Rabu, 15 Mei 2013

Pak ngah Hilmi Grilled Lamb Steak & D'Sham Muslim Shoppe ~ Rejab 1434 Hijrah


Suasana jalan raya depan rumah kg Pak Ngah 
di Pendang  pada hari mengundi  5/5/2013



Buah kuini depan rumah kg ~ Pak ngah


Pokok buah rambutan berbunga lebat


PILIHAN STOK BARANG HAJI & UMRAH TERKINI


 Stok sarung jari tangan


 Pilihan tasbih


Pilihan sarung lengan ber ibu jari







Botol Spray wudhuk 


Alhamdulillah sekian lama tidak bersiaran,  
kini bulan Rejab bagi tahun 1434 Hijrah telah pun masuk hari ke 5
Alhamdulillah semangat untuk berpuasa dan lain-lain sedang di jana...
Semoga kita semua sentiasa di dalam rahmatNya, walau dimana saja berada
meneruskan segala amal ibadah pada kemampuan diri adanya...insyallah
Bulan Rejab, Syaabaan, dan Ramadhan sentiasa ditunggu2 oleh umat islam
suasana bulan ini penuh rahmat dan keistimewaannya, 
hayatilah hidup ini selagi ada hayat nyawa kita...
Telah menjadi rutin saya dan keluarga,   
blog  sehari dalam hidupku 
akan sentiasa dikongsi ilmu dan amalan yang ada,
 jom semak diri kita dan tambah amal ibadah yang ada
Moga rakan2 semua sabar membaca catatan perkongsian ilmu di bawah ini:
Selamat beramal...

***** 

Kepada pelanggan

 KEDAI PAK NGAH HILMI GRILLED LAMB STEAK 
JEMPUT SINGGAH DI KEDAI KAMI DI ALAMAT DIBAWAH :

Jalan Bt 16, dari arah Selayang/ Latar Highway,  850 meter selepas Tesco Rawang 
U turn selepas stesen minyak BP no 2 dan sebelah kanan
 menghala ke Selayang/KL semula.
Atau dari Plaza Tol  Exit Rawang 5km, Masjid Nurul Iman Rawang
1km dari Masjid menghala ke KL...

untuk

MENIKMATI MENU HIDANGAN KAMBING DAN JUGA AYAM PANGGANG SERTA NASI BERIYANI ALA ARAB YANG ENAK...INSYALLAH..

JUGA KEDAI D'SHAM MUSLIM SHOPPE
 BAGI YANG INGIN MEMILIKI PERALATAN IBADAH 
 HUBUNGI KAMI DI EMAIL berikut:

nnjaya73@yahoo.com.
atau jemput singgah di alamat berikut;

D' Sham Muslim shoppe
A-8-1 Jalan Reef 1 Pusat Perniagaan Reef,
48000 Rawang Selangor


PERKONGSIAN ILMU


Umat Islam digalakkan beribadat sebanyak mungkin dalam bulan Rejab sebagai satu latihan sebelum mereka menghadapi bulan Ramadan kerana pada bulan ini Allah SWT banyak memberikan Rahmat-Nya.
Ia adalah permulaan bulan mulia dan bagi mempertingkatkan ibadat dan ketaqwaan, terutama melipat-gandakan amal soleh seperti istighfar dan puasa sunat. 

Rasulullah SAW bersabda: “Kembalilah kepada tuhan kamu dengan keampunan daripada dosa-dosa kamu dan hindarilah perbuatan maksiat dalam bulan mulia, iaitu Rejab.”
.
Rejab sebagai bulan penebus dosa serta menambah ganjaran pahala juga mempunyai banyak kelebihan dan bermanfaat. 
Beberapa amalan yang baik dilakukan dalam bulan Rejab ialah:
  • Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun

  • Meneguhkan jiwa dan keimanan dengan memperbanyak bacaan al-Quran.

  • Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan beristighfar dan zikir

  • Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat, puasa dan bersedekah

  • Mohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya

  • Menginsafkan diri dengan membaca atau mendengar peristiwa Israk dan Mikraj, kisah teladan perjuangan Rasulullah dan sirah Islam lain.

Dari  Ibnu Abbas r.a., Rasulullah SAW bersabda: “ Sesiapa membaca kalimah berikut, pada bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan di antara waktu Zuhur dengan Asar; nescaya disuruh dua malaikat untuk menghapuskan surat kejahatan.”
 .
اَسْتَغْفِرُاللهَ الْعَظِيْمُ الَّدِىْ لآ اِلَهَ اِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّوْمُ وَاَتُوْبُ اِلَيْهِ تَوْبَةَ عَبْدٍ ظَالِمٍ لاَ يَمْلِكُ لِنَفْسِهِ ضَرًّا وَلاَ نَفْعًا وَلاَ مَوْتًا وَلاَ حَيَاةً وَلاَ نُشُوْرًا.
Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.
..

AMALAN MALAM REJAB

.
  1. Solat sunat Tahajud 2, 8 atau 12 rakaat.
  2. Solat sunat Tasbih, Taubat dan sunat witir.
  3. Beristighfar 70 kali, 100 kali atau lebih..
  4. Berdoa.
  5. Memohon keampunan diri dan ibu bapa.
  6. Berselawat, berzikir dan bertasbih sehingga fajar subuh.
.

MALAM 27 REJAB


Beramallah bersungguh-sungguh dengan berjaga sepanjang malam bagi melakukan ibadah 
solat-solat sunat, 
beristighfar, 
bertahmid, 
berzikir, 
bertasbih, 
berselawat dan 
berdoa. 
Bersahurlah sebagai persediaan puasa pada siangnya dan amal ibadat yang lain.
Sekiranya tidak dapat diamalkan setiap hari dan malamnya pada bulan Rejab, maka amalkanlah pada 
hari Isnin, 
Khamis  
dan Jumaat
. Jika tidak dapat lakukan kesemuanya, janganlah tinggalkan semuanya.

 AMALAN BULAN REJAB

.
1. Bersolat
  1. Solat-solat sunat mengiringi solat fardhu.
  2. Solat sunat Israk, solat sunat Dhuha dan solat sunat Taasbih.
.
2. Bertaubat
Bertaubat dan berdoa mohon keampunan agar diterima amalan ibadat, minta selamat dunia dan akhirat, minta dilimpahi rahmat, minta dilepaskan daripada azab-Nya di akhirat dan mohon dimasukkan ke syurga.
Dalam Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa-dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Sekiranya ditambah dengan berpuasa Rejab wajib baginya;
    1. diampunkan dosanya yang lalu.
    2. dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
    3. terlepas dari dahaga di hari kiamat.
..
3. Berzikir ~ Tahlil, Takbir dan Istighfar selepas Solat Fardhu Subuh dan Asar :
.
.
.
4. Tiga Tasbih; Setiap satu, 100 kali :
.
.
.
5. Tasbih Pada Setiap Sepuluh Hari Rejab :
.
.
.
6. Istighfar Tauhid; 1 ~ 30 Rejab :
.
.
.
7. Berselawat : 
.
.
.
8. Beristighfar Pagi dan Petang :-
.
.
.
9.  Membaca surah Al-Ikhlas sekurang-kurangnya  11 kali setiap hari.
.
.
.
10.  Membaca Al-Quran.
.

ISTIGHFAR

.
Rasulullah saw menganjurkan umatnya agar memperbanyakkan istighfar. Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka. Dan banyakkanlah beristighfar pada Rejab kerana pada setiap saat dalamnya Allah menyelamatkan seorang daripada api neraka.
.
1.  Penghulu Istighfar adalah di antara istighfar yang diamalkan Baginda sepanjang Rejab:
   .
.
.
2.  Istighfar paling baik dalam bulan Rejab:
.

Wasallam












2 ulasan:

afeezz berkata...

assalamualaikum kak shami

buah kuini tu kalau masak mesti semerbak baunya kan

Disham Nordin berkata...

Waalaikum salam

Bukan jer bau semerbak, gasnya pun banyak dan kuat ,

orang yang ada penyakit asma dilarang memakannya.

Pak Ngah Hilmi Katering : Lemang dari daun lerek

Salam sejahtera, lemang sangat sinonim dengan Syawal, tahun ini Pak Ngah Hilmi Katering menyajik...