Khamis, 22 April 2010

Renungan

Gambar n3 ni hanyalah gambar hiasan
Cukup bermakna buat diriku kala ini
Sesungguhnya kita tidak kenal akan
Hati budi setiap insan
Hari ini juga terjadi beberapa
Pekara yang memberi kesan
Kala dia memerlukan kita menghulurkan tangan
Kala dia senang kita dilupakan
Maka lebih baik aku bawa berdiam
Jiwa tenang hati pun tak rawan
Namanya kawan, sejatinya
belum mampu aku tawan...
Kadangkala aku jua dikejutkan
Dengan berita yang tak kusangkakan
Namun diri ini tidak cepat melatah tak ketahuan
Seperti biasa butir percakapan penuh keilmuan
Aku luahkan....tanpa ada keraguan
Bolehkah diterima dengan aman
Setelahah difikirkan dan dek pengalaman
kemudian aku mula perasan
Kenapa ditimbulkan semua persoalan
Adakah itu cubaan mengorek berita pelan2
Biasalah pabila kebolehan telah kita pamerkan
Kebendaan jelas dipandangan..
Sedangkan pahit telah banyak kita telan
Siapa tahu akan peritnya kita menahan penuh kesabaran
Pabila diduga dengan pelbagai kelakuan
Yang tak dapat kita ungkapkan
Hanya hati yang sayu menahan sedih
Dalam kesyahduan....
Doa dan harapan telah banyak kita titipkan
Kepada Tuhan sepanjang hari dan malam
Demi kejayaan pasangan kita
Mengorak hijrah masa
Mencipta keyakinan setelah pelbagai onak ditempuhi diperbatasan
Dek kerana orang yang penuh kejahilan
Ilmu tiada dalam senarai rujukan
Jauh sekali menambahkan bahan bacaan
Hanya mengikut arus kehidupan....
kekayaan disangka jaminan masa depan
Walhal itulah perosak kepada yang tidak punya kesedaran
Esok matahari kan bersinaran
Dengan izin Tuhan
Mudah-mudahan setiap perubahan
Membawa penuh kebaikan
Memadamkan semua kisah silam..
Moga aku tabah menghadapi pelbagai telahan..
Inilah termampu ku luahkan
Agar hati tidak mengkelan...
Masa depan harus kita tempuh seiring ilmu bersesuaian...
Dunia dan akhirat
Dibawa bersama agar tidak karam di lautan kehidupan
Selagi hayat dikandung badan

2 ulasan:

atuk berkata...

Assalamualaikum Shami

ini tentu bab pilihan raya kecil Hulu Selangur

kalau nak buat pilihan
kena pandu Al Quran dan Hadis

Isalam ada lah utama

Wassalam

shami2 berkata...

salam cik rozali...

Madah saya boleh di apply dalam apa juga kejadian dalam kehidupan kita....

Panduan AlQuran dan hadis adalah yg terbaik buat kita..namun kita sengsara pabila berada dalam masyarkat yg alpa..itulah perjuangan yang kita perlu ada sebagai tanda kita berjihad semata-mata kerna Allah Taala...
Apa yang kita nampak kita luahkan dalam bentuk tulisan ...