Jumaat, 9 September 2011

Salam Aidil Fitri ~ Sesi Ziarah dan beraya

Pak ngah Hilmi dan kawan2 ketika sesi reunion
pelajar2  Maktab Mahmud Alor Setar
tahun 1983

Tuan pengerusi majlis sedang memperkenal semua rakan2
yang lebih 20 tahun tidak berjumpa
Shami dan anak2
Sesi bergambar bersama semua yang hadir termasuk tuan2 guru

Sesi bergambar nukilan anak2..

2 tahun lalu

kami sekeluarga di tahun 1432 hijrah

Salam jumaat semua, alhamdulillah dengan rahmat dan kasih sayang-Nya
kita sampai ke tanggal 11 Syawal hari ini...bagi tahun 1432 Hijrah..

Suasana raya di kampung sebelum ini meriah menyambut hari raya
dengan kepulangan ahli keluarga sempena cuti raya
kini kembali bekerja seperti biasa
Namun di sekitar Kuala Lumpur,
Syawal masih lagi disambut dengan meriah..siaran radio tertentu
masih lagi memutarkan lagu2 raya
mudah-mudahan kita semua tidak lupa menyelesaikan puasa sunat Syawal
yang digalak tika masih berbaki
Syawal yang ada ini..insyallah...
mudah-mudahan
Allah menerima amal ibadah kita.

 ***

Hari raya pertama:

Kami sekeluarga menunaikan solat sunat aidil fitri di surau (Madrasah) berdekatan iaitu
di Kampung Pulau Kechik Tunjang berhampiran rumah keluarga shami2 .
Khutbah hari raya aidil fitri di surau kampung ini menyentuh tentang amalan dan tatatusila
hidup dalam keluarga sendiri, ipar duai juga mertua alhamdulillah amat baik
terutama pada hari raya khususnya semua ahli keluarga berkumpul
semoga segala pesanan menjadi panduan kepada para jemaah.

Selesai mendengar khutbah para jemaah di jemput ke jamuan makan oleh seorang hamba Allah
yang juga tokeh katering ...yang tinggal bersebelahan Madrasah tersebut
pelbagai juadah disediakannya  alhamdulillah...

sesudahnya kami ke kampung sebelah iaitu Kg Pulau Pisang bagi sesi ziarah
 kubur arwah tuk (nenek), tukwan dan juga
moyang juga saudara mara yang telah kembali ke rahmatullah.
Al Fatihah semoga mereka ampuni dan dirahmati Allah dan bahagia di sana.

***

Perkongsian ilmu

“Sesungguhnya aku pernah melarang kalian dari berziarah kubur maka (sekarang) ziarahilah kubur sebab ziarah itu akan mengingatkan kalian terhadap hari akhirat dan akan menambah kebaikan pada diri kalian”. Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dari hadits Buraidah bin Al-Hushoib (5/350, 355, 356 dan 361).

Dalam riwayat yang lain dari Abu Sa’id Al-Khudry radhiyallahu ‘anhu :
فَإِنَّ فِيْهَا عِبْرَةً

“Sesungguhnya pada ziarah itu terdapat pelajaran”.

Faidah yang bisa dipetik dan hasil yang akan didapatkan oleh orang yang berziarah kubur, antara lain :
1. Memberikan nasehat bagi dirinya.
2. Mengingatkannya kepada kematian, balasan dan hari kiamat.
3. Menambahkan kebaikan baginya.
4. Mengambil pelajaran.
5. Melunakkan (melembutkan) hati.
6. Menjadikannya zuhud terhadap dunia dan tamak terhadap kebaikan hari akhirat.

****


Penghuni kubur akan mendapatkan manfaat dari ziarah kubur dengan adanya salam yang ditujukan padanya yang isinya adalah permohonan keselamatan baginya, permohonan ampunan dan rahmat baginya. Semua hal ini hanya bisa didapatkan oleh seorang muslim.
(Disebutkan oleh Syaikh Al-Albany dalam Ahkamul Janaiz : 239).
Berkata Ibnul Qoyyim rahimahullahu ta’ala :

Pasal : Tentang Petunjuk Nabi shollallahu ‘alaihi wa alihi wa sallam dalam ziarah kubur : Adalah beliau shollallahu ‘alaihi wa alihi wa sallam jika menziarahi kubur para shahabatnya beliau menziarahinya untuk mendo’akan mereka dan memintakan rahmat dan pengampunan bagi mereka. Inilah bentuk ziarah yang disunnahkan bagi ummatnya dan beliau syari’atkan untuk mereka dan memerintahkan mereka jika menziarahi kuburan untuk mengatakan :

Salam keselamatan atas penghuni rumah-rumah (kuburan) dan kaum mu’minin dan muslimin, mudah-mudahan Allah merahmati orang-orang yang terdahulu dari kita dan orang-orang yang belakangan, dan kami Insya Allah akan menyusul kalian, kami memohon kepada Allah keselamatan bagi kami dan bagi kalian”. (Disebutkan dalam Kitab Zadul Ma’ad karya Ibnul Qoyyim).

***

Selesai kami menyambung sesi ziarah ke rumah sepupu ayah shami2.., ke rumah bapa saudara,
ke rumah bisan ayah yang kebetulan tinggal berhampiran.
Seterusnya jam 12.00 tengahari
kami kembali ke rumah dan terus ke rumah saudara sepupu shami2 di belakang rumah
ke biasaan setiap hari raya mereka menyediakan juadah nasi tomato dan lauk pauk
kebetulan mereka juga berniaga makanan ...alhamdulillah
Kembali ke rumah, giliran rumah mak dan ayah dikunjungi saudara mara

Selesai solat asar keluarga shami dan adik telah meneruskan sesi ziarah
ke rumah kakak shami..di felda Guar Napai...Padang Sera Kedah...
Setiba di sana kakak shami sedang sibuk di dapur..
maka shami dan sorang adik perempuan juga mak
turut serta, menu kami malam tu mee hoon goreng, char laksa, ketupat, lemang
kuih muih....alhamdulillah.

banyak foto tidak di rakam kerana semuanya sibuk sekali...

Nukilan anak2

Antara binatang hutan yang ada di kawasan rumah kakak sulong shami
nukilan anak2 ~ kalau tak silap nama binatang ini cicak tokek.


anak tak lepas peluang membakar mercun...(mercun bola)
mereka memang teruja dengan benda larangan ini namun sentiasa dikawal.

sebenarnya mercun ni diguna untuk menghalau kera, lutong yang datang ke kebun
kakak dan abang, kebetulan pokok2 buah-buahan dan ladang gotah di tepi rumah mereka
binatang hutan tu hanya faham kalau dihalau dengan bunyik mercun sahaja.
itulah taktik digunakan oleh penduduk kampung.
Buat makluman di negeri kedah waktu ini musim buah rambutan dan chempedak
memandang musim buah  ketika bulan puasa, maka banyaklah buah yang tidak termakan
namun alhamdulillah rezeki buah kayu tahun ini melimpah ruah menjadi
sebahagian sedekah sahaja tidak terjual lagi.
Seingat shami berdasarkan bunyik mercun yang di mainkan oleh anak2 malam tu..
 2 minggu jugak binatang2 tu tak hampir... 
Malam hampir jam 11 malam kami bertolak balik ke rumah mak...

Hari raya kedua

Pagi selesai sarapan, jam 11 pagi kami sekeluarga bertolak balik ke rumah Pak Ngah Hilmi di Pendang,
singgah ziarah keluarga sepupu Pak ngah hilmi di Tokai, sampai rumah MIL. Pak Ngah Hilmi menerima dan  melayan tetamu, shami sekeluarga seterusnya meneruskan sesi  ziarah jiran tetangga berdekatan
baik yang sihat maupun yang sedang sakit.
Malam Pak Ngah menerima dan melayan tetamu juga ahli keluarga yang datang ziarah
juga menerima kepulangan kakak sulong serta keluarga yang bertugas disebuah Masjid TLDM di Lumut. Alhamdulillah

Hari raya ketiga

Kami sekeluarga bertandang ke rumah adik Pak Ngah Hilmi di Sg Petani bagi sesi menghantar MIL juga sesi ziarah berikutnya, Jam 4.30 petang kemudian kami sekeluarga menunaikan jemputan sambutan hari raya di Hotel Regency Alor Setar Kedah program reunion Pak Ngah Hilmi dan rakan2 sekolahnya.
Jam 6.00 petang majlis bersurai,
kami sekeluarga meneruskan lagi sesi ziarah ke rumah bisan MIL di Kg Kuala Sungai Baru,
selepas solat maghrib kami ke Guar Chempedak Kedah juga untuk sesi ziarah.
kembali bermalam di rumah MIL

Hari raya ke empat

Sesi ziarah kematian, juga sesi ziarah ahli keluarga sebelah MIL di Kg chegar...Pendang Kedah..
menerima tetamu di rumah MIL, selesai solat jumaat, rehat bertolak balik ke Kg Shami
bermalam dan menguruskan persiapan untuk anak2 kembali ke asrama. Emak dan adik2 menyediakan
juadah laksa untuk menu hari itu. alhamdulillah.

  Hari raya ke lima

Sesi berkemas, dan menghantar anak2 pulang ke asrama sempat singgah makan
di warung sahabat Pak ngah menikmati meehoon sup hailam alhamdulillah
bagi tempoh percutian ni 2 kali kami singgah makan di warungnya
hidangan tersebut menjadi kegemaran anak2.

                                                          Mee hoon sup hailam Pekan pendang

Lokasi warung tersebut bersebelahan telaga bersejarah
di Pekan Pendang.


Hari raya ke enam

Sesi berkemas, kami bertolak dari kg shami, teruskan sesi ziarah saudara Pak ngah hilmi
di Lepai, terus ke rumah MIL...makan tengahari...bersiap jam 3.00 petang kami bertolak kembali, jam 6.00 petang singgah di Bagan Serai bagi sesi ziarah sahabat Pak ngah tiba di Rawang jam 12 malam...alhamdulillah selesai sudah.

Hari raya ke tujuh

Shami masih bercuti anak mula2 kesekolah sesi rehat.

Hari raya ke lapan
Mula berpuasa sunat dan berehat ...
Demikianlah sesi jadual cuti hari raya yang padat dan dimanfaatkan
begitulah seadanya shami sekeluarga bila setiap kali tibanya Syawal.
Amalan berhari raya bagi 2 buah keluarga juga sesi ziarahnya.

BEKERJA SEMULA

Alhamdulillah bermula hari jumaat bersamaan 11 Syawal
Pak Ngah Hilmi Grilled Lamb Steak
memulakan operasi tempahan yang diterima.


KEPADA PELANGGAN2 PAK NGAH HILMI GRILLED LAMB STEAK
SEPANJANG BULAN SYAWAL  INI KAMI HANYA MENERIMA TEMPAHAN
KATERING SAHAJA
BERSUA KEMBALI DI KEDAI KAMI SELEPAS BULAN SYAWAL 
IAITU PADA 2 ZULKAEDAH BERSAMAAN 30HB SEPTEMBER 2011
 INSYALLAH.
 Sila hubungi kami untuk sebarang maklumat lanjut.

Rasulullah SAW dalam Hadis Baginda :

 “Dari Abi Hurairah RA katanya : Sabda Rasulullah SAW "barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat janganlah ia menyakiti jirannya, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan tetamunya dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah dia berkata yang baik atau diam.”

Wasallam








2 ulasan:

rezeki berkata...

salam lebaran

salam lebaran buat shami sekeluarga
maaf zahir batin jika ada salah silap

shami2 berkata...

Salam aidil fitri pak itam

Selamat hari raya juga dari saya sekeluarga harap dimaafkan kalau ada salah dan silap..

Pak Ngah Hilmi Katering : Lemang dari daun lerek

Salam sejahtera, lemang sangat sinonim dengan Syawal, tahun ini Pak Ngah Hilmi Katering menyajik...