Selasa, 24 Julai 2012

Ramadhan datang bersama RahmatNya




Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih Dan Penyayang

Alhamdulillah tahun ini kami sekeluarga
menyambut awal Ramadhan bersama,
bagi negeri2 di sebelah Utara yakni Kedah,
 Hari Pertama Ramadhan disambut dan
hari tersebut adalah hari cuti umum.
Oleh itu Along dan angah berpeluang pulang ke Rawang untuk berpuasa
( Ramadhan) bersama mama dan baba...dan adik2

Tuan Ustaz memberi izin kepada mereka untuk menambah cuti pada hari isnin.

Bermula petang khamis,
diikuti Jumaat, Sabtu dan Ahad kemudian ditambah Isnin pula.
 Alhamdulillah begitulah kemudahan dan kelonggaran
diberi pada mereka yang jauh dari Ibu bapa.

Aturan dan pendidikan sekolah agama yang menerapkan
sambutan berpuasa bersama ibubapa...
sinonim dan penuh bermakna...

Berbuka, ziarah keluarga,
solat terawih adalah agenda utama keluarga
Dihari akhir berbuka puasa bersama
saya bertungkus lumus memasak makanan kesukaan mereka,
Nikmatnya mendapat pujian dari anak2 tentang kesedapan
air tangan mama walau menunya cuma:

 sekadar jemput2 udang yang punya adunan 
bawang besar, daun bawang dan daun sup serta cili besar sahaja.
Kari tulang & daging bersama rebung (resepi turun temurun keluarga)
serta buncis goreng bersama daging...
itulah anak2 kita...sekali sekala minta dipenuhi
selera mereka.

Hari ini along sudah pandai menjaga makan dan saiz badan,
saya ingat kalau panjang cutinya...mungkin hasilnya berbeza.
Angah pula maintain saja...

Saya merenung jauh betapa,
Silibus, rutin pelajar berasrama dan pendidikan sekolah agama
banyak mendidik peribadi anak2 saya.
Saya senyum sendiri bila mana anak2 saya lengkap berjubah..
persalinan baba sudah boleh diturunkan pada mereka.

saya yakin sebahagian doa ibubapa juga adalah cerminan
tingkah laku mereka...

Sebagai ibu saya berdoa dan seboleh
mungkin memberi penjelasan, menyuntik tambah
 apa yang telah dipelajari dan diamalkan...
agar mereka tunaikan..
Gagal tunai, tiada hasil
berusaha, beramal ada hasilnya...
semua pilihan ada ditangan kita dan mereka

Oleh itu saya menyeru diri sendiri dan keluarga serta kawan2
bilamana anak2 kita meningkat remaja, menuju dewasa
sebaiknya ubahlah perinsip dan matlamat hidup kita
perlahan-lahan masih belum terlambat...
pintu perubahan terbuka luas.
Titik tolaknya bermula dengan kesungguhan dan keikhlasan kita menunaikan perintah Allah SWT
dengan niat semata-mata kerana DIA
insyallah

semak rutin Ramadhan adaptasikanlah
sebagai rutin harian walaupun berada dibulan yang lain.
insyallah ..perubahan itu akan ada...
hanya kita dan DIA ...
perubahan itu akan ada bila kita berusaha...
mengamal dan mengekalkannya
itulah perkongsian dari hati kehati dibulan puasa.

Perkongsian Ilmu ~ Pengisian Ramadhan 1
Hati Orang Mukmin Adalah Hati Yang Bersih ,
Tegas dan Lemah Lembut
Berkata Wahab bin Munabbih, bahwasanya Rasulullah S.A.W. bersabda:

 “Allah Ta’ala telah berfirman maksudnya :
'Sesungguhnya semua petala langit-Ku dan bumi-Ku menjadi sempit untuk merangkul-Ku, akan tetapi Aku mudah untuk dirangkul oleh qalb (hati) hamba-Ku yang mukmin'.”
(Hadis Riwayat Ahmad)

Sebaik-baik hati adalah hati orang mukmin iaitu
hati yang bersih,
tegas dan
lemah lembut .
Sesungguhnya dengan ketiga-tiga sifat
ini jadilah ia seorang mukmin yang dikasihi oleh Allah S.W.T.


Saiyidina Ali k.w. berkata :

"Adapun Allah S.W.T. di muka bumi ini mempunyai bejana-bejana; iaitulah hati manusia. Sebaik-baik hati ialah yang bersih,
tegas dan lemah lembut. Kemudian beliau menjelaskan pula; maksudnya,
bersih dalam keyakinan, tegas dalam urusan agama, dan lemah lembut dalam pergaulan dangan kaum muslimin."

Pertama : Hati yang bersih dalam keyakinan.
Yang dimaksudnya dengan keyakinan,
ialah keteguhan dan penguasaan iman di hati, sehingga menimbulkan ketenangan, sebagaimana yang dipohonkan oleh Nabi Ibrahim a.s. kepada Allah S.W.T. sesuai dengan apa yang diceritakan kepada kita oleh Al-Quran.
Firman Allah S.W.T. maksudnya ;
"Dan (ingatlah) ketika Ibrahim berkata :
'Ya Tuhanku,
perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan orang mati.'
 Allah berfirman,
'Belum percayakah engkau?'
 Dia (Ibrahim) menjawab,
"Aku percaya, tetapi agar hatiku tenang (mantap)"
(Surah al-Baqarah ayat 260)
Kini nyatalah,
bahawasanya keyakinan itu puncak keimanan dan kesudahannya.
Dalam sebuah hadis Nabi S.A.W. bersabda maksudnya :
"Keyakinan itu adalah keseluruhan iman."
Lantaran itu,
tiada sesuatu yang diturunkan oleh Allah S.W.T. dari langit yang sifatnya lebih mulia dan lebih berharga daripada keyakinan.
Memadailah jika keyakinan itu saja menjadi harta benda manusia.
Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya :
"Pohonkanlah keyakinan dan keselamatan dari Allah S.W.T.,
 kerana tiada sesuatu kurnia yang lebih utama sesudah keyakinan daripada keselamatan."
Ingatlah!
Sebaik-baik hati yang dikasihi oleh Allah Ta'ala,
ialah hati yang suci murni dari segala macam kebatilan dan keraguan,
 bersih dari aneka rupa kejahatan,
hati yang sentiasa tunduk yang hak dan petunjuk yang diliputi oleh kebajikan dan kebaikan
Kedua : Tegas dalam agama.
Kita perlu tegas dalam agama,
 ialah berpegang-teguh dengannya serta bersedia membelanya,
 berani berkata benar walaupun pahit,
dan tiada gentar orang untuk mempertahankan yang hak.
Dengan sifat inilah,
Allah S.W.T. telah memuji pencinta-pencintaNya dalam firman-Nya yang bermaksud :
"..yang berjihad di jalan Allah dan yang tidak
takut kepada celaan orang yang suka mencela."
(Surah al-Maidah ayat 54)
Rasulullah S.A.W. pernah mensifatkan Saiyidina Umar Ibnul-Khattab dengan sifat yang sama dalam sebuah sabdanya yang bermaksud :
"Orang yang amat teguh dalam menjalankan perintah Allah ialah Umar.
Semua kata-katanya benar,
lantaran itu ia tidak punya rakan di antara orang ramai."
Benarlah Saiyidina Umar adalah orang yang amat tegas
di antara kaum muslimin dalam menjalankan perintah Allah S.W.T.
dan berpegang teguh dalam menguruskan semua urusan agama,
terhadap dirinya sendiri mahupun orang lain.
Beliau dijadikan contoh dan tauladan dalam keadilan, dan dalam memerintah mengejarkan kebajikan dan mencegah melakukan kejahatan.
Beliau sentiasa berdiri atas yang hak dan benar terhadap rakan dan lawan.
Semoga Allah S.W.T. reda terhadapnya dan reda terhadap para sahabat Rasulullah S.A.W. umumnya.
Ketiga : Berlemah lembut dalam pergaulan dengan kaum muslimin."
Adapun hati yang lemah lembut dalam pergaulan
sesama mukmin itu adalah melengkapkan diri dengan sifat belas-kasihan,
cinta dan sayang terhadap sesama mukmin,
kerana yang demikian itu adalah semulia-mulia akhlak dan setinggi-tinggi budi luhur.
Dengan sifat itulah Allah S.W.T. telah memuji-muji Rasulullah S.A.W. di dalam firmanNya:
"Sesungguhnya telah datang kepada kamu dari segolongan kamu, yang mengambil berat terhadap penderitaan kamu,
penuh keinginan terhadap (keselamatan) kamu,
penyantun dan penyayang terhadap orang-orang yang beriman."
(Surah at-Taubah ayat 128)
Sabda Nabi S.A.W. maksudnya :
"Orang-orang yang mengasihi (orang lain) akan dikasihi Tuhan Pemurah.
Sesiapa yang tidak mengasihi (orang lain) tidak akan dikasihi Tuhan."

Sabdanya lagi:
 "Sesungguhnya orang-orang yang terutama dari umatku tidak akan masuk syurga kerana banyak solat atau banyak puasa.
Akan tetapi (mereka akan masuk syurga) kerana bersih hati,
murah hati dan berbelas-kasihan terhadap setiap muslim."
Maksud Hadis ini tidaklah menunjukkan bahawa para mukmin
itu kurang mengerjakan ibadat seperti solat dan puasa.
Malah sebaliknya,
mereka sentiasa memperbanyakkan ibadat solat dan puasa
serta melakukan amalan yang soleh yang lain.
Akan tetapi umat baginda akan masuk syurga kerana
sifat mulia yang mereka miliki iaitu bersih hati,
murah hati dan perasaan belas kasihan sesama mukmin.
Kerana sifat-sifat ini amat di sukai oleh Allah S.W.T.


Selamat beramal, mudah-mudahan hidup
kita berjaya didunia dan diakhirat


Wasallam

Tiada ulasan: