Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih dan Penyayang
Hari ini kemajuan teknologi menyebabkan ilmu itu mudah didapati tanpa batasan.
Menulis umpama mengulangkaji semula ilmu yang telah di perolehi agar mudah terpahat
diminda dan dicerna.
Alhamdulillah,
kita kini berada di fasa terakhir Rabiulakhir bagi tahun 1434 Hijrah.
Saya adalah seorang wanita berkerjaya,
isteri dan ibu, juga pekerja kepada majikan saya,
pembantu suami di kedainya dan sebagai majikan pula di kedai milik sendiri.
Saya suka membaca. Setiap hari saya peruntukan sebahagian masa siang dan malam untuk membaca, bahan bacaan utama saya Al Quran, terjemahannya,
catatan2 hadis, tulisan2 nota kuliah UMKI, siri-siri ceramah dari ustaz2 sama ada
di TV alhijrah, Astro Oasis, TV9 majalah2 agama, menghadiri majlis ilmu dsbgnya.
Saya juga berkongsi ilmu bersama kawan2 di FB, persekitarannya berkait dengan tafsir Alquran, hadis, amal ibadah, kata2 hikmah, motivasi dll.
Kehidupan seharian dan alam pekerjaan saya memerlukan saya berhadapan dengan pelbagai kerenah dan permasalahan, sumber ilmu
adalah umpama janakuasa, minda untuk diri saya sendiri dan keluarga.
Menulis umpama mengulangkaji semula ilmu yang telah di perolehi agar mudah terpahat
diminda dan dicerna.
Berikut saya kongsikan disini carta perkongsian
amalan seorang wanita solehah.
"Selamat beramal"
AMALAN WANITA SOLEHAH
1. Mendirikan solat
Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan keatasnya solat fardu lima waktu sehari semalam. Solat fardu dengan rajin dan lakukannya solat sunat bagi menampung kekurangan yang terdapat pada solat wajib itu tadi.
2. Menjaga solatnya
Seseorang yang wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu. Selain khusyuk,menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti diawal waktu dan tidak berlengah- lengah.
3. Bersyukur dan redha
Manusia ini biasa mempunyai tabiat yang buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluhdan adakalanya seperti menyalahkan takdir. Sebaiknya kita bersyukur dan redha dengan setiap pemberian Allah.
4. Selalu bersedekah
Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama. Sehingga malikat berdoa agar orang yang rajin memberi sedekah itu Allagh S.W.T akan gantikan dangan ganjaran yang berlipat kali ganda.
5. Menjaga maruah diri
Untuk menjadi wanita solehah hendaklah wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dengan betul.memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yang boleh mendorongnya melakukan maksiat dan perbuatan keji.
6. Takut murka Allah
Wanita solehah sentiasa patuh kepadaajaran Allah dan menjauhi semua laranganNya. Walaupun Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu maha melihat semua perbuatan hambaNya.
7. Menjaga amanah.
Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu , seorang pekerja, seorang tertangga. Amanah kepada Allah seperti di dalam surah Al-Fatihah , ‘kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.
8. Pandai mengaji Al-Quran
Wanita solehah selain solat, menjaga solatnya dengan istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri, mestilah juga tahun mengaji quran dan suka /sering menjadikan Quran itu sebagai sahabatnya. Sesungguhnya rumah yang tidak diperdengarkan alunan bacaan Quraan ibarat sebuah kubur.
PENAWAR HATI
Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA:
“ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut.
Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya.
Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa.
Ketiga, bangun (beribadat) di waktu malam.
Keempat, menghampirkan diri kepada Allah (beribadat) disepertiga malam,
dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.
Wasallam
dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.
Wasallam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan