Rabu, 6 Mac 2013

Jadual rutin harian





Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih Dan Penyayang

Alhamdulillah hari ini setelah mengulangkaji semula ilmu yang dipelajari
saya catatkan lagi sebagai peringatan 
juga semakan untuk diri sendiri
kepada kawan2 pembaca sekelian kalau berminat dengan 
catatan ulangkaji saya ini
sila kongsi dan amalkan sesuaikan dengan rutin kehidupan 
seharian keluarga kita
mudah-mudahan amal ibadah kita ini beroleh 
keredhaan Allah SWT, insyallah.
foto ini hanyalah hiasan catatan untuk hari ini.


CARTA JADUAL WAKTU HARIAN 
(HASIL PEMBENTUKAN MADRASAH RAMADHAN)
Sesuaikan dengan masa dan rutin aktiviti harian kita
 manfaatnya hanya kita yang telah beramal sahaja yang mengetahuinya. 

3.45 pagi Bangun


Berdoa kepada ALLAH dengan doa :

"Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA
mematikan aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan."

Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu. 
Mandi dan membersihkan diri. Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah,berwangi-wangian.



4.00 pagi Solat Sunat

Solat Sunat Tahajjud


Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.


Solat Sunat Taubat


Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.


Solat Sunat Hajat


Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH
Taala. Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali. Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.


Solat Sunat Witir


Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH
Taala. 
Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat.

Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, taubat kita, terima ramalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.


hujung minggu @ sebulan sekali boleh la dilakukan Solat Tasbih

5.20 pagi

Menyediakan sarapan @ bekal utk di bawa ke tempat kerja.



5.50 pagi



Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat.
Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah.
Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.

7.00 pagi Membuat persiapan ke tempat kerja.


Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di hati. Banyakkan istigfar/meminta ampun.
Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggungjawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.


10.00 pagi Sembahyang Sunat Dhuha


Ia adalah sumber rezki yg berkat kalau istiqamah diamalkan.
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Penuhi masa rehat dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. 

Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yg 
sia-sia.

Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang, bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja.


12.50 tgh Bersiap untuk solat Zohor.


Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat.

Solat Zohor berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Rawatib 
Bersujud Syukur setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

4.15 ptg Bersedia untuk solat Asar.


Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. 

Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai

berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.


5.30 ptg Beriadah @ Memasak makan malam

Bersenam dapat mengekalkan kesihatan diri.
Memasak makanan sendiri lebih banyak baiknya..sambil2 tu boleh juga dialunkan zikir semasa memasak... 

7.00 ptg Makan Malam.

Setelah selesai makan.
Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat.
Solat maghrib berjemaah.
Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga masuk waktu Solat Isya'.

Bersujud Syukur setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.


CARA MENGERJAKAN SUJUD SYUKUR


SUJUD SYUKUR

DEFINASI

Sujud Syukur ialah sujud terima kasih kerana mendapat nikmat (keuntungan) atau terhindar daripada bahaya dan kesusahan yg besar.

Waktunya

Sujud Syukur disunatkan sewaktu mendapat keuntungan atau sewaktu terhindar daripada bencana dan sebagainya

Dalilnya

Daripada saidina Abu Bakar r.a. menceritakan bahawa Nabi Mohammad s.a.w. Apabila datang kepada beliau sesuatu yang mengembirakan atau khabar yang baik, beliau terus sujud berterima kasih kepada Allah taala. Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud dan Termidzi r.a.

Rukunnya

1 Niat
2 Takbiratulihram
3 Sujud
4 Memberi salam

Syarat-syaratnya

Disyaratkan sujud syukur dengan beberapa syarat :
a. Suci dari hadath besar dan kecil
b. Suci dari najis samaada di badan, pakaian dan tempat
c. Menghadap ke kiblat
d. Menutup aurat

Cara-cara melakukannya.

Pertama : Niat, SAHAJA AKU SUJUD SYUKUR KERANA ALLAH TAALA
Kedua : Mengangkat takbiratulihram, ( ALLAHUAKBAR )
Ketiga : Sujud, sepertimana sujud dalam Solat

Bacaan dalam sujud

1. SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALA ILAHA ILLALLAH HUWALLAHU AKBAR 3 kali (Tasbih)

2. Kemudian berdoa di dalam hati dalam bahasa melayu 
(peringatan kalau dilafazkan dalam bahasa melayu batal sujud syukur tersebut)

A. YA ALLAH KAMI BERSYUKUR DI ATAS KURNIAAN DAN NIKMATMU

B. YA ALLAH KAMI BERSYUKUR DENGAN REZEKI YANG TELAH ENGKAU BERIKAN KEPADA KAMI

C. YA ALLAH AMPUNLAH DOSA-DOSA KAMI, KEDUA IBU BAPA DAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN

D. YA ALLAH JAUHILAH RUMAH DAN TEMPAT KERJA KAMI DARI BENCANA DAN MALAPETAKA

E. YA ALLAH KAMI BERJANJI UNTUK MENTAATI SEGALA PERINTAH-MU DAN MENJAUHI SEGALA LARANGAN-MU

Keempat : Duduk selepas sujud lalu memberi salam.


8.00 mlm Solat Isya' berjemaah.

Solat Isya' berjemaah.
Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran.
Bersujud Syukur setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.


Selepas solat boleh la melakukan kerja2 yang perlu diselesaikan..


10.00 mlm Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur.


Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah. Bacalah doa sebelum tidur :

"Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yg sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur."

Wasallam.






Tiada ulasan: