Isnin, 16 Januari 2012

JOM SINGGAH MENIKMATI LAMB STEAK DI KEDAI PAK NGAH HILMI



Promosi rasa kambing golek khusus 
 hanya sabtu malam ahad sahaja.


Sepinggan grilled lamb double berharga RM 24.00







Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi 
Maha Pengasih dan Penyayang


Alhamdulillah 
Terima kasih kepada pelanggan2 
Pak Ngah Hilmi Grilled lamb steak yang sekian lama
memberi sokongan, 
khusus keluarga shami dan Pak Ngah Hilmi
juga para sahabat handai di alam maya juga dimana saja berada,

Penghargaan khusus juga diucapkan kepada pembaca2 senyap blog SDH
yang telah menelefon shami dan Pak Ngah Hilmi  atau datang kekedai memperkenalkan diri memberikan kata2 semangat dan sokongan
alhamdulillah, insyallah 
doa kami mudah-mudahan ukhwah yang terjalin 
diberkati dan diredhaiNya....
.juga mudah-mudahan 
urusan kita semua diperelokkan dan dipermudahkan olehNya
dimana saja kita berada.

Sekalung terima kasih sekali lagi ...
Jom jemput singgah di kedai kami, untuk menikmati
menu istimewa Grilled Lamb Steak dan juga Grilled Chicken Steak
serta menu2 lain yang ada.


*******

Perkongsian ilmu

Bagaimana cara meningkatkan rasa syukur


Luangkan waktu kita untuk merenungkan nikmat-nikmat yang sudah 
Allah berikan kepada kita. 
Nikmat itu sangat banyak, bahkan tidak terhitung. 


Jadi mengapa ramai orang yang mengatakan dia tidak mendapat nikmat?
 Kerana mereka kurang memberikan perhatian terhadap nikmat-nikmat yang sudah Allah berikan.       
    1.                                                                                       
            1. Allah ulangi ayat ini
            2. berkali-kali “Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?” dalam surah ar Rahmaan, dimana salah satu hikmahnya adalah agar kita lebih memperhatikan nikmat-nikmat Allah.



Berbaik sangka dengan Allah. Banyak nikmat yang tidak terlihat oleh kita. 
Kita sering menganggap bahawa nikmat itu harus dalam bentuk kebendaan, padahal lebih luas dari itu. 


Seringkali kita menganggap bahawa nikmat itu adalah sebuah pemberian, padahal Allah sudah menghindarkan kita dari suatu musibah yang asalnya akan menimpa kita. 


Mungkin tidak ada yang bertambah pada diri kita, tetapi terhindar dari musibah bukankah ini juga sebuah nikmat yang besar? Renungkanlah…


Setelah kita mengetahui bahawa nikmat Allah begitu banyak, maka langkah seterusnya ialah memasukkan hakikat ini ke dalam hati kita agar melekat di dalam diri kita sehingga rasa syukur kita akan bertambah. 


Caranya ialah terus menerus mengingat nikmat dalam setiap waktu dan keadaan. Semakin hari sering kita mengingat nikmat Allah, akan semakin teruja dalam hati, maka rasa syukur pun akan meningkat.


Wahai sabahat-sabahatku, jika kita sentiasa bersyukur, nikmat kita akan ditambah oleh Allah sepertimana janji Allah di dalam ayat ini:

“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”. 

Telah diriwayatkan bahawa 
Nabi Musa Alaihis Salam pernah bertanya kepada Tuhannya: 


“Ya Robb, bagaimana caranya saya bersyukur kepada Engkau? 


Robbnya menjawab:

“Ingatlah Aku, dan janganlah kamu lupakan Aku. 
Jika kamu mengingati Aku 
nescaya kamu telah bersyukur kepadaKu. 
Namun, jika kamu melupakan Aku, kamu telah mengingkari nikmatKu”.
Wasallam



6 ulasan:

atuk berkata...

Assalamualaikum Shami

Insyaallah
dengan kesyukuran yg iklas
akan memajukan lagi perniagaan Pak Ngah

sinomosa berkata...

Assalammualaikum Kak Shami,

Yum yum lama tak menikmatinya..

afeezz berkata...

assalamualaikum kak shami : jom atuk, jom shima, kite serang kedai kak shami...

shami2 berkata...

Salam cik rozali

Terima kasih.

shami2 berkata...

Salam Syim

Jemputlah datang bila lapang hehhe

shami2 berkata...

Salam dekk afezz

Terima kasih ajak kawan2 datang heheheh