disinilah keindahan itu bertamu menjadi lebih istimewa
bila ada mak dan ayah...
dikala petang khamis yg sibuk ini....shami menerima panggilan dari ayah..
asalnya bertanyakan anak2 ...kerana mereka menziarahi angah di asrama...
tapi soalan ...ayah...bila nak balik kg...balik ker cuti raya cina nanti ada kenduri
kahwin ....bla..bla...
hati ..rasa tak keruan.....cepat2 dijawap nak balikkkkk.....
walau sebenarnya keputusan muktamad belum ada dengan suami..
cuma perbincangan biasa yg ada tanda2 nak balik kg....
jom sama2 kita berdoa ......
Rasulullullah SAW bersabda kepada Syaddad Bin Aus Radhiallahu anhu:
Ya Allah sesungguhnya aku mohon kepadamu keteguhan dalam melaksanakan agama, ketetapan di atas petunjuk, kemampuan untuk mensyukuri nikmatMU, dan kebagusan dalam beribadah kepadamu.
Aku memohon kepadaMu agar sekiranya Engkau berkenan mengurniakan kepadaku hati yang bersih dan lidah yang jujur.
Aku memohon kepadaMu kebaikan sesuatu yang Engkau ketahui, aku berlindung kepadaMu dari kejahatan sesuatu yang Engkau ketahui, dan aku memohon ampunanMu dari sesuatu (kesalahanku) yang Engkau ketahui
(sedang aku tidak menyedarinya).
Sesungguhnya Engkau Maha mengetahui hal2 yang ghaib.
Rasulullah SAW bersabda kepada Muaadz bin Jabal Radhiallahu anhu:
Ya Allah tolonglah aku agar boleh selalu berzikir kepadaMu, mensyukuri (nikmat) Mu, dan beribadah dengan baik kepadaMU..
Rasulullah SAW bersabda kepada isterinya Aisyah Radhiallahu'anha
Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan menyukai ampunan, maka ampunilah aku.......
Sesungguhnya ikatan yang ada diantara semua doa ini adalah mengharapkan apa yang ada di sisi Allah dan berpaling dari apa yang ada di dunia. Sesungguhnya pada doa2 tersebut tiada sesuatu pun terdapat permintaan kebendaan duniawi yg fana kemewahannya yang pasti lenyap atau perhiadannya yang tiada ertinya.....
Salam malam jumaat...
marilah sama2 kita mengingati Allah SWT serta kekasihnya Muhammad SAW...
melalui amal ibadah yang wajib dan sunat dimalam yang penuh rahmat ini.....
mudah-mudahan kita mendapat keredhaan
hidup didunia dan akhirat
5 ulasan:
assalamualaikum Syami...
seronoknya dpt balik kmpong....
akak akn ke selatan kot raya cina nie...
salam kak umi...
Ya balik kg memang seronok....kan..
cari cat box tak jumpa. so, ucap salam sahaja di sini. baru datang dari blog WN...
Salam Insan Marhaen
salam kenal..jemput datang lagi....moga dapat dikongsi pelbagai pengalaman dan juga maklumat buat pedoman diri.
memang seronokkan sesekal;i dapat balik kampong
Catat Ulasan