Isnin, 11 Mac 2013

Hujung Minggu kami


Cucu saudara saya sebelah suami, turut serta menjaga kedai D Sham Muslim Shoppe


Rakan blogger ~ Kak su dan keluarga


Makan bersama


Adik mimi dan hadiah yang dibawa pulang


Masak lemak cili padi  nangka


Kurma kambing


Ikan kering goreng


 Roti jala


Kari ayam untuk roti jala


Sayur campur


Kambing untuk aqiqah milik pelanggan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih dan Penyayang

Alhamdulillah cuti hujung minggu telah pun berlalu, 
begitulah masa dihabiskan. Pelbagai aktiviti diuruskan antaranya:

Berbincang dan berkongsi idea tentang bisnes dan pentadbiran kedai bersama pembantu saya di kedai D Sham Muslim Shoppe, 

Bertemu rakan blogger Kak Su dan keluarga yang singgah menikmati lamb steak, memasak bersama suami bagi tempahan katering yang diterima bersama crew PHGL.

Adik mimi dengan agendanya tersendiri, cuti hujung minggu adalah masa untuk kekelas mengaji, bersosial dengan saudara sepupunya, 
serta mengikut saya dan suami bekerja. 


Pada suatu ketika, hati saya tersentuh, dengan ucapan ini: 

"Mak ngah, 
Ya (bahasa diri anak saudara untuk saya), dapat no 3 dalam pertandingan hafazan,
 saya jawap, bagus tu ya, saya berpesan 
ingat sampai bila2  semua surah-surah yang telah dihafaz, rajin2 hafaz Al quran. 

Adik mimi pun sedang berusaha menghafaz Al quran, dia juga dapat mewakili sekolah dalam pertandingan Muhawarah 
(pertandingan berdialog dalam bahasa arab). 

Saya berfikir, wahai kawan dan sahabat, anak-anak kita semua berkebolehan, perhatian dan sokongan daripada kita ibubapa memungkinkan mereka untuk berjaya menghafaz 30 juzuk Al quran, suatu hari nanti insyallah. 
Pilihan itu ada ditangan kita....



PERKONGSIAN ILMU








Wasallam

2 ulasan:

afeezz berkata...

kiut cucu2 saudara tu... hehe

Disham Nordin berkata...

As salam dekk afezz

Ya ka, dah bercucu dah hehehe

Pak Ngah Hilmi Katering : Lemang dari daun lerek

Salam sejahtera, lemang sangat sinonim dengan Syawal, tahun ini Pak Ngah Hilmi Katering menyajik...