Isnin, 30 Julai 2012

Bacalah, Ingatlah, Amalkanlah Pilihan ada ditangan kita semua





Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih Dan Penyayang

Salam Ramadhan semua,
alhamdulillah
hampir 10 hari kita telah berada di dibulan yang mulia ini.
Begitulah rutin harian dibulan puasa
Bermula bersahur,
diikuti solat subuh,
menjalani ibadah puasa
sepanjang hari,
diikuti dengan tugasan kerja pada yang berkerjaya
maupun surirumah tangga dan siapa2 saja.
Waktu terluang diisi dengan bacaan Alquran
atau apa saja bahan ilmiah,
manfaatkan waktu,
elakkan melakukan perkara2 yang
tidak bermanfaat
kadang2 kita diuji dengan berbagai cabaran
 cuba bertahan insyallah 
elakkan dari tertewas
Hingga tiba waktu berbuka
 Menuju surau atau masjid menunaikan
solat berjemaah
sambung lagi bertadarus hinggalah
tiba pertengahan malam
pulang kerumah berehat dan bersedia pula untuk
bangun bersolat sunat dan bersahur, insyallah
rutin yang diulang2 dilakukan demi sebuah
tuntutan ibadah semata2 kerana
Allah SWT, dengan harapan
diterima, dirahmati dan diredhainya.
matlamat kita adalah menuju kepada 
sebuah mahligai kehidupan kekal abadi
yakni syurga firdausNya...
begitulah serba ringkas catatan ini
untuk diri, suami, anak2 dan keluarga juga rakan semua.

&&&&&&&&&&&&&&
Kita hanya boleh berusaha,
mengajak, mengajak dan mengajak mereka yang kita kasihi untuk
 “menyembah dan beramal ibadat” semata-mata kepadaNya.
Kita menangis dan merayu pada 1/3 hujung malam yang tersisa,
siang dan malam, pagi dan petang agar isteri dan anak-anak menjaga aurat, anak-anak lelaki bersolat berjemaah di masjid dan melakukan amalan yang membezakan mereka dengan yang ramai.
Mudah-mudahan kita semua mampu menjaga akidah,
“Dialah yang kita sembah dan mohon pertolongan”.
Agak saya itulah sebenar-benar cinta yang mampu membawa atau mengumpulkan kita semua selepas hari kematian, InsyaAllah.
Ia hanya segelintir yang istimewa buat golongan akhir zaman.
dicatatkan oleh Prof Muhd Kamil Ibrahim

Perkongsian Ilmu ~ Pengisian Ramadhan 2
Hikmah bertadarus Al Quran

Di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, 
Islam menganjurkan umatnya agar bertadarus membaca al-Quran. 
Ia berdasarkan kepada apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dengan Jibril berdasarkan sebuah hadis yang maksudnya:

Daripada Ibn Abbas r.a. katanya:
 "Rasulullah s.a.w. adalah seorang yang sangat pemurah. 
Baginda sangat pemurah khususnya dalam bulan Ramadhan 
ketika Jibril menemuinya. 
Jibril menemuinya pada setiap malam dalam bulan Ramadhan 
lalu bertadarus al-Quran dengan baginda." (Hadis riwayat Bukhari).

Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:


"Tidak berhimpun sesuatu kaum dalam sebuah rumah dari rumah-rumah Allah - 
mereka membaca kitab Allah dan bertadarus di antara mereka - 
melainkan turun kepada mereka ketenangan, diliputi dengan limpahan rahmat, dilingkungi oleh para malaikat dan dipuji 
oleh Allah Taala dalam kalangan (malaikat) yang ada disisinya." 
(Hadis riwayat Abi Daud).

Menurut Mohd Shamsul Haqqil 'Azim, penulis kitab Aunul Ma'bud, 
maksud tadarus dalam hadis di atas ialah berkongsi 
membaca al-Quran di antara satu sama lain.


Jelasnya, tadarus al-Quran adalah merupakan syiar 
yang diamalkan semenjak zaman awal Islam. 
Hasil daripada syiar inilah terbentuknya keperibadian 
Islam yang sebenarnya. 

Antara ciri-ciri keperibadian Islam adalah mempunyai akidah yang benar, 
ibadat yang betul, 
akhlak yang mulia, 
teratur dalam setiap urusannya, 
disiplin menggunakan waktu dan bermanfaat kepada orang lain.


Justeru, seseorang yang mempunyai keperibadian Islam 
tidak akan meninggalkan syiar tadarus ini. 
Ia adalah merupakan amalan Rasulullah s.a.w. dan 
para sahabat bahkan diberikan kelebihan yang banyak oleh Allah SWT. 
Ketenangan dan limpahan rahmat daripada Allah 
hasil daripada tadarus ini menjadikan seseorang itu 
mempunyai keperibadian yang istimewa dan tersendiri 
berbanding dengan mereka yang tidak bertadarus.

Dengan bertadarus, seseorang akan lebih rapat dengan al-Quran. 
Ia menjadi temannya yang akrab, 
menunjukkan jalan yang lurus dan menegurnya jika melakukan kesalahan. 

Generasi para sabahat r.a. lahir daripada keakraban ini. 
Bermula dengan keruntuhan akhlak dan moral 
sehingga digelar hidup dalam masyarakat jahiliyyah 
akhirnya menjadi peribadi insan yang mulia 
yang digelar sebagai generasi al-Quran yang unik.

Pun begitu, 
bertadarus tanpa beramal dengan isi kandungan al-Quran 
merupakan satu penyakit yang wujud 
di kalangan umat Islam yang merosakkan keperibadian muslim. 
Mereka tidak menjadikan Al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan.

Firman Allah yang maksudnya: 
Dan berkatalah Rasul: 
"Wahai Tuhanku Sesungguhnya kaumku telah menjadikan 
Al-Quran ini satu perlembagaan Yang ditinggalkan, tidak dipakai". (Al-Furqan: 30).

Sebagai contoh kesan daripada bertadarus al-Quran 
sebagaimana firman Allah s.w.t di d
alam surah al-Jumuah ayat 2 yang bermaksud: 

“Dialah yang mengutus seorang rasul kepada kaum yang buta huruf 
dari kalangan mereka sendiri, 
yang membacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya,menyucikan 
( jiwa ) mereka dan mengajarkan kepada mereka 
Kitab dan Hikmah ( sunnah ),
meskipun sebelumnya,mereka benar-benar dalam kesesatan yang nyata.”

Ayat ini menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. 
dalam keadaan ummi iaitu tidak tahu membaca dan menulis 
akhirnya apabila alQuran diturunkan nabi membaca 
dan mengajar kepada sahabat-sahabatnya 
maka kesan daripada tindakan itu 
lahir satu generasi seperti Abu Bakar as-Siddiq, 
Umar al-Khattab, 
Uthman Bin Affan, 
Ali bin Abi Talib dan AbdurRahman bin Auf. 
Walaupun mereka itu pada zaman jahiliyah
 tergolong dalam golongan yang sesat.

Oleh kerana itulah tadarus al-Quran 
merupakan satu amalan yang dituntut untuk 
diamalkan oleh seluruh umat Islam 
khususnya para pendokong pejuang Islam supaya 
memahami tuntutan Islam itu melalui al-Quran itu sendiri.


Wasallam

Tiada ulasan: