Jumaat, 26 Ogos 2011

Pengisian Istimewa Ramadhan Akhir



Salam hari jumaat bersamaan 26 Ramadhan tahun 1432 hijrah
malam nanti akan tiba untuk kita malam 27 Ramadhan....
Alhamdulillah ...insyallah
kita masih ada baki 3 hari lagi dibulan Ramadhan untuk kita
menunaikan ibadah sebanyak2-banyaknya kepada Allah SWT...dengan penuh jujur dan ikhlas ..
juga mungkin sebagai salam perpisahan kita untuk Ramadhan kali ini hingga bertemu
Ramadhan berikutnya insyallah...
Pastikan malam2 perpisahan ini kita isi dan akhiri dengan amal ibadah yang berkualiti,  baik dari yang terbaik..disertai jujur dan ikhlas
sama2 kita beri tumpuan insyallah...


Sebagaimana maklum kita semua
tahu Nabi Muhammad saw. menyuruh kita cari malam Lailatul Qadar itu
di sepuluh malam terakhir Ramadhan bermula malam ini dan diantara
malam malam yang ganjil juga diakhir Ramadhan. Maksudnya 10 malam
terakhir Ramadhan mula malam ni dah tentu ada lailatul Qadar , jadi
buat lah amalan setiap hari sampai malam raya nanti.
Tapi apakah amalannya yang elok kita buat?


Dari Ibnu Abbas , Nabi saw. bersabda:
" Barangsiapa yang mengerjakan solat sunat dua rakaat pada malam Al
Qadar, yang mana pada tiap-tiap rakaat dia membaca Al-Fatihah
sekali dan diikuti surat Al Ikhlas tujuh kali, dan setelah selesai
mengucapkan salam dia membaca istigfar (mohon keampunan) seperti
berikut :
" Ya, Allah,saya memohon keampunan kepada Allah Taala dan
saya bertaubat kepadanya" sebanyak 70 kali maka kelebihan amalan ini
ialah , sebelum sempat orang yang beramal itu berdiri dari tempat
solatnya maka Allah Taala terlebih dahulu mengampunkan segala dosa
dan kesalahannya juga dosa kedua ibubapanya. Dan Allah Taala
mengutus para malaikat ke Syurga supaya menanam pepohonan di
taman syurga dan mendirikan sebuah istana yang ditepinya mengalir
air sungai. Dan orang itu tidak keluar dari dunia (mati )
sehinggalah dia dapat melihat semua tempat itu."

Allah huakbar....

Antara lain Nabi saw. bersabda:

"Semua pintu langit dibuka pada malamAl Qadar, tiada seorang
hambapun yang mengerjakan solat pada malam itu kecuali AllahTaala
menciptakan baginya dengan tiap-tiap takbirnya akan tanaman pohon
didalam syurga, sekiranya orang berkenderaan menjelajah dan
berteduh dibawahnya selama seratus tahun maka tidak akan dapat
menempuhnya kerana terlalu luas taman itu. Dan pada tiap-tiap rakaat
Allah bangunkan sebuah gedung yang diperbuat dari mutiara, batu
permata merah, batu permata hijau dan berlian dah Allah jadikan tiap-
tiap bacaannya dalam solat sebuah mahkota didalam syurga dan pada
setiap duduknya Allah berikan beberapa darjat dari beberapa darjat
syurga dan tiap-tiap salamnya akan diberikan perhiasan dari syurga."

Allahhuakbar....sama2 kita jaga kualiti solat dan ibadah kita yang lain ..
mudah-mudahan janji Allah itu menjadi milik kita.

Perkongsian amalan terbaik menyambut hari raya

Disunatkan menghidupkan malam dua hari raya (yakni hari raya fitrah dan hari raya korban) dengan ibadah sama ada mengerjakan solat-solat sunat, membaca al-Quran, berzikir dan sebagainya. Ini kerana terdapat hadis di mana Nabi s.a.w. bersabda;


مَنْ أَحْيَا لَيْلَةَ الْفِطْرِ وَلَيْلَةَ الأَضْحَى لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوْتُ الْقُلُوْبُ

“Sesiapa menghidupkan malam hari raya fitrah dan malam hari raya korban, nescaya tidak akan mati hatinya pada hari mati hati-hati”. (Riwayat Imam at-Thabrani dari ‘Ubadah r.a.)[1]

Terhasilnya menghidupkan malam itu ialah dengan bangun beribadah di kebanyakan malam tersebut sebagaimana bermalam di Mina.

Namun menurut Ibnu ‘Abbas r.a.; sekurang-kurang yang dinamakan menghidupkan malam ialah mengerjakan solat Isyak berjamaah dan berazam untuk mengerjakan solat subuh berjamaah. Yang dimaksudkan mati hati ialah terbelenggu hati dengan dunia.
Ada yang berpendapat maksudnya ialah menjadi kafir. Dan ada juga yang memberi erti; ketakutan hari kiamat.

Selain itu, digalakkan juga memperbanyakkan doa pada malam hari raya kerana doa pada malam tersebut adalah mustajab.
Imam Syafi’ie berkata di dalam kitabnya al-Umm; “Telah sampai kepada kami bahawa dikatakan; ‘Sesungguhnya terdapat lima malam dimustajabkan doa iaitu; pada malam jumaat, malam hari raya korban, malam hari raya fitrah, malam pertama bulan Rejab dan malam nisfu Sya’ban’”.[2]

DARIPADA
Abi Umamah daripada Nabi Muhammad SAW bersabda bermaksud:
“Sesiapa mengerjakan amal ibadat pada malam hari raya (Aidilfitri dan Aidiladha) dengan mengharapkan
keredaan Allah semata-mata, hatinya tidak akan mati (pada hari kiamat) sebagaimana matinya
hati (orang yang kufur ingkar) pada hari itu.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Umat Islam digalakkan menyambut hari raya dengan takbir dan tahmid sebagai menandakan
kesyukuran kepada Allah. Malah orang yang beriman yang menghidupkan malam hari raya
dengan beramal dan beribadat kerana Allah, hatinya akan hidup (bahagia dan gembira). Mereka
akan mendapat balasan yang baik di sisi Allah.
Sebaliknya orang yang kufur ingkar, hatinya mati (hampa dan kecewa) pada hari itu, kerana dimurkai Allah dan ditimpa balasan. 
 
Firman Allah bermaksud:


“Dan sempurnakanlah ibadat puasa kamu mengikut bilangan hari dalam Ramadan (29 atau 30 hari), serta bertakbirlah (membesarkan Allah) atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)

Diriwayatkan Bukhari dan Ahmad, daripada Anas katanya: “Nabi Muhammad makan beberapa biji tamar sebelum keluar pada pagi Aidilfitri dan Baginda memakannya dalam bilangan ganjil.” Makan itu adalah tanda tidak berpuasa dan bersyukur dengan nikmat dianugerahkan Allah.
Rasulullah ketika menuju ke masjid menggunakan jalan lain dan ketika pulangnya pula melalui jalan lain. Melalui jalan berbeza adalah bertujuan supaya dapat bertemu dengan ramai jiran yang tinggal di sepanjang jalan itu. Ketika bertemu disunatkan mengucapkan salam dan tahniah.
Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah "Taqabbalallahu minna wa minkum" ertinya : Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu".
Disebut dalam sebuah riwayat :

قال واثلة لقيت رسول الله يوم عيد فقلت تقبل الله منا ومنك قال نعم تقبل الله منا ومنك
Ertinya : Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah s.a.w pada hari raya dan aku katakan pada baginda "taqabballahu minna wa minka", baginda menjawab : Ya, taqabbalallahu minna wa minka" ( Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath Al-Bari, 2/446 )
Manakala sembahyang sunat Aidilfitri hendaklah dilambatkan sedikit, sedangkan solat hari raya korban perlu disegerakan. Melewatkan solat Aidilfitri bertujuan memberi masa bagi sesiapa belum mengeluarkan zakat fitrah. Zakat fitrah wajib dikeluarkan sebelum menunaikan solat Aidilfitri.

*****

Perkongsian ilmu dan amalan

Amalan bertakbir daripada satu rumah ke satu rumah seperti diamalkan di sesetengah tempat memang baik. Selain mengucapkan kalimah kebesaran, dapat juga merapatkan silaturahim sesama penduduk.

Amalan itu hendaklah dilakukan dengan tertib dan ikhlas. Jangan hanya bertandang ke rumah tertentu dengan tujuan tertentu saja. Tunaikan dengan niatkan yang diredhai oleh Allah.

Malam Aidilfitri adalah malam ibadat yang menyediakan kelebihan tersendiri. Berpandukan maksud hadis menjelaskan sesiapa beribadat pada dua malam hari raya iaitu Aidilfitri dan Aidiladha, maka hatinya tidak akan mati pada saat hati orang lain mati.

Banyak orang yang menyertainya sembahyang sunat tasbih, taubat dan hajat yang diadakan di masjid. Amalan itu memang baik sekali untuk menghidupkan malam Aidilfitri.
Pastikan amalan yang kita tunaikan itu kita memahaminya.

Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata :
"Tiga perkara sunnah di hari raya iaitu sebagaimana berikut:
  
1)Pada pagi Aidilfitri disunatkan mandi seperti dilakukan Rasulullah SAW.
Kemudian, disunatkan menghiasi diri dengan pakaian terbaik yang dimiliki, serta mengenakan wangian. Maksud pakaian terbaik bukan semestinya baru dibeli atau dijahit.
  
2)Sebelum turun ke rumah menuju masjid atau tempat lapang untuk menunaikan sembahyang sunat Aidilfitri, disunatkan juga menjamah sedikit makanan.
3)Memperbanyakkan Takbir  bukan memperbanyakkan menonton TV dan bermain mercun


4)Berziarah dan merapatkan hubungan baik sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi

Demikianlah perkongsian ringkas catatan shami untuk blog
 "sehari dalam hidupku"
mudah-mudahan perkongsian ini menyemarakkan lagi amalan
yang telah pun kita tahu dan amalkan dari tahun ke tahun
perbaikilah apajua kelemahan diri serta khilaf yang ada
  bersangka baiklah sesama kita
sesungguhnya senyuman itu lebih indah dan istimewa...
juga suatu sedekah yang berpahala...
insyallah...


Salam Perkongsian Istimewa Ramadhan akhir 
dari Pak ngah Hilmi grilled lamb steak sekeluarga juga crew
wasallam

3 ulasan:

mamawana berkata...

Assalam

Perkongsian yg indah. Tq.

Selamat Hari Raya.

Rozali berkata...

Assalamualaikum Shami

terima kasih perkongsian bersama

‘TAQABBALALLAH MINNA WAMINKUM’ (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu)

Wassalam

rezeki berkata...

salam shami

alhamdulillah

Selamat hari raya buat shami serta keluarga

pak itam mohon ampun dan maaf jika ada salah silap

moga shami dan keluarga sentiasa dalam kerahmatan Allah

Pak Ngah Hilmi Katering : Lemang dari daun lerek

Salam sejahtera, lemang sangat sinonim dengan Syawal, tahun ini Pak Ngah Hilmi Katering menyajik...