Isnin, 4 April 2011

ALAM MENDIDIK KITA MENJADI INSAN YANG LEBIH BAIK

Adik mimi dan kuda yang ditunggang ....
Gerak geri ikan talapia di dalam kolam dari pandangan jauh....
pergerakan ikan2 ini berbentuk bulatan seolah2 seperti melakukan tawaf....subhanallah......
Bila kami hampir ditepi kolam....ikan2 ini mula menghampiri....tebing...menunggu makanan diberikan

Adik mimi diberi peluang oleh kawan Pak ngah ...untuk menjamu ikan2....
berebut2 ikan menangkap makanan yang ditabur..
Adik mimi melawat  kekandang lembu....melihat lembu2 sedang makan...
Ayam2 ...yang sangat jinak...
Si putih yang pandai bergaya...lansung tidak takut pada flash lampu kamera

Si kucing belang oren...tengah santai tidur ....
Anak lembu yang baru lahir.....

Anak lembu ....yang berusia tidak sampai setahun
Cuba teka apa jenis ternakan ni...

Kambing ....yang besar berwarna putih...sibuk menjengah bila nampak kami dari jauh...



Hujung minggu yang indah shami dan adik mimi mengikut Pak ngah ke ladang ternak lembu & kambing milik sahabat Pak Ngah....Pak ngah dan urusannya... shami dan adik mimi pula menghabiskan masa meninjau ternakan yang ada.
Haiwan samaada ternakan atau binatang peliharaan adalah makhluk ciptaan Allah yang dijadikan bukan sia2 ia memerlukan penjagaan, belaian, keperihatinan dan sebagainya.
Sikap ini dapat membentuk rasa tanggungjawab dan kesabaran yang tinggi kepada kita maupun anak2 terhadap haiwan...
Sememangnya alam merupakan guru yang sangat baik bagi kita untuk menjadi insan yang lebih baik.


Mutiara kata

Berusahalah dengan ikhlas tanpa
memikirkan balasan semata-mata
kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri
semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam
keadaan sedar atau tidak.

Kesusahan tidak semuanya seksaan dan
yang paling pahit itu bukan semuanya racun
Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus menerus.

Sesiapa yang bertakwa kepada
Allah nescaya Allah memudahkan baginya segala urusannya
(Surah Al Talaq ayat 4)

Maka berzikirlah kamu akan Aku supaya Aku menyebut akan kamu
dan syukurilah olehmu akan Aku dan jangan kamu ingkari akan nikmatKu
(Surah Al-Baqarah : Ayat 152)



Tiada ulasan: