Awan mula menunjukkan rupa
Angin menghembus sayu terasa
Pohon melambai dengan penuh makna
Kebunan bunga membuahkan harumannya
Kelopaknya menarik culasan mata
Dipandang dengan kesyukuran dijiwa
Mawar yang indah dibangga
Wanita umpama mawar
Citra mawar membahaskan beribu makna
Lestarikan ia dalam diri kita
Kerana ia bunga terjaga..
Citra mawar
Disisinya disisipkan duri
Terluka ditangan menyakitkan diri
Bunganya perlu dijaga rapi
Pasti mekar mewangi..
Kutitipkan kisah wanita
moga dirimu menjadi hiasan cinta
Cinta kepada Yang Maha Esa
keutamaan buat jiwa manusia
Wanita
Kulihat dirimu ( mawar & wanita) dalam diriku (Duri & lelaki)
Duri mawar menjadi hiasan bersama
Moga terhindar dari tangan dunia
Jauh dari titi noda dan dosa
Ketahui dirimu kebanggaan zaman
Pengugah dunia ketenangan
Penyejuk insan yg bergelar suami tersayang
Itu landasan cinta Barakah Ar Rahman...
Wanita jadilah dirimu
Sebersih hati mariam
Seteguh, sekental keberanian Hajar
Secantik manis Zulaika
Sepenuh kasih jiwa Fatimah
Sedermawan merimbun hati khadijah
Itulah citra wanita bak sekuntum mawar....
Salam jumaat semua...ini dia santapan jumaat buat semua wanita2..istimewa..solehah lagi beriman hendaknya...sama2 kita mencarinya..dalam majlis ilmu ...
11 ulasan:
salam,
huyooooooooo, wanita dan mawar tidak boleh dipisahkan. Betul ke
Salam Az...
Betul tak betul...hanyalah puisi...tapi ader ker wanita tak suka mawar hahahaha..cuba test mrs zain..hihihi
salam kak shami..
wanita hiasan dunia,
seindah hiasan adalah wanita solehah..
Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati
Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri
Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri
Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya
Salam syim....
Ya itulah kita wanita....adanya
"Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi"
Assalamualaikum Shami
bab wanita ni tak berani nak komen
saya nak tanam pokok mawar aje lee
Wassalam
Salam cik rozali...
hheheheh tanam, pokok mawar ni perlu dijaga dan dibaja elok2 cukup air cukup sinaran mataharinya..dan cukup belaiannya hihih
Kena caranya sakan dia berbunga..heheh
Pengalaman tanam lebih 15 jenis pokok mawar yg berlainan warna bunganya....lebih kurang 7 tahun dulu...
sekarang dah tak da...sebab dah dapat mawar sekuntum tu....( anak perempuan)...hehehe
Salam ziarah dari
http://warna-nostalgia.blogspot.com/
Salam shami2
Alhamdulillah. Tumpang lalu ya...(lari dari tajuk)
Alhamdulillah sekali lagi akak gembira kerna hajat nak singgah kedai shami2 dah termakbul. akak sampai pukul 10 pm 11/07 tadi...
Mmmmm...betul kata Tun (BHS) rugi kalau tak rasa baik ayam apalagi kambing panggang memang kelas gitu..
Insyaallah akan datang dengan anak2 lain masa. Tahniah ya...memang sedap.
(Akak pun kena cari Tun (BHS) tuu...rupa2nya dia khawin dgn 3 pupu akak...tak sangka...jejak2 terjejak saudara sendiri..huk..huk...nak buat jejak kasih nii... dgn BHS...Insyaallah.)
Salam kak su....
Itulah semalam tak kekedai berehat siang ada catering..heheh hati tu rasa ingat nak pi juga tapi..suami minta berehat...heheh
Terima kasih..atas sokongan dan pujian..alhamdulillah ..insyallah lenkali kita dapat berjumpa lagi
Minta tolong bagi no tipon..hehhe dapat cakap terus hehehh
Ya ka, tudia..saudara bertemu di alam maya...alhamdulillah...panjang ukhwah kita..ni..Kak tun BHS...mesti suka akak pergi ziarah dia ..tu...
Salam cik ariff budiman
Salam ukhwah...jemput ziarah kekedai saya pulak...
salam shami2
padan le tergerak hati nak kemari...mmm...kak su...hang mai habaq awai-awai...umah bersepah...ha ha ha
Catat Ulasan