Selasa, 23 Oktober 2012

Lamb Steak Pak Ngah Hilmi di Jamuan tahun 6 Sek Keb Sect 10 Wangsa Maju






















Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih dan Penyayang

Alhamdulillah beberapa hari yang lalu 
Pak Ngah Hilmi Grilled Lamb
 selesai menunaikan majlis makan malam bagi 
sekolah keb Sec 10 Wangsa Maju
untuk para pelajar tahun 6. 
Semoga mereka semua berjaya
 hendaknya dalam UPSR nanti...insyallah.
Begitulah suasana majlis yang sempat dirakamkan 
pada malam tersebut.

Perkongsian ilmu

Islam didasari dengan ilmu.Tidak ada satu pun permasalahan kecuali diajar dalam agama Islam bagi mereka yang mahu menggunakan akal dan menuntut ilmu.

Ali 'Imran [3] : 18
Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Hanya dengan ilmulah kita dapat mempertabatkan umat Islam dan menjaga kemuliaan Islam, yang kini dimana-mana pun umat Islam diperbudak-budakkan dan agama Islam diperlekehkan.

At Taubah [9] : 128
Sungguh telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiriberat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin.
Marilah kita mencontohi sikap para Nabi ‘alaihi salam; iaitu berasa sedih akan penderitaan masyarakat Islam sekarang yang ditendang dan dipermainkan sesuka hati. Moga-moga Allah yang Maha Penyayang memenangkan kita ke atas musuh-musuh Islam. 
(Rujuk tafsir Ibn Katsir m/s : 236)



Namun perlu diingat setinggi mana ilmu kita, tidak dapat kita mengatasi mukjizat para Nabi ‘alaihi salam dan setiap yang mengetahui, ada lagi yang lebih mengetahui 
(RujukSurah Yusuf [12] : 76).

Marilah kita merenung ayat di bawah, luasnya ilmu Allah yang Maha Tinggi tidak terhingga. Allah yang Maha Agung berfirman dalam;

Surah Al-Kahfi [18] : 109
Katakanlah: Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula).

Surah Luqman [31] : 27
Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan laut (menjadi tinta), ditambahkan kepadanya tujuh laut (lagi) sesudah (kering)nya, nescaya tidak akan habis-habisnya (dituliskan) kalimat Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Wasallam



Tiada ulasan: