Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih dan Penyayang
Salam jumaat, alhamdulillah dengan rahmatNya saya berkesempatan menulis lagi. Suatu petang seperti biasa Pak ngah dan adik mimi menjemput saya dari pejabat. Destinasi kami lewat petang itu adalah Stesen TV Al Hijrah.
Sekali lagi saya dan adik mimi mengikut Pak Ngah bekerja. Kali ini makanan di hidangkan buat TGSN, Ustaz Don Daniyal dan juga Dr Syarifah Hayaati yang membuat rakaman kuliah masing-masing serta crew bertugas dan juga para pelajar dari UIA.
KHUSUS UNTUK PROGRAM CINTA ILMU
Menunya, Lamb & Chicken Steak Set, Thousand Island, roti Jala, Spagheti dan minuman panas dan sejuk.
Jauh di sudut hati apa yang tercatat untuk entri kali ini, mempunyai mesej tertentu yang ingin dikongsi, saya panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana melalui hobi saya yang suka membaca, menulis dan bercakap tentang perkara yang ilmiah,
Juga batasan waktu yang ada sesungguhnya Allah meminjamkan kepada saya masa yang singkat itu melalui penyediaan makanan untuk saya dekat dengan para ilmuan yang tidak pernah terfikir oleh saya untuk saya duduk secara lansung melihat, mendengar dan mencatatkan setiap ilmu yang disampaikan bersama adik2 crew TVAlHijrah yang sedang bertugas dan juga para siswa dan siswi dari pelbagai pusat pengajian tinggi seperti UIA, UKM dan USIM dll.
Hakikatnya ilmu yang disampaikan itu sememang boleh saja didapati dari mana2 majlis ilmu yang dianjurkan. Namun, inilah perancangan Allah buat saya sekeluarga. Betapa kerdilnya diri ini, saya hanyut dalam lautan CINTA ILMU.
Saya terkenang, suatu waktu dulu, setiap pagi selepas solat subuh saya akan mula buka TV, saya yang sibuk menyiapkan keperluan anak2 memulakan hari kami bersama program agama di TV. Anak2 juga secara tidak lansung akan ikut serta, sementara menunggu waktu keluar rumah terutama adik mimi, program quran dan tajwib bersama ustaz Don Daniyal adalah antara yang disukainya.
Akhirnya adik mimi berpeluang untuk berjumpa dengan ustaz kegemarannya dengan perancangan Allah jua. Usai solat maghrib saya minta dia buat sujud syukur. Moga permintaan saya hari ini menjadi kebiasaan kepada dia.
Saya memandang adik mimi dari jauh, ketika dia bersalam dengan ustaz dan layanan ustaz untuk dia, saya tahu dia teruja dengan situasi ini.
Saya menerima pelbagai soalan darinya, dalam masa menunggu waktu untuk rakaman kuliah bersama Dr Syarifah Hayaati, lalu saya tamatkan soalan tersebut kepada adik mimi, dengan membisikan perkara ini kepadanya,
" Belajarlah pandai2, hafaz 30 juzuk Al quran, mudah-mudahan esok adik juga akan menjadi ilmuan hebat seperti mereka"
Berikutnya program bersama Dr Syarifah Hayaati berlansung, dalam suasana santai, adik mimi adalah tetamu yang paling muda, cukup sporting, saya pulak mungkin tetamu yang tertua di samping adik2 dari UIA, ketika rakaman kuliah berlansung, saya jeling2 wajah adik mimi, nampak khusyuk.
Tajuk yang di sampaikan pada malam itu adalah tentang perkahwinan yang haram; dan perkahwinan halal boleh menjadi haram (atas sebab kita yang tidak berilmu melaksanakan pelbagai urusan perkahwinan yang melanggar syariat)
Lancar dan petahnya, Dr Syarifah Hayaati memberi kuliah, membuatkan saya terfikir sejenak, alangkah bertuahnya kedua ibubapa itu apabila mereka berjaya mendidik anak2 mereka baik lelaki maupun perempuan menjadi seorang ilmuan, bekerja untuk Allah dalam menyampaikan risalahNya, fasih dengan setiap ayat Al quran rujukan yang disampaikan, beserta tafsirnya. Allahuakbar..semua itu akan tertunai apabila kita berilmu...dan mengamalkannya..., jaminan hidup yang baik dan mendapat keredhaan Allah tentulah dengan adanya ilmu yang diamalkan.Itulah syurga hidup kita
Rasulullah s.a.w. bersabda;
“Apabila kamu berjalan melalui taman syurga, maka singgahlah di situ”. Lalu sahabat bertanya; “Apa itu taman syurga, ya Rasulullah?”. Jawab Rasulullah; “Iaitulah majlis-majlis ilmu””. (Riwayat Imam at-Thabrani dari Ibnu ‘Abbas r.a.)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan