Isnin, 27 Mei 2013

Sepetang di D Sham Muslim Shoppe



Wajah petang di depan kedai D'Sham Muslim Shoppe






Stok sejadah pilihan 




Stok pilihan baju  tshirt lelaki


Pilihan sejadah muka


Uncang batu untuk jemaah haji


Penunjuk untuk digunakan ketika membaca Al quran





Tasbih tawaf


Beg kasut





Alhamdulillah, hujung minggu sepetang di kedai DSham Muslim Shoppe
beberapa stok barang jualan kedai selesai di kemas dan di susun.
Telah menjadi kebiasaan shami, 
setiap hujung minggu susun atur barangan di kedai 
akan dialih atur dan dikemas. 
Bersempena cuti sekolah anak2 sudah pulang bercuti
Along di tugaskan untuk menjaga kedai ini ketika cuti sekolah.
Moga apa yang mama pesan tentang perniagaan itu berjaya ditunaikan.
Jemput singgah ke kedai D Sham Muslim Shoppe.




PERKONGSIAN ILMU


HADIS SAHIH TENTANG JUAL BELI YANG BAIK ADALAH USAHA YANG PALING TERPUJI

عَنْ رِفَاعَةَ بْنِ رَافِعٍ  رضي الله عنه  أَنَّ اَلنَّبِيَّ  صلى الله عليه وسلم سُئِلَ: أَيُّ اَلْكَسْبِ أَطْيَبُ? قَالَ: عَمَلُ اَلرَّجُلِ بِيَدِهِ, وَكُلُّ بَيْعٍ مَبْرُورٍ

Daripada Rifa’ah bin Rafi’ bahawa Rasulullah s.a.w. ditanya: “Manakah usaha yang lebih baik? Baginda menjawab: “Kerja yang dilakukan sendiri dan setiap jual beli mabrur.

Sanad hadis:

Hadis ini dikeluarkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak melalui tiqa tariq.

Pertama
Melalui Sharik daripada Wa`il bin Dawud daripada Jumay’ bin ‘Umayr daripada bapa saudaranya Abu Burdah (al-Mustadrak, jil. 2, hal. 12). Al-Bazzar juga mengemukakan tariq ini dalam Musnad al-Bazzar, jil. 9, hal. 259, Ahmad dalam al-Musnad, jil. 25, hal. 157) dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, jil. 2, hal. 197.

Kedua
Melalui Sufyan al-Thawri daripada Wa`il bin Dawud daripada Sa’id bin ‘Umayr daripada bapa saudaranya. Al-Hakim mengatakan hadis ini sahih isnadnya. Wa`il dan anaknya, Bakr adalah orang-orang yang thiqah.

هذا حديث صحيح الإسناد و لم يخرجاه و وائل بن داود و ابنه بكر : ثقتان و قد ذكر يحيى بن معين أن عم سعيد بن عمير البراء بن عازب و إذا اختلف الثوري و شريك فالحكم للثوري

Ibn Ma’in menyebutkan bahawa bapa saudara Sa’id bin ‘Umayr ialah al-Bara bin ‘Azib dan apabila bersalahan antara al-Thawri dan Sharik maka keputusannya ialah apa yang dikatakan oleh al-Thawri. (al-Mustadrak, jil. 2, hal. 12).


Ini kerana Sufyan al-Thawri ialah seorang thiqah, imam dan hafiz manakala Sharik bin ‘Abdullah al-Qadi ialah seorang yang buruk hafazannya.

Al-Bayhaqi berkata:

هكذا رواه شريك بن عبد الله القاضي وغلط فيه في موضعين أحدهما في قوله جميع بن عمير وإنما هو سعيد بن عمير والآخر في وصله وإنما رواه غيره عن وائل مرسلا

Demikian yang diriwayatkan oleh Sharik bin ‘Abdullah al-Qadi dan beliau melakukan kesilapan dalam dua tempat, pertama, beliau mengatakan Jumay’ bin ‘Umayr, yang sebenarnya ialah Sa’id bin ‘Umayr dan kedua, beliau memawsulkan sedangkan perawi-perawi lain daripada Wa`il meriwayatkan hadis ini secara mursal. (al-Sunan al-Kubra, jil. 5, hal. 263)


Ketiga
Al-Mas’udi daripada Wa`il bin Dawud daripada ‘Abayah bin Rafi’ bin Khadij daripada ayahnya. (Al-Mustadrak al-Hakim, jil. 2, hal. 13, Musnad Ahmad, jil. 28, hal. 502)

Al-Hakim mengatakan, ini merupakan perbezaan yang ketiga yang berlaku kepada perawi yang meriwayatkan daripada Wa`il bin Dawud. Imam al-Bukhari dan Muslim tidak mengemukakan hadis al-Mas’udi dalam kitab mereka berdua, walau bagaimanapun, padanya itu ada kebenaran (mahalluhu al-Sidq)

Al-Tabarani juga mengeluarkan hadis ini cuma beliau mengatakan daripada datuknya sebagai ganti kepada daripada ayahnya dan saya tidak mengetahui datuknya, Khadij ada meriwayatkan hadis. (al-Mu’jam al-Kabir, jil. 4, hal. 276-277)

Riwayat yang mahfuz ialah seperti yang dikatakan oleh al-Bayhaqi ialah Muhammad bin ‘Ubayd daripada Wa`il daripada Sa’id bin ‘Umayr secara mursal.

روى عنه وائل بن داود عن النبي صلى الله عليه وسلم: اطيب الكسب عمل الرجل بيده، وأسنده بعضهم وهو خطأ.

Imam al-Bukhari berkata: Wa`il meriwayatkan daripadanya (ya’ni Sa’id bin ‘Umayr) hadis “Sebaik-baik usaha ialah kerja yang dilakukan sendiri oleh seseorang”. Setengah perawi telah menjadikan hadis ini sebagai musnad (bersambung-sambung sanadnya), sedangkan itu adalah salah. (al-Tarikh al-Kabir, jil. 3, hal. 501-502)

Keempat: Hadis Ibn ‘Umar
Sementara itu, al-Tabarani mengeluarkan hadis ini sebagai musnad Ibn ‘Umar. Riwayat tersebut melalui Ahmad daripada al-Hasan bin ‘Arafah daripada Qudamah bin Shihab al-Mazini daripada Isma’il bin Abu Khalid daripada Wabarah bin ‘Abdul Rahman daripada Ibn ‘Umar.
(al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, jil. 2, hal. 332)

Selain itu ada juga diriwayatkan oleh Ibn Abi Shaybah dalam al-Musannaf iaitu daripada
Abu Mu’awiyah daripada Wa`il bin Dawud daripada Sa’id bin al-Musayyab. (Musannaf Ibn Abi Shaybah jil 11, hal. 634)


Kebanyakan nuskhah Musannaf menyebutkan Sa’id bin al-Musayyab. Ini merupakan satu kesilapan yang mungkin dilakukan oleh para penyalin nuskhah kerana Sa’id yang Wa’il meriwayatkan hadis daripadanya ialah Sa’id bin ‘Umayr bukan Sa’id bin al-Musayyab. (lihat Tahzib al-Kamal, jil. 30, hal. 421)


Hadis ini merupakan galakan kepada mencari pekerjaan yang baik dan sebaik-baik kerja ialah usaha seseorang itu dengan tulang empat keratnya sendiri.

هُوَ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الْأَرْضَ ذَلُولًا فَامْشُوا فِي مَنَاكِبِهَا وَكُلُوا مِنْ رِزْقِهِ وَإِلَيْهِ النُّشُورُ

Dia-lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmat-Nya dan takutilah kemurkaanNya). (Surah al-Mulk: 15)


فَإِذَا قُضِيَتِ الصَّلاةُ فَانْتَشِرُوا في الأَرْضِ وَابْتَغُوا مِنْ فَضْلِ الله

Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah. (Surah al-Jumu’ah: 10)


عَنْ الْمِقْدَامِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْه ُعَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا أَكَلَ أَحَدٌ طَعَامًا قَطُّ خَيْرًا مِنْ أَنْ يَأْكُلَ مِنْ عَمَلِ يَدِهِ وَإِنَّ نَبِيَّ اللَّهِ دَاوُدَ عَلَيْهِ السَّلَام كَانَ يَأْكُلُ مِنْ عَمَلِ يَدِهِ

Daripada al-Miqdam, daripada Rasulullah s.a.w. sabdanya: “Tidak makan seseorang itu satu makanan yang lebih baik daripada hasil usaha tangannya dan sesungguhnya Nabi Allah Dawud a.s. makan dari usaha tangannya sendiri. (al-Bukhari: 2072)


Perniagaan atau jual beli merupakan sebaik-baik usaha apabila segala hukum dan adab dipatuhi. Ia merupakan satu aqad pertukaran harta dengan harta secara rela. Maksud harta di sini ialah pertukaran antara dua barang yang berbeza atau pertukaran antara barang dan wang.

Setiap jual beli mabrur bermaksud jual beli yang selamat daripada tipu daya, pembohongan dan sumpah palsu. Dengan kata lain, jual beli yang dijalankan dengan mengikut hukum shara’ dan menjauhi daripada dosa-dosa. Mabrur berasal dari perkataan البِرّ ya’ni satu perkataan yang merangkumi ma’na segala kebaikan dan kesempurnaan dan lawannya ialah perkataan الإثم, iaitu kalimah yang merangkumi segala bentuk kejahatan dan keaiban.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ إِلَّا أَنْ تَكُونَ تِجَارَةً عَنْ تَرَاضٍ مِنْكُمْ

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu. (Surah al-Nisa`: 29)


Disebutkan perniagaan dalam hadis ini kerana segala usaha manusia sama ada pertanian, penternakan, pertukangan, perburuan, perusahaan dan sebagainya, semuanya akan sempurna dengan melalui proses aqad jual beli. Petani, penternak dan lain-lain akan menjual hasil usaha mereka kepada pihak peniaga dan atau menjual secara langsung kepada pengguna. Ini menunjukkan bahawa perniagaan merupakan teras kehidupan manusia. Mereka saling menyempurnakan keperluan hidup mereka melalui aqad jual beli. Oleh kerana peniaga menyediakan barangan yang menjadi permintaan pelanggan dengan mengeluarkan modal maka dia berhak untuk mendapat keuntungan hasil penjualannya dan ini adalah usaha yang diberkati.

Wasallam.





Tiada ulasan:

Pak Ngah Hilmi Katering : Lemang dari daun lerek

Salam sejahtera, lemang sangat sinonim dengan Syawal, tahun ini Pak Ngah Hilmi Katering menyajik...