Selasa, 6 September 2011

SALAM AIDIL FITRI ~ MENJELANG SYAWAL


Suasana perjalanan pulang pada 28hb Ogos iaitu 2 hari sebelum hari raya aidil fitri
lokasi di atas lebuh raya antara Ipoh menghala ke Utara tanah air, hujan lebat...

 Tiba di Pekan Pendang....tu dia ayam golek sahabat Pak ngah...

 Pada 29hb Ogos sesudah subuh,..Pak ngah, shami dan juga 3 anak bujang 
sekali lagi ke rumah sepupu Pak ngah atas jemputan membantu kerja-kerja penyembelihan lembu
untuk di jual dagingnya sempena menyambut aidil fitri....
sebanyak 2 ekor lembu telah di tumbangkan...untuk urusniaga ini.
kami juga membawa pulang 1 kg daging yang dibeli beserta sedikit pemberian
sepupu Pak ngah....

 Proses melapah sedang dijalankan

 Pak ngah dan lembu yang di lapah...

 Urusan jual beli daging...oleh sepupu Pak ngah

 Bagi kaum ibu...
pula sesudah subuh  sibuk dengan ketupatnya...begitulah suasana di kampung,
Isteri kepada sepupu Pak ngah sedang sibuk memasak pulut untuk dijadikan ketupat...
...lebih kurang 4kg beras pulut dimasak...
dikongsi bersama ahli keluarga mereka..

 Daun palas untuk ketupat pulut telah disediakan
dan inilah proses membalut ketupat..
Cara memulakan balutan ketupat daun palas (pulut)

Dah siap, ketupat pulut ini kebiasaannya di utara tanah air sesuai di makan dengan serunding ikan, daging, atau ayam ataupun kari daging atau ayam.
Kari kambing belum pernah dibuat lagi....hehehe

 Sempat juga shami merakamkan gambar itik2 yang
dibela oleh seorang lagi saudara sepupu Pak ngah...
itik2 ni tak tersenarai untuk disembelih hehehh...

 Itik2 ni kesejukan sebab sejak awal pagi dah berhujan

Selesai semua urusan menjelang waktu berbuka puasa
kami tiba di kampung shami.. di Kampung Pulau Kechik Tunjang Jitra Kedah
tahun ni tiba giliran menyambut aidil fitri di kampung shami..

Sudah seminggu berlalu Syawal...begitulah memori menjelang Syawal
bagi tahun 1432 hijrah buat kami sekeluarga
masa2 yang ada dimanfaatkan sebaiknya
 cepatnya masa berlalu..
sebulan di bulan Ramadhan
bagaikan tak terasa....
menyambut Syawal...
terasa Ramadhan pula meninggalkan kita...

SALAM AIDIL FITRI JUGA SALAM SYAWAL
DARI PAK NGAH HILMI & SHAMI SEKELUARGA
SEMOGA AMAL IBADAH KITA SEMUA DITERIMA OLEH-NYA
JUGA
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI KAMI
SEKELUARGA


Demikianlah Ramadhan yang berlalu,
Syawal yang menjelma,
mana2 ibadah terbaik yang ada sama2 kita tunaikannya


PUASA SUNAT SYAWAL

Dalilnya ialah sabda Nabi s.a.w.;
“Sesiapa berpuasa bulan Ramadhan,
kemudian ia ikuti dengan berpuasa enam hari di bulan syawal,
maka ia seolah-olah berpuasa setahun” (HR Imam Muslim dari Abu Ayyub al-Ansari r.a.)


Jika seseorang itu mempunyai puasa Ramadhan yang perlu diqadhanya,
adakah harus ia berpuasa enam sebelum mengqadha puasanya?

Harus kerana puasa qadha Ramadhan memiliki waktu yang panjang untuk dilakukan iaitu sehingga Ramadhan tahun berikutnya, adapun puasa enam hari di bulan Syawal waktunya adalah terhad.
Namun jika kita dapat melakukan puasa qadha terlebih dahulu,
kemudian diikuti dengan puasa Syawal,
itu yang terbaik kerana kita mendahulukan ibadah yang wajib ke atas yang sunat.
Dan ada ulamak berpendapat; harus kita meniatkan keduanya sekali dalam satu puasa,
tetapi yang terbaik kita memisahkannya kerana akan memperbanyakkan amalan kita kepada Allah.

Wasallam 

4 ulasan:

afeezz berkata...

assalamualaikum kak shami : selamat hari raya, maaf zahir dan batin buat kak shami sekeluarga. tema coklat ke tahun ni? hehehe.

shami2 berkata...

Salam dekk afezz

Selamat Hari raya maaf zahir batin jua dari kami sekeluarga, untuk afezz, dalam gambo nampak cam cokelat...warna baju..tapi kat luar warna macam gold

tema berbagai tahun ni, adik2 warna grey, kakak & family hijau ..hehe tak leh set sama warna sebab kulit ada yg cerah ada yg gelap..hehehe

Rozali berkata...

Assalamualaikum Shami

Taqabbalullah mina waminka
selamat hari raya

sedudun yer...
menarik..ceria

Wassalam

shami2 berkata...

Salam cik rozali

Ya, taqabbalallahu minna wa minka"
Selamat Hari raya maaf zahir dan batin untuk cik rozali skeluarga juga

terima kasih Pilihan Pak ngah sesuai saya ikut jer...heheh

Pak Ngah Hilmi Katering : Lemang dari daun lerek

Salam sejahtera, lemang sangat sinonim dengan Syawal, tahun ini Pak Ngah Hilmi Katering menyajik...