Pak ngah hilmi di jemput berganding bahu lagi...bersama katering ini |
Ayam masak merah Mak ngah
Kari kepala kambing
Salad buat Prof Kamil & Kak Roza tempohari
Nasi beriyani buat Prof Kamil & Kak Roza tempohari
Sepinggan grilled lamb
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih dan Penyayang
Alhamdulillah hari ini 29 Syaaban bagi tahun 1433 Hijrah.
Insyallah kita akan melangkah ke Ramadhan dalam tempoh
2 hari sahaja lagi.
Mudah-mudahan kita semua telah pun bersiap sedia
untuk menerima
kehadiran bulan yang mulia ni.
Saya mengingatkan diri sendiri, suami, anak2, keluarga
juga rakan2 maya dimana saja berada.
Mudah-mudahan secebis ilmu yang ada dapat dikutip,
disemat jauh didalam hati
azam dibina perlahan2 untuk peningkatan
amal ibadah kita
di bulan yang mulia itu nanti.
Andai dah sedia corakkanlah langkah anda lebih baik dari tahun2 yang lalu
Andai tahun ini baru bermula...mulakan langkah itu satu persatu
menuju landasan yang dihajatkan...
insyallah dengan izin Allah Ramadhan ini
adalah yang terbaik untuk membuka lembaran baru hidup anda..nanti
Blog SDH adalah blog
sajian makanan dari Pak Ngah Hilmi
selain itu blog ini turut menyajikan santapan rohani
buat pembacanya sebagai suatu perkongsian
ilmu dari Allah SWT..dan juga catatan hadis
dari suri tauladan kita yang dikasihi Rasulullah SAW...
(selawat dan salam buat baginda
juga ahli keluarga serta sahabat2nya)
Begitulah hidup ini penuh dengan warna warni
lihatlah dengan matahati
temuilah akan kebesaran ilahi....
temuilah akan kebesaran ilahi....
bawalah bersabar,
bawalah bertenang
bawalah beramal dengan ilmu
bawalah dengan pertimbangan yang waras
bawalah melihat dengan matahati,
di sana pasti akan di temui kebesaran ilahi
di sana pasti akan di temui kebesaran ilahi
Selamat berjaya....
LAMAN PERKONGSIAN ILMU DIBULAN RAMADHAN
1. Keutamaan Sahur Dan Mentakhirkannya Selama Tidak Khuatir Akan Terbitnya Fajar
Dari Anas radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Dari Zaid bin Tsabit radhiAllahu ‘anhu berkata:
“Kami sahur bersama-sama dengan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam, kemudian kami melaksanakan solat.”
Ada seseorang bertanya: “Berapa lama antara sahur dengan solat itu?” Ia menjawab: “Kira-kira 50 ayat.”
(HR Bukhari & Muslim)
2. Segera Berbuka Puasa Apabila Sudah Masuk Waktu BerbukaDari ‘Amr bin ‘Ash radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Kelebihan puasa kami dan puasa ahli Kitab adalah adanya makan sahur.” (HR Muslim)
Dari Sahl bin Sa’d radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Manusia itu selalu dalam kebaikan selama mereka segera berbuka puasa.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Anas radhiAllahu ‘anhu berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam sentiasa berbuka dengan beberapa biji ruthob (kurma yang baru masak) sebelum solat.
Jika tidak ada ruthob (kurma yang baru masak), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam berbuka dengan tamar (kurma yang sudah kering).
Jika tidak tamar (kurma yang sudah kering), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam meneguk air beberapa teguk.”
3. Berdo’a sepanjang berpuasa dan ketika berbuka.(HR Abu Daud dan At-Turmudzi)
4. Menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa.Diriwayatkan oleh Turmudzi dengan sanad yang hasan, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Ada 3 golongan yang tidak ditolak do’a mereka, iaitu orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin negara yang adil dan orang yang teraniaya.”
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alahi wasallam bersabda: “Puasa itu adalah perisai, oleh kerana itu, apabila salah seorang di antara kamu sekalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah bertengkar/berteriak.
Apabila ada seseorang yang mencaci-maki atau mengajak berkelahi, maka hendaklah ia berkata: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa””. (HR Bukhari & Muslim)
Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: ‘Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan perbuatan buruk, maka Allah tidak memerlukan ia meninggalkan makan dan minumnya.”
5. Bersiwak atau menggosok gigi.(HR Bukhari)
Amir bin Rabi’ah berkata, “Saya melihat Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersiwak dan beliau pada saat itu sedang berpuasa. Kerana seringnya, maka saya tidak dapat membilang dan menghitungnya.” (HR Bukhari)
6. Bermurah hati dan banyak menderma.Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu mengatakan bahwa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Andaikan tidak memberatkan umatku, niscaya mereka kuperintahkan bersiwak pada setiap kali berwudhu.” (HR Bukhari)
Dari Ibnu Abbas radhiAllahu ‘anhu katanya: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam adalah seorang yang paling dermawan, dan sifat dermawannya itu lebih menonjol pada bulan Ramadhan yakni ketika ditemui Jibril.
7. Menggandakan amalan membaca dan mempelajari al-Quran.Biasanya Jibril menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan, dibawanya mempelajari al-Quran. Maka Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih murah hati melakukan kebaikan dari angin yang bertiup.” (HR Bukhari)
(Hadith Ibnu Abbas di atas menyatakan bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bertadarus (mempelajari al-Quran) dengan Jibril pada setiap malam Ramadhan.)
Membaca al-Quran adalah amalan biasa ummat Islam,
tetapi sempena bulan Ramadhan,
hendaklah kita tumpukan betul-betul dan menggandakannya.
Para ulama apabila tibanya bulan Ramadhan akan memberhentikan kuliah yang diajar mereka dan menumpukan kepada mempelajari al-Quran.
Membaca untuk memahami al-Quran yakni mentadabbur al-Quran adalah lebih utama dari membaca laju untuk mengkhatamkannya beberapa kali pada bulan Ramadhan.
Dari Zaid bin Khalid Al-Juhanny radhiaAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang memberi makan untuk berbuka orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.”
9. Mendirikan malam dengan solat sunnat (solat Tarawih)( HR At Turmudzy)
10. Giat beribadah pada 10 hari terakhir RamadhanDari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: “Barangsiapa yang mengerjakan solat sunnat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari ALLAH, maka akan diampunilah dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari & Muslim)
11. Beriktikaf pada 10 terakhir Ramadhan.Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata: “Bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam apabila masuk sepuluh terakhir bulan Ramadhan. diramaikannya waktu malam, dibangunkannya ahli keluarganya dan diikat erat kain sarungnya.”(HR Bukhari & Muslim)
Dari Ibnu Umar radhiAllahu ‘anhu berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan sehingga Beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam dipanggil ALLAH Ta’ala, kemudian setelah beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam wafat, isteri-isterinya meneruskan kebiasaan Beliau itu.” (HR Bukhari & Muslim)
Mutiara kata
Semoga kita semua dapat mengambil pengajaran yang besar dari hadith-hadith Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam di atas.
Janganlah dilepaskan peluang untuk mendapatkan pahala yang besar hasil dari usaha kita untuk bersungguh-sungguh melaksanakan sunnah di atas.
Selain dari sunnah yang telah dinyatakan di atas,
jangan lupa dan meremehkan lain-lain sunnah Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam seperti senyum,
beri salam,
solat jamaah di masjid,
berbuat baik kepada ahli keluarga dan jiran,
beri tadzkirah,
merendah diri dan lain-lain.
Mudah-mudahan hidayah dan taufiq menyinari hati dan jiwa kita semua dan mudah-mudahan melekat ke dada kita semua akan nilai besar Taqwa,
amin.
Wasallam
4 ulasan:
assalamualaikum kak shami : selamat menyambut ramadhan al-mubarak dan selamat berpuasa
Salam dekk afezz
Selamat menyambut ramadhan dekk... semoga ramadhan ini adalah yang terbaik ..pernah di dilalui oleh kita semua. Insyallah.
Nota: Susah nak mengomen kat ruang komen blog ko..harap dapat permudahkan sikit.
salam kak shami,
selamat menuanaikan ibadah puasa dan pengisiannya di Ramadan al mubarak ini. Terima kasih atas petikan dan ingatan di kongsikan..ain suka membacanya ..ayuh teruskan berkongsi ilmu....
Salam ain
Terima kasih kerana membaca blog akak....
Mudah-mudahan apa yang dikongsi, dapat dimanfaatkan insyallah.
Catat Ulasan