latar Highway Ahad


Alhamdulillah, hujan turun lewat petang semalam, 
semasa saya masih lagi berada di sekitar KL.
 Ketika dalam perjalanan  pulang menjelang maghrib
kedengaran di celah-celah belukar, suara2 sang katak, riuh rendah berlagu, 
bagai meraikan kesyukuran tibanya hujan.

Pada awal pagi hari ini
keadaan jerubu masih ada, mungkin kurang sikit..namun bau asap masih dapat di hidu.
mudah-mudahan semuanya akan kembali seperti biasa sikit masa lagi, insyallah, 
sama-sama kita berdoa agar Allah SWT kurniakan kita kesihatan yang baik, amal ibadah yang berterusan, serta  kesabaran dalam menghadapi ujian dariNya ini. 


DOA UNTUK MINTA HUJAN 

- اَللَّهُمَّ أَسْقِنَا غَيْثًا مُغِيْثًا مَرِيْئًا مَرِيْعًا، نَافِعًا غَيْرَ ضَارٍّ، عَاجِلاً غَيْرَ آجِلٍ.

“Ya Allah! Berilah kami hujan yang merata, menyegarkan tubuh dan menyuburkan tanaman, bermanfaat, tidak membahayakan. Kami mohon hujan secepatnya, tidak ditunda-tunda.” 

- اَللَّهُمَّ أَغِثْنَا، اَللَّهُمَّ أَغِثْنَا، اَللَّهُمَّ أَغِثْنَا.

“Ya Allah! Berilah kami hujan. Ya Allah, turunkan hujan pada kami. Ya Allah! Hujanilah kami,” 

- اَللَّهُمَّ اسْقِ عِبَادَكَ وَبَهَائِمَكَ، وَانْشُرْ رَحْمَتَكَ، وَأَحْيِي بَلَدَكَ الْمَيِّتَ.

“Ya Allah! Berilah hujan kepada hamba-hambaMu, ternak-ternakMu, berilah rahmatMu dengan merata, dan suburkan tanahMu yang tandus.”


PERKONGSIAN ILMU




SUDAHKAH MANA2 TARBIAH  MADRASAH RAMADHAN TAHUN LALU  

 DI AMALKAN DENGAN ISTIQAMAH HINGGA HARI INI....

JOM AUDIT DIRI KITA MENJELANG RAMADHAN BAKAL TIBA INI.






Wasallam

Tiada ulasan: