Jumaat, 3 Ogos 2012

Pak Ngah Hilmi Grilled Lamb Buffet Ramadhan ~ Ringkas & sederhana












Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih dan Penyayang


Alhamdulillah hari ini hari ke 14 Ramadhan bagi tahun 1433 Hijrah,
bermakna juga kita telah melepasi fasa pertama Ramadhan  
dan sedang berada di fasa kedua Ramadhan ,
seterusnya mudah-mudahan diberi kesihatan
dan kekuatan pada fasa Ramadhan yang ke tiga nanti
insyallah..
Semoga semua urusan harian dan amal ibadah kita
 berjalan dengan baik ...juga.

Tahun ini kebanyakkan masa berbuka kami sekeluarga
adalah di kedai, berbuka ringkas...
selesai hampir jam 8 malam kami akan beredar untuk program malam
berjemaah isyak, berterawih dan bertadarus.
Rutin2 harian saya, suami dan anak2
yang padat kami olahkan sebaiknya
Alhamdulillah anak2 selesa dengan rutin ini.

Perniagaan

Pada bulan Ramadhan tahun ini buat pertama kalinya
Pak Ngah Hilmi Grilled Lamb Steak
beroperasi hanya di kedai, kami menyediakan
buffet kepada pelanggan
yang menempah untuk majlis berbuka puasa
Sehingga kini tempahan buffet pertama pada 1hb Ogos 2012
alhamdulillah sempurna di tunaikan dalam suasana
yang serba sederhana.

Tempahan buffet ini diterima dari seorang sahabat Pak Ngah
dari Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia yang beroperasi di KL.
Mereka terdiri daripada 10 buah keluarga yang terdiri
daripada ustaz dan ustazah serta anak2.

Majlis berbuka puasa yang serba ringkas dan meriah ini,
dimulakan dengan berbuka kemudian bersolat maghrib (tempat solat disediakan)
seterusnya bersama2 menjamu selera.

Majlis selesai sebelum isyak dan masing2 beredar untuk program masing2.
Pada bulan Ramadhan kedai hanya beroperasi selewat-lewatnya
jam 10 malam tertakluk kepada tempahan pelanggan secara adhock.

Sehingga kini kami juga menerima tempahan berbuka secara walk in....
ataupun "take away".
Lain-lain tempahan katering kambing panggang di luar seperti di restoran esklusif,
majlis aqiqah & berbuka puasa keluarga serta
 jamuan berbuka puasa di pejabat juga telah diterima.
Alhamdulillah...

Begitulah tawaran urusniaga yang disediakan
oleh Pak Ngah Hilmi Grilled Lamb Steak
ringkas dan sederhana di bulan Ramadhan ini.

Kepada pembaca blog ini,
sekiranya tuan-tuan dan puan-puan berhajat untuk menempah buffet atau pun
sempena bulan syawal nanti harap dapat berhubung awal dengan kami.


Perkongsian ilmu ~ Ramadhan (3)




Secara ringkas inilah catatan ilmu yang saya kutip dari FB tempohari,
Insyallah saya mengajak diri sendiri,
suami, anak2 dan keluarga serta rakan2 maya sekelian untuk kita sama2 beramal.
Pada yang belum bermula mulakanlah,
hiasi malam hari kita untuk bersama Allah SWT yakni pencipta kita.
Amnya Allah SWT itu sangat dekat dan
mengetahui setiap inci diri kita tidak terkurang sikit pun
Luangkanlah masa yang sedikit itu hanya untukNya...
untuk duduk, tunduk, sujud seketika...
dengan penuh keikhlasan...hati kita.
Itulah tandanya kita adalah hamba ...kepadaNya

Pada yang telah mengamalkannya,
 kita tidak mungkin dapat melupakan malam2 kita bersama DIA
berdoalah, bermunajatlah kita...
siang tanpa tahajjud malamnya ....
hanya kita yang tahu kekurangan...dan sesalannya
mahu sahaja diganti malam itu apabila siangnya...tiba

insyallah....
teruskan amal soleh kita untuk kita kembali
dengan penuh kasih sayang disisiNya..

Allah SWT, Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang lagi Maha Pengampun
satu2nya tempat kita untuk memohon dan meletakkan segala harapan
tentang kehidupan ini juga atas segala kelemahan
dan kejahilan diri sebagai seorang hambaNya selama hidup ini
Untuk memimpin dan memberi ilham akan setiap langkah kita.

Isi hari dan masa kita dengan majlis ilmu, 
walau dimana kita berada.
jadikanlah Al quran teman akrab diri kita
baca, ingat, beramallah....
taat perintahNya, tinggalkan laranganNya
hiduplah dengan penuh keimanan dan ketaqwaan
...insyallah
kolam hati kita akan terisi di sana.....
ajak2lah suami/isteri kita, anak2 dan keluarga yang dikasihi
serta masyarakat untuk mengamalkannya...
mulakan dengan diri kita terlebih dulu..
Setiap cabaran adalah tangga kejayaan...

Wasallam

Tiada ulasan: