Isnin, 7 Februari 2011

SERI WAJAH ALAM

Wajah alam dan deruan air dicelahan batu...adalah muzikal lagu air dan batu...

Wajah alam tika tirai malam kian berlabuh

Wajah2 riang mengisi cuti yang panjang

Wajah alam bersama isinya, anak2 ikan dan udang ligat bermain dicelahan batu..
menungkah arus laju...

Gambar-gambar wajah alam ini telah shami ambik
tika sesi rehat bersama anak2 di beberapa lokasi....tika cuti panjang CNY baru2 ini
merenung wajah alam mengingatkan kita kepada Penciptanya...
Mengkagumi akan kebesaranNya...
menilai siapa diri kita....sebenarnya
bersyukur akan segala nikmatnya..
dan menjadi ingatan pula bahawa kita akan kembali kepadaNya
bila tiba masa dan ketikanya....
dan dibawah ini mari sama2 kita berkongsi..
sabda junjungan besar Nabi kesayangan kita,
doa dan mutiara kata yang telah shami
temui ketika meneliti beberapa artikel ....
mudah-mudahan bermanfaat dan dapat sama2 dikongsi
buat pengisian diari kehidupan kita
sementara..ada..

Rasulullah SAW bersabda..
Hai Muadz ikutilah jejak nabimu dan
teguhkan keyakinanmu walaupun amalanmu kurang..
Hentikanlah lidahmu dari berkata-katakan hal saudaramu.
Hendaklah selalu ingat akan dosa2mu dan
jangan kamu tangguhkan dosa itu pada orang lain
(yakni jika kamu bersalah jangan menuduh orang lain)
jangan memuji-muji dirimu dengan menghina orang lain.
Jangan sombong diri dengan merendahkan saudara2mu
dan jangan beramal untuk dilihat atau dipuji orang (riak).

Doa hamba yang soleh
"Ya Allah berikanlah aku keupayaan untuk dapat mensyukuri nikmatMU yang telah Engkau limpahkan kepadaku dan juga kepada kedua orang tuaku.
Anugerahkanlah aku kemampuan untuk tidak berbuat salah tetapi kebaikan dan keredhaanMU jua yang aku harapkan serta masukkanlah aku ke dalam golongan hambaMU yang soleh"
Mutiara kata
Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup
Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian
Benarlah usaha itu tangga kejayaan
tetapi jika tiada kesungguhan
dan niat bukan kerana Allah SWT
samalah seperti anda menggunakan tangga untuk turun kebawah
Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi
manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya"
wasalam....

3 ulasan:

SiNoMoSa berkata...

Salam Kak Shami,

Sesekali dapat menikmati panorama alam..sungguh mendamaikan..subhanallah..:)
Maaf lama tak berziarah, maklumlah dah jd student kembali kak..

shami2 berkata...

Salam syim..
Jalan2 ronda2 lihat alam semulajadi adalah satu terapi...kehidupan...yg sgat baik..
Terima kasih tandang bertandang..semoga berjaya dalam pengajianmu dekk...ilmu adalah pelita hidup..

KAMATO berkata...

Salam, menikmati keindahan dan kehijauan alam semula jadi sambil mensyukuri nikmat Tuhan yang menciptanya itu satu terapi minda terbaik

Pak Ngah Hilmi Grill Lamb & Catering Ramadan 1438 Hijrah

Kerabu taugeh & perut Gulai ikan masin versi utara Acar jeruk goreng Sayur campur Da...