Ahad, 15 Januari 2012

Selamat Pengantin Baru buat Ustaz Muhsin dan Pasangannya "Dr Tini "




Shami & Pak Ngah Hilmi, Abang cik aan, adik mimi, tok dan tok lang  Piah serta anak menantu 


Keluarga dari Rawang dan  sekeluarga dari Kedah mewakili keluarga pengantin lelaki 
bersama pasangan pengantin baru.


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih dan Penyayang


Alhamdulillah, sabtu, shami sekeluarga menunaikan jemputan menyertai rombongan pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan di Teluk Intan, pengantin lelaki adalah sepupu kepada Pak Ngah Hilmi.


Kami bertolak dari Rawang seawal jam 8.30 pagi singgah bersarapan di Kg Simpan Tiga 
serta solat dhuha di surau berhampiran, 
Keluarga dari Rawang bertemu keluarga dari Kedah di Pekan Teluk Intan, kemudian bersama2 ke rumah pengantin perempuan. 



Konsep dan rekabentuk masjid ini dihiasi kemasan dari batu
cantik dan menarik, tenang dan damai, seakan2 konsep senibina landskap di negeri Jepun atau China


shami sekeluarga berkesempatan singgah solat di masjid Daerah Asam Jawa 
ketika dalam perjalanan pulang ke Rawang
Demikianlah catatan suatu hari perjalanan Sehari Dalam hidupku sekali lagi
Alhamdulillah




*******


Perkongsian ilmu

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :

“ Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir "

- Ar-Rum : Ayat 21



Rasulullah SAW bersabda mafhumnya :
" Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam, bukan
dari kepalanya untuk menjadi atasnya, bukan dari kakinya
untuk menjadi alasnya, malah dari sisinya untuk menjadi teman
hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan dekat
di hatinya untuk dicintai

Menurut Abu Hurairah r.a. apabila mendoakan seseorang yang baru berkahwin, Rasulullah s.a.w. akan berkata,

 "(Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan.)"

Menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar adalah disunatkan kita mengucapkan seperti ucapan-ucapan Rasulullah s.a.w. di atas. 

Menurut beliau lagi, adalah makruh kita mengucapkan "Semoga berbahagia dan banyak anak."

 kehidupan pasangan yang diberkatiNya sudah tentu gembira dan bahagia. 

Wallahu’alam.

Tiada ulasan: