Isnin, 28 Mac 2011

KENANGAN KE MAJLIS SIARAN LANSUNG AQ DI PICC ...



Shami & Pak Ngah serta adik mimi dan bang cik aan makan malam bersama sebelum kami solat maghrib dan seterusnya masuk ke dewan PICC menyaksikan siaran lansung
Pertandingan akhir Akademi AlQuran...
sabtu 26hb Mac malam ahad lepas...
perjalanan indah ini melalui masjid Nurul Iman Rawang dimana Pak ngah adalah salah seorang  AJKnya  bersama yang lain dan beberapa
jemaah masjid dari pelbagai lapisan umur
telah bersama2 menaiki bas dan hadir di PICC bagi menyaksikan acara siaran lansung pertandingan akhir Akademi Al-Quran.
makan malam turut di sediakan....oleh pihak masjid
sesi perjalanan di isi dengan sedikit pengisian ilmu tentang kepentingnya Al quran
dalam kehidupan seharian kita, istiqamahnya kita membaca dan mengamalkannya dalam setiap urusan hidup kita
disampaikan oleh Ustaz Zambri Mantop..

syukur ke hadrat Allah SWT yang telah memberi peluang  untuk menikmati anugerah ini kepada 
kami sekeluarga  hadir ke majlis seumpama
mendengar bacaan ayat2 suci Al quran serta terjemahannya  ..
melalui indahnya seni bacaan Al quran secara bertaranum.....(berlagu).
Kehadiran hadirin malam itu cukup ramai tentunya mereka adalah  pencinta2  al Quran...dari  pelbagai lapisan umur..terutama generasi muda...remaja hari ini....khususnya pelajar2 sekolah,
dewan solat juga penuh sesak sebelum semuanya sama2 masuk ke dewan acara.

Kala asyik mendengar bacaan para peserta....dari pertama, kedua dan ketiga...
sempat shami berbisik di dalam hati sendirian.

"Ya Allah kau berikanlah kepandaian kepada anak2 ku jua untuk
melagukan bacaan ayat2 suci Al Quran seperti anak2 muda itu..."

Sempat juga berbisik ke telinga anak2

"tengok tu....
mama nak abang cik dan adik...mimi pandai membaca al quran berlagu macam tu....nanti..
Walau mungkin kurang faham....semoga bisikan itu menjadikan ingatan
satu-satunya permintaan mama ....
walaupun banyak narr permintaan dan harapan mama dan baba....yang diucapkan setiap hari.

dan juga menjadi suntikan semangat kepada diri shami sekeluarga untuk mencintai,
mempelajari dan beramal dengan isi kandungan Al Quran....

hati bagai tersentuh lagi bila peserta pertama malam tu bernama Husaini...
wajahnya juga mirip angah...anak shami yg kedua...
terbayang kembali ...suasana di sebuah tadika kira2 8 tahun lalu ...
 anak kecil..itu memegang mikrofon...
(hasil bimbingan seorang ustazah muda yang telah kembali Ke rahmatullah ~ Al fatihah buat Allayarhamah)
 melagukan nasyid dan melaungkan azan..dengan penuh semangat di bulan ramadhan....
tika majlis berbuka puasa berlansung...kala itu hati ibu ini.....dan jiwa ini sendu dalam sebak...

begitulah agaknya..perasaan ibubapa para peserta malam itu......mendengar anak2 zuriat sendiri yang memperdengarkan bacaan Al Quran seindah rupa......dikomen pula oleh juri yang cukup arif.

terbayang seketika pada along dan angah....

Doa shami dan Pak ngah
mudah-mudahan along dan angah..sentiasa dalam bimbingan dan peliharaanNya
di sekolah agama...pilihan kami..nun jauh di utara di negeri Kedah sana..
berjaya menjadi insan2 yang kuat memperjuangkan apa yang terkandung di dalam
Al Quran kalamullah..serta mewarisi amalan dan perjuangan Rasulullah SAW
dalam menegakkan syiar Islam ...
di bumi Allah ini....
walau besar harapan ini...dan juga cabaran memastikan kejayaan anak2 kita
dalam apajua bidang
yang bermanafaat untuk keperluan dunia dan akhirat
khususnya untuk agama, keluarga dan masyarakat
sama2 kita berdoa...mudah-mudahan
 dengan limpah kasih sayangNya
Allah SWT perkenankan jua untuk kita suatu hari nanti.

Operasi di kedai.....Grilled chicken steak...oleh Pak Ngah hilmi

Indah senibina bangunan di Putrajaya ......foto di rakam oleh bang cik aan

lagi foto dirakam ..oleh abang cik aan

Disebalik tabir berlansungnya pertandingan akhir akademi Al quran...
yang disiarkan secara lansung di TV 9

Barisan peserta dan juga pengacara rancangan...

Panorama Putrajaya di senja yang indah

Tasik buatan menghasilkan landskap yang indah  ...

Skrin dan juga pentas ...


Tidakkah engkau melihat bahawa Allah telah menurunkan hujan dari langit, lalu menjadilah bumi ini hijau subur (dengan sebabnya)? Sesungguhnya Allah Maha Halus serta lemah lembut
 (urusan tadbirNya) lagi Maha mengetahui
(Al Hajj:63)

6 ulasan:

Rozali berkata...

Assalamualaikum Shami

salam ziarah

Wassalam

shami2 berkata...

Salam cik rozali..

N3 terpost dulu..heheh baru ceritanya keluar...
heheh

terima kasih datang ziarah...

Imran Paris berkata...

SHami....n3 yg mengoda jiwa dan raga....dah rindu nak makan Grilled BBQ air tang ABg Hilmi...bak sikit boleh :-)

shami2 berkata...

Salam cik imran

Balik msia nanti mailah singgah hehhe

syurga kaseh -azlina 2 berkata...

assalamualaikum shami kak ina singgah sini baca n3 semuga sentiasa berada di dalam limpahan kasih dan sayang allah selalu...

KAMATO berkata...

ramai kawan2 saya yg dtg dari luar negara terpegun bila bawak ke putrajaya, cuma kita yg kerja hari2 kat situ yg sedar ianya cantik

Pak Ngah Hilmi Katering : Lemang dari daun lerek

Salam sejahtera, lemang sangat sinonim dengan Syawal, tahun ini Pak Ngah Hilmi Katering menyajik...