Sebelum balik ke asrama tempohari anak2 minta
dimasakkan sesuatu dari air tangan mama sendiri.
Akhirnya Shami pun memilih menu ketam lemak cili api
untuk dimasak.
Bahan-bahannya adalah seperti berikut:
Cili padi 4 - 5 biji
Kunyit hidup 1"
Daun kunyit/ limau purut
Asam keping
Santan pekat.
Sedikit garam
kiub pati ikan bilis
1 batang serai
Ketam 3 Ekor disiang dan di belah 2
Cara memasak
Cili api dan kunyit di kisar halus
Didihkan bahan2 kisar 3-4 minit
Masukkan asam keping
Serai, ketam, santan cair
Setelah ketam masak, masukkan pula santan pekat,
garam secukup rasa dan kiub pati ikan bilis dan daun kunyit/daun limau purut.
Masak dengan api perlahan agar santan tidak pecah minyak.
Setelah 2 - 3 minit ketam cili padi sedia untuk dihidangkan.
Mudah dan ringkaskan..selamat mencuba.
Tanaman
Foto dibawah adalah tanaman yang ditanam tempohari
Inilah hasilnya setelah 2 minggu berlalu
daun kunyit sudah boleh di tuai dan digunakan untuk memasak.
dimasakkan sesuatu dari air tangan mama sendiri.
Akhirnya Shami pun memilih menu ketam lemak cili api
untuk dimasak.
Bahan-bahannya adalah seperti berikut:
Cili padi 4 - 5 biji
Kunyit hidup 1"
Daun kunyit/ limau purut
Asam keping
Santan pekat.
Sedikit garam
kiub pati ikan bilis
1 batang serai
Ketam 3 Ekor disiang dan di belah 2
Cara memasak
Cili api dan kunyit di kisar halus
Didihkan bahan2 kisar 3-4 minit
Masukkan asam keping
Serai, ketam, santan cair
Setelah ketam masak, masukkan pula santan pekat,
garam secukup rasa dan kiub pati ikan bilis dan daun kunyit/daun limau purut.
Masak dengan api perlahan agar santan tidak pecah minyak.
Setelah 2 - 3 minit ketam cili padi sedia untuk dihidangkan.
Mudah dan ringkaskan..selamat mencuba.
Tanaman
Foto dibawah adalah tanaman yang ditanam tempohari
Inilah hasilnya setelah 2 minggu berlalu
daun kunyit sudah boleh di tuai dan digunakan untuk memasak.
Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Ibubapa Mendidik Anak Remaja
Topik
|
Surah
|
Ayat
|
Pendidikan Anak
ü Cinta ibubapa kepada anak
ü Anak sebagai ujian
ü Mendoakan anak dengan keberkahan
ü Berlaku adil di antara anak-anak
ü Nasihat ibubapa untuk anaknya
ü Memerintahkan anak untuk selalu berbuat baik
ü Perintah Allah supaya menjaga anak dari api neraka
|
Yusuf
Ali-Imran
Al-Anfaal
Maryam
Al-Furqaan
Al-Ahqaaf
Yusuf
Al-Baqarah
Hud
Yusuf
Luqman
Luqman
At-Tahrim |
12, 64, 66, 67, 84, 85
3
28
19
74
15
12
132,133
42,43
67, 87
13, 16,17, 18, 19
17
6
|
Pengajaran untuk anak
ü Mengajar akhlak kepada anak
ü Mengajar anak untuk beribadat
ü Doa untuk zuriat yang baik
ü Memberi makanan yang halal kepada anak
|
Luqman
Luqman
Al-An’naam
Ali-Imran
Ibrahim
Al-Baqarah
|
18
19
6
38,
37, 38, 39, 40
168
|
Keutamaan Ilmu
|
Al-Baqarah
Ali-Imran
An-Nisaa’
Yusuf
|
247, 269,
7,
162
68
|
Dalam usaha membentuk remaja yang berkualiti, maka kecemerlangan bidang pendidikan tidak hanya dipikul oleh pihak sekolah semata-mata. Bahkan ianya bergantung kepada ibubapa di rumah. Kedua-dua institusi ini iaitu rumahtangga dan sekolah saling memerlukan dalam menentukan kecemerlangan anak-anak.
Diantara Petunjuk Prestasi Utama (KPI) ibubapa dalam mendidik anak-anak remaja iaitu perkara-perkara utama yang perlu diberi perhatian oleh ibubapa dalam proses melahirkan dan mendidik remaja yang soleh ialah:
Pertama: Sentiasa Berdoa Kepada Allah s.w.t.
Keinginan untuk memiliki zuriat yang soleh dan cemerlang hendaklah dengan cara berdoa kepada Allah s.w.t. kerana amalan ini merupakan amalan yang dilakukan oleh para nabi dan rasul. Firman Allah dalam surah Ali - Imran ayat: 38
Yang bermaksud : Wahai tuhan kami kurniakanlah kepadaku dari sisimu zuriat keturunan yang baik, seseungguhnya engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan.
Dalam ayat ini menjelaskan kepada kita para nabi dan rasul mengutamakan zuriat yang soleh dalam kehidupan mereka, walaupun zuriat itu belum dilahirkan lagi mereka berdoa kepada Allah s.w.t. agar dikurniakan zuriat keturunan yang baik. Ini memberi gambaran dan contoh kepada manusia untuk diamalkan. Di samping kita berdoa hendaklah kita memberi pelajaran yang sempurna dari segi fardhu Ain dan Fardhu Kifayah semoga mereka dapat membangunkan diri, masyarakat dan negara.
Kedua: Hendaklah Menanam Akidah Didalam Diri Anak-Anak
Akidah merupakan asas yang perlu diberi perhatian dan keutamaan, kerana akidah yang mantap sahaja mampu menjamin kebahagian dan kecemerlangan hidup manusia di dunia dan di akhirat. Selain itu, anak-anak yang mempunyai pegangan akidah yang mantap tidak akan mudah untuk menyeleweng atau diselewengkan. Lebih-lebih lagi dapat melahirkan insan yang sentiasa dapat menjaga iman mereka serta menjauhi perkara-perkara syirik yang boleh menyesatkan mereka.
Ketiga: Hendaklah Diberi Penekanan Terhadap Tuntutan Syariah Khususnya Dari Sudut Ibadah
Penekanan dari sudut ibadah yang sempurna melambangkan sifat kepatuhan dan ketaatan kepada Allah. Selain itu, sebagai tanda penyempurnaan jalinan hubungan dengan Allah s.w.t sepanjang masa dengan sentaisa menyerahkan segala jiwa dan raganya terhadap setiap suruhan dan meninggalkan segala larangannya pada setiap masa.
Selain itu, dengan melakukan ibadah kepada Allah dapat menyedarkan anak-anak tentang sifat-sifat manusia sebagai hamba disisi Allah s.w.t. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah Al-An’aam ayat 162 :
Yang bermaksud: “ Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah tuhan yang memelihara dan mentadbir sekelian alam ”.
Keempat: Hendaklah Diberi Penekanan Dari Sudut Akhlak
Memiliki akhlak terpuji merupakan lambang kecemerlangan dan keindahan terhadap keperibadian seorang muslim sejati. Dengan memiliki akhlak yang terpuji menyebabkan seseorang itu dihormati dalam sesebuah masyarakat berbanding dengan orang yang memiliki akhlak yang tercela akan dibenci dan dikeji oleh masyarakat. Kerana itulah, junjungan besar nabi Muhammmad s.a.w. diutuskan untuk menyempurnakan akhlak manusia.
Selain itu, dengan memiliki akhlak yang mulia merupakan amalan yang paling berat dalam timbangan dihari akhirat berbanding dengan akhlak tercela yang akan melambatkan proses hisab dihadapan Allah s.w.t. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. :
مَا مِنْ شَىْءٍ أَثْقَلُ فِىْ مِيْزَانِ الْعَبْدِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ حُسْنِ الْخُلُقِ
( رواه أبو دأود والترمذي )
Maksudnya: “Tidak ada sesuatu yang lebih berat diatas neraca timbangan seseorang hamba di hari kiamat selain dari akhlak yang mulia ”.
Menurut Yusuf al-Qardawi, Tokoh Maal Hijrah 1431H bahawa kesan yang paling menonjol akibat kelemahan kualiti keibubapaan hari ini adalah terpisahnya atau tercabutnya akhlak anak-anak yang memudahkan dan mendedahkan mereka dalam krisis gejala sosial.
Kelima: Memastikan Makanan Anak-Anak Dari Sumber Yang Halal
Setiap ibubapa perlu memastikan setiap makanan yang diberikan kepada anak-anak merupakan makanan dari sumber yang halal serta menjauhi dari sumber-sumber yang subhah, apatah lagi dari sumber yang haram seperti rasuah, riba, penipuan dan sebagainya.
Kerana makanan yang bersumberkan dari rezeki yang halal bukan sahaja membawa keberkatan tetapi sebenarnya dapat melahirkan zuriat yang pintar dan sihat. Dan akhirnya mendorong seseorang ke arah melakukan kebaikan di dunia dan mendapat rahmat Allah di akhirat. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 168 :
Yang bermaksud: “Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu
Satu kisah pada zaman Rasulullah s.a.w, seorang sahabat yang berjemaah bersama baginda kerap keluar dari jemaah awal sebelum sempat berdoa. Baginda s.a.w bertanyakan kenapa balik tergesa-gesa sebelum sempat berdoa.
Sahabat itu menerangkan dia mempunyai anak kecil yang ibunya baru meninggal dunia. Dia takut anaknya mengambil dan memakan buah tamar jiran yang gugur di halaman rumahnya dan ditakuti akan menjadi darah dagingnya.
Sahabat itu menjelaskan daging yang disuburkan dari benda yang haram itu tidak layak masuk syurga. Mendengarkan penjelasan itu, baginda terdiam dan tidak berkata apa-apa, hanya memperhatikannya sahaja dia pulang ke rumah.
Pra syarat untuk menjadi ibubapa sebagai pendidik yang berkualiti ialah:
a. Berhikmah (Ilmu agama)
b. Bersyukur (bertaqwa)
c. Contoh tauladan yang baik.
Firman Allah ta'ala melalui Luqman al-Hakim yang merupakan pendidik terbaik sebelum dia mendidik anaknya:
وَلَقَدۡ ءَاتَيۡنَا لُقۡمَـٰنَ ٱلۡحِكۡمَةَ أَنِ ٱشۡكُرۡ لِلَّهِۚ وَمَن يَشۡڪُرۡ فَإِنَّمَا يَشۡكُرُ لِنَفۡسِهِۦۖ
وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَنِىٌّ حَمِيدٌ۬ (١٢)
Maksudnya: " dan Sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman,hikmat kebijaksanaan,
(serta Kami perintahkan kepadanya):bersyukurlah kepada Allah
(akan Segala nikmatNya kepadaMu)". dan sesiapa Yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa Yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana Sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. [Luqman:12]
Wasallam
4 ulasan:
Assalamualaikum Shami
hai...sodapnya masak lomak tu....
As salam cik rozali
Resepi dah ada tu heheh boleh masak masak kat rumah dengan Mrs...hehhe
my fevret... ketam masak lemak
As salam,
Masaklah, NSk dekat sangat tu resepinya pun mudah ja, ajaklah kengkawan masak-masak & makan -makan hehe
Catat Ulasan