Isnin, 20 Mei 2013

Pak Ngah Hilmi Grilled Lamb Steak & BBQ kambing untuk majlis Aqiqah Puan Atikah dari Melaka


Kami sekeluarga bersama ketua Menteri Melaka yakni 
antara tetamu istimewa Pn Atikah & keluarganya
  

Puan Atikah dan bayi sulongnya & shami

Operasi menyediakan mashed potato di awal pagi


Pak Ngah Hilmi  sedang membakar kambing panggang di halaman homestay

Homestay milik keluarga Puan Atikah 


Buah tangan untuk kami sekeluarga dari Pn Atikah.


Dahan pohon buah mata kucing yang sedang berbunga lebat


Dahan pohon mata kucing yang berbuah lebat di halaman homestay
  
 
Alhamdulillah, 
Pak Ngah Hilmi Grilled Lamb selesai menunaikan 
hajat Pn Atikah ( silent reader blog SDH) dan keluarga 
dari Klebang, Melaka untuk  ibadah Aqiqah bayi sulongnya.
Tempahan dan undangan diterima dengan ucapan penuh kesyukuran, 
ribuan terima kasih diucapkan buat beliau sekeluarga di atas
 kepercayaan dan layanan istimewa untuk kami 
sekeluarga dari Rawang Selangor.
Foto di rakam untuk kenangan. 

PERKONGSIAN ILMU


Daripada Abdullah ‘Amru bin al-‘As R.huma katanya, 

“Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda secara terang-terangan bukan rahsia, “Sesungguhnya kaum keluarga abi fulan 
(keluarga Abu Talib atau Abu al-‘As bin Umayyah) tidak menjadi kekasih ku, tetapi yang menjadi kekasih ku ialah Allah dan orang-orang mukmin yang soleh. Walau bagaimanapun bagi mereka ada hubungan silaturahim nescaya aku akan menyirami dengan airnya (aku menghubungkan silaturahim)”.

Huraian Hadith: 
  1. Rasulullah SAW sentiasa mengambil berat mengenai hubungan kekeluargaan.
  2. Hubungan silaturahim hendaklah direstui dan diberi sokongan sepenuhnya.
  3. Silaturahim tidak hanya terbatas kepada golongan yang beriman dengan Allah sahaja tetapi boleh diperluaskan kepada golongan-golongan yang lain.
  4. Islam meletakkan hubungan silaturahim di puncak untuk mewujudkan perpaduan di kalangan manusia.
  5. Tidak ada ikatan kasih sayang sebagai pelindung antara Muslim dengan kafir, walaupun harus menghubungkan silaturahim antara keluarga yang tidak memerangi Islam. Ikatan kasih sayang sebagai pelindung hanya buat sesama Muslim.
Sumber: Kitab Riyadhus Salihin

Wasallam


3 ulasan:

afeezz berkata...

alhamdulillah... bisnes maju dah sampai melaka..

Tanpa Nama berkata...

dimana kedai dimelaka?

Disham Nordin berkata...

As salam

kedai saya di Rawang KL, bukan di Melaka. Kami ke melaka atas jemputan pelanggan. Harap maklum.

Pak Ngah Hilmi Grill Lamb & Catering Ramadan 1438 Hijrah

Kerabu taugeh & perut Gulai ikan masin versi utara Acar jeruk goreng Sayur campur Da...