Rabu, 9 Februari 2011

TABIR ALLAH ATAS KAUM MUKMIN


Daripada Shafwan bin Muhriz al Mazini

berkata " ketika aku berjalan bersama Ibn Umar r.a bergandingan tangan, tiba2 seseorang menghalang seraya bertaya:

Bagaimana anda mendengar Rasulullah s.a.w berkata tentang najwa (bisikan) Dia menjawab aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Allah mendekati hamba-Nya lalu meletakkan tabirNya atasnya dan menutupinya lalu berfirman Apakah kamu mengetahui dosa2 yang demikian apakah kamu mengetahui dosa yang demikian.?

Dia menjawab Ya Wahai Tuhanku hingga ketika dia mengakui dosa-dosanya dan menyangka bahawa dirinya binasa Allah berfirman (yg bermaksud) aku menutupi kesalahan-kesalahan di dunia dan mengampuninya untukmu pada hari ini lalu diberikan kebajikannya.

Adapun terhadap kaum kafir dan munafik, para saksi berkata, merekalah orang yang mendustakan Tuhan mereka." Ketahuilah bahawa laknat Allah tertimpa atas kaum yang zalim

Riwayat al bukhari dan muslim
Salam kawan2 semua
jom kita sama2 baca hadis riwayat di atas serta kita renung jauh ke dalam diri kita ....mudah-mudahan ada pengajaran baik buat pedoman hidup kita....

Tiada ulasan: