Selasa, 16 Oktober 2012

Menu kehidupan





Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih dan Penyayang

Alhamdulillah, 
hari ini 30 Zulkaedah bagi tahun 1433 Hijrah.
Hampir 2 minggu saya cuti dari menulis, 
atas beberapa kesibukan.
Namun di celah-celah kesibukan itu sempat 
melayan adik an dan adik mimi
bermain layang2 pada suatu petang
selepas pulang dari kerja....
alhamdulillah impian mereka bermain layang2 
tercapai juga di suatu puncak bukit
berhampiran rumah, yang punya laluan angin yang sesuai..
kami peruntukan 1 jam sahaja sebelum beredar.

Suatu pagi selepas solat subuh, 
saya merakamkan perjalanan
pulang ke kampung halaman, 
nun di negeri jelapang pagi...
cuacanya redup berkabus...tebal 
teringat zaman persekolahan
ketika berada di tingkatan 4 dan 5 pada suatu waktu dahulu..
saya mengayuh basikal merentas 
batas sungai menuju ke sekolah...
damainya waktu itu....kini 24 tahun telah berlalu
banyak perbezaannya hidup dulu dan kini
tentunya harapan hidup ini adalah untuk kembali
kesisiNya dengan penuh keredhaan dan kasih sayang serta rahmatNya
lebih-lebih lagi tanpa hisab...
untuk mencapai semua itu azam dan usaha perlu
ditingkatkan.....selari dengan usia.
kehidupan adalah pinjaman dan amanah
sudahkah kita tunaikan dengan sebaiknya amanah itu...


PERKONGSIAN ILMU




Wasallam

Tiada ulasan: