Ungkep
Seluar panjang lelaki saiz 34,36, 38, 40, 42, 44, 46
barang berkualiti ..dari luar negeri
harga mampu beli dari RM 30.00 hingga RM40.00 sahaja sepasang
berminat bolehlah menghubungi kami untuk mendapatkannya
stok terhad.
Pelanggan saya dan keluarga besarnya
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih dan Penyayang
Alhamdulillah, begitulah masa berlalu
pantas sekali, semoga kita semua dipermudahkan Allah SWT
untuk mengagihkannya dengan aktiviti dan jadual harian yang
terbaik, untuk kehidupan dunia dan akhirat....
Foto-foto di atas punya cerita tersendiri itulah yang ingin saya kongsikan
di dalam blog SDH ini.
Ungkep, rupanya menu popular di selatan tanah air,
Menu ini ada tertulis di dalam buku Bukan sekadar resepi, tulisan Puan Roza
Belum pernah saya mendengar nama,
apalagi menikmati menu ini sepanjang hidup saya
..Alhamdulillah begitulah perancangan Allah SWT
Asalnya saya ingin berkongsi buku kesukaan,
bersama catatan resepinya dengan seorang hamba Allah
bersama catatan resepinya dengan seorang hamba Allah
akhirnya saya mendapat peluang untuk menikmati menu ini....
melalui dia dari ilhamkan Allah SWT..
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar...
Seperti biasa saya akan menerima kunjungan dari seorang sahabat ini,
setiap bulan atas urusan perniagaan,
Beliau seorang yang rajin berusaha, dan usahawan wanita berjaya
Suka memberi nasihat ,terlibat dengan kerja-kerja kebajikan
bezanya kami berlainan agama
bezanya kami berlainan agama
Pertemuan kami biasanya dihiasi topik bualan yang berkisar
tentang perniagaan, kehidupan juga agama
Akhirnya beliau menyuarakan harapannya
mengajak saya berniaga produk pakaian lelaki
berupa seluar panjang untuk lelaki..
Beliau menawarkan diri menjadi pembekal saya...
Beliau menawarkan diri menjadi pembekal saya...
wang tersebut adalah untuk tabung kebajikan
suatu pertubuhan kebajikan untuk
rakyat Malaysia.
suatu pertubuhan kebajikan untuk
rakyat Malaysia.
Saya mendapat green light dari suami
Saya serahkan pada suami menguruskannya
Apapun jua yang terencana
mudah-mudahan berjaya insyallah ...
Pelanggan saya
Saya mengucapkan setinggi2 terima kasih buat
semua pelanggan yang pernah dan akan hadir di kedai
PAK NGAH HILMI GRILLED LAMB STEAK
Sama ada dikenali ataupun tidak....
semoga apa yang disajikan memenuhi selera mereka.
Suasana meriah itu kadang kala saya kongsikan bersama
untuk catatan blog SDH
Sesungguhnya setiap yang baik itu adalah dari Allah SWT
dan yang kurang baik itu
dan yang kurang baik itu
adalah atas kelemahan kami yang menguruskanya..
saya dan suami mohon ampun kepada Allah SWT.
"...maka nikmat Tuhanmu yang manakah hendak di dustakan."
PERKONGSIAN ILMU
INGATLAH ALLAH , ALLAH PASTI MENGINGATIMU
Zalimkah Kita Kerana Tidak Mampu Mengingati-Nya?
Ya! Sangat zalim!
Fikirkan kembali, siapa yang menghidupkan kita?
Siapa yang memberikan jasad kepada kita?
Siapa yang memberikan rasa kasih sayang yang kita curahkan pada kekasih kita itu?
Siapa yang mewujudkan kekasih kita itu dalam dunia ini?
Siapa yang menjadikannya secantik itu?
Siapa yang memberikan udara yang sedang kita hirup sekarang?
Siapa yang membenarkan kita berpijak pada bumi ini?
Siapa yang memberikan tenaga untuk menggerakkan setiap langkah kaki kita?
Siapa yang memberikan kita mata untuk melihat?
Siapa? Siapa dan siapa???
Maka cukuplah memberi alasan bahawa kita tidak dapat mengingati Allah kerana tidak dapat menggambarkan Allah itu bagaimana.
Lihat sahaja jasad yang kita miliki,
hidup yang kita lalui dan keindahan alam ini, semuanya adalah pemberian dari Allah.
Ingat saja kebesaran dan segala pemberian-Nya,
maka kita akan mengingati-Nya.
Antara Firman Allah tentang kewajipan mengingati-Nya:
1). QS. Al Baqarah (2) : 152 :Karena itu ingatlah kamu kepada-KU niscaya Aku ingat (pula) kepadamu dan bersyukurlah kepada-KU, dan janganlah mengingkari (nikmat)-KU”2). QS.Taha (20) : 14 :Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dandirikanlah sholat untuk mengingat Aku”.3). QS. Al Jumuah (62) : 9 :Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan sembahyang pada hari jumaat, maka bersegerahlah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itulebih baik bagimu jika kamu mengetahui.
Sebenarnya tidak susah untuk mengingati Allah,
hanya dengan bersyukur dan sentiasa ingat bahawa semua
yang ada dalam dunia ini adalah milik Allah.
Bukan setakat sesuatu yang berjisim tetapi nasib dan perjalanan hidup kita itu juga merupakan milik Allah.
Jika kita sedar diri, kita tidak akan rasa sombong dan tidak akan menghadapi sebarang masalah lagi untuk melihat hidup ini dari kaca mata seorang hamba-Nya.
Sebaliknya jika kita melihat hidup ini seolah-olah diaturkan sendiri oleh kita,
hidup seseorang pula bergantung pada nasib dan semua yang berlaku atas dunia ini adalah secara semulajadi, maka kita akan lupa kebesaran Allah.
Padahal tiada sesuatu pun atas dunia ini akan berlaku melainkan dengan izin-Nya.
Mungkin sekarang anda sedang membaca artikel ini, tetapi percayalah tanpa izin Allah anda tidak akan dapat membaca artikel ini.
Allah boleh pilih siapa yang akan membaca dan siapa yang tidak akan membaca artikel ini.
Justeru itu bersyukurlah dipilih oleh Allah untuk membaca sesuatu yang ditulis untuk mengingati-Nya. Dan ‘syukur’ itu adalah satu cabang dari langkah-langkah untuk kita sentiasa mengingati Allah.
Allah telah berfirman dengan jelas dalam Al-Quran:
“Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.”
(QS. Ar Ra’du : 28)
Itulah langkah yang paling baik untuk mendapat ketenangan dalam hidup.
Dengan mengingati Allah,
si kaya akan merasa syukur,
tidak berlagak,
tidak sombong dan sering menolong orang lain.
Semua kekayaan miliknya dirasakan hanyalah sekadar pinjaman.
Semua adalah milik Allah.
Manakala si miskin pula sentiasa redha.
Usaha diteruskan demi memperkukuhkan hidup,
apa yang diperolehinya itulah rezekinya.
Hidupnya tenang, aman dan damai.
Orang yang dizalimi pula merasa tenteram.
Dirinya sedar semua itu adalah ujian dan dia ada Allah untuk melindungi dirinya.
Orang yang dijulang pula merasa rendah diri.
Kurniaan Allah kepadanya membuatkan dirinya diangkat tinggi oleh masyarakat.
Namun dirinya sedar semua itu adalah hak Allah,
dia cuma meminjamnya untuk memimpin masyarakatnya ke arah kebaikan.
Tapi Bagaimana Untuk Mewujudkan Keyakinan Bahawa Semua Ini Adalah Milik Allah?
Tak kenal maka tak cinta.
Untuk mengenal Allah tidak sama seperti kita mengenal manusia.
Allah itu tuhan yang maha esa.
Tidak boleh dipandang dan dibuat andaian tentang jasad dan kekuasaan-Nya.
Jika ingin mendekati seorang raja terdapat pelbagai adab dan tertib,
maka untuk mengenali raja kepada semua raja dan tuhan seluruh alam sudah tentulah terdapat adab dan tertib yang lebih sempurna.
Hati kita perlu dilatih untuk yakin dan sentiasa mengingati-Nya.
Antara latihan yang perlu kita lakukan ialah:
Zikrullah
Berzikirlah kepada Allah sepanjang masa.
Setiap detik apabila kita keseorangan,
sewaktu tidak bercakap atau dalam keadaan apapun,
sebutlah di dalam hati ‘Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar’.
Ini adalah latihan seumur hidup.
Pada awalnya mungkin kita akan sentiasa terlupa
untuk sentiasa menggetarkan hati menyebut kalimah-kalimah ini,
tetapi setelah lama kita amalkan,
InsyaAllah kita akan rasa bersalah dan sedih apabila meninggalkannya.
Solat
Sesiapa yang tidak meninggalkan solat dalam keadaan apapun
pasti akan resah gelisah apabila sekali tertinggal amalan wajib ini.
Sebaliknya siapa yang acuh tak acuh menunaikannya akan leka dengan dunia.
Jangan salahkan Allah jika kita tidak berjaya mengingati-Nya sedangkan kita sendiri sambil lewa saja mengamalkan perintah-Nya.
Bagi mereka yang cinta kepada Allah,
tentunya sentiasa seronok menunaikan solat.
Malah ditambah pula dengan amalan solat-solat sunat yang lain.
Membaca, Mempelajari & Mengamalkan Al-Quran.
Al-Quran adalah kalam Allah,
tidak ada perkara yang paling dekat antara kita dengan Allah melainkan Al-Quran.
Jika kita tidak menghampiri Al-Quran dengan membaca,
mempelajari dan mengamalkan apa yang disarankan di dalamnya,
apa lagi bukti kita ingin mengingati Allah?
Bersyukur & Yakin Dengan Pertolongan Allah
Rasa syukur itu hadir apabila kita yakin dengan kekuasanan Allah.
Yakin semua yang kita ada dalam dunia ini adalah milik Allah.
Jika keyakinan itu masih kurang, maka pedulikanlah rasa itu,
teruskan dengan rasa yakin itu biarpun kadang-kadang terasa gundah.
Hati kita perlu dilatih.
Keyakinan yang goyang itu hadir dari syaitan semata-mata.
Abaikan hamba Allah yang derhaka itu.
Renung Tanda-Tanda Kebesaran Allah
Dunia ini sudah cukup luas dan menakjubkan
untuk kita merenung dan meneliti kehebatan dan kebesaran Allah.
Sesekali lihatlah keindahan alam.
Tak perlu keluar rumah,
dalam internet seperti youtube pun boleh tengok video-video kebesaran Allah.
Tonton, renungkan dan hayatilah kesemua video-video yang baik itu.
Allah tidak akan sesekali mengabaikan orang yang ingin mendekati-Nya.
Selangkah kita cuba mendekati Allah,
seribu langkah Allah akan menghampiri kita.
Namun rasa hampir itu hanya wujud dalam hati dan
ia hanya dapat dirasai antara kita dengan Allah.
Wasallam
Selamat beramal dan berkongsi ilmu
Wasallam
Selamat beramal dan berkongsi ilmu
2 ulasan:
Assalamualaikum Shami
tak pernah dengar lagi nama kuih ungkep tu...
Insyaallah..bertemu Ramadhan
Salam cik rozali
Sebenarnya bukan kuih tetapi sejenis lauk seakan2 rendang...selalu dimakan dengan ketupat..kata kawan saya.
Catat Ulasan