Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah selamat tiba di Pendang Kedah pada petang sabtu
Keadaan trafik di atas highway menghala utara sesak dan bergerak perlahan
kami bertolak jam 8.00 pagi dari Rawang, tiba di Pendang sekitar jam 4.30 petang, suatu tempoh perjalanan yang agak lama berbanding hari cuti biasa.
Pagi Ahad shami, Pak Ngah Hilmi dan adik mimi, beriadah di pusat reakreasi berhampiran rumah
Pak Ngah Hilmi. Sekitar jam 7.30 pagi kami menyusuri hening pagi di Pendang Lake Resort.
Ketika ini musim panas dan berangin di Negeri Kedah. Beginilah cuaca dan suasana pagi di kampung halaman negeri Jelapang padi ini. Hujan renyai di sebelah petang sebelumnya, menjadikan esok paginya alam sekeliling akan dipenuhi kabus, udara rasa nyaman, ramai penduduk sekitar tidak lepaskan peluang beriadah di awal pagi kebetulan cuti hujung minggu bersambung dengan cuti
sempena Tahun Baru Cina, sekolah juga bercuti panjang. Alhamdulillah riadah berjalan kaki menyusuri tasik ini selesai sudah.
********
Perkongsian ilmu
Perkongsian doa kali ini ialah satu doa yang diamalkan oleh Rasulullah saw sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim. Doa ini sepatutnya dijadikan amalan agar jiwa kita sentiasa cenderung kepada amalan yang membawa kepada ketakwaan.
Isi doa ini juga kita memohon agar Allah menyucikan jiwa kita. Kita tidak mampu untuk menyucikan jiwa kita melainkan dengan izin dan bimbingan daripada Allah SWT.
Doa tersebut ialah :
اللَّهُمَّ آتِ نَفْسِي تَقْوَاهَا وَزَكِّهَا أنتَ خَيْرُ مَنْ زَكَّاهَا أنتَ وَلِيُّهَا وَمَوْلاَهَا
Bermaksud : Ya Allah, Berikanlah kepada jiwaku sifat takwa dan sucikanlah jiwaku, Engkau sebaik-baik penyuci jiwa. Engkau adalah pemiliknya dan penjaganya.
Semoga kita dapat mengamalkan doa Nabi saw ini dalam kehidupan seharian.
Wasallam
4 ulasan:
Assalamualaikum Shami
selamat bercuti
sungguh nyaman udara kampung
assalamualaikum kak shami : maner lake nyer, nampak sungai jer... hehehe
Salam cik rozali
Terima kasih, udara kampung nyaman dan segar, bak kata kawan pak ngah masih suci murni lagi hehehe
Salam dekk afezz
Akak dan pak ngah serta adik mimi, pusing2 keliling lake jer...dikiri ada lake, dikanan ada sungai hehehhe
gambor ada yang ilang adik mimi punya hal...huhuhu
Catat Ulasan