Genap sudah 14 tahun aku dan suami berumah tangga
Alhamdulillah kami dikurniakan 4 orang cahaya mata
3 lelaki dan seorang perempuan sahaja
Cukup sudah sebagai penyeri rumah tangga
Moga mereka menjadi anak2 yang soleh dan solehah
Berjaya didunia dan akhirat juga
Doa mama dan baba setiap masa
14 tahun bukan masa yang singkat lamanya
Pelbagai dugaan ditempuhi bersama
Kami bersama ketika masih muda
Daku 22 tahun dia 25 tahun jaaa..
Kisah bermula ini ceritanya
Kami kenal masa dibangku sekolah
Masa program gathering ..shhhh rahsia aar
7 Tahun lamanya masa
Masing-masing memperlengkapkan bekal didada
Tiba masa atas persetujuan orang tua
Kami pun diijabkabulnya..bersama
Masa berjalan pantas adanya..
Pelbagai dugaan ditempuhi bersama..
Amanah perlu dijaga..
Iman perlu dibaja..
Ilmu dan amal perlu ditambah selayaknya...
Kasih sayang perlu dipupuk sepanjang masa..
Pelbagai cara pilihlah ikut kesesuaiannya..
Tiada apa yang lebih berharga dalam rumah tangga
Persefahaman untuk terus kekal bersama
Berpegang pada perinsip agama
Toleransi, tolong menolong dan bekerjasama
Adil lagi saksama...pembahagian hak2 pada kedua-duanya
Baik pada isteri maupun suaminya....
Saling menerima seadanya...
Jujurlah pada diri dan pasangan kita..
Selebihnya tawakal kepada Allah Taala
Berdoa sepanjang masa...
Insyallah hidup kita sekeluarga akan berjaya..
~~~~~~~~~
kepada suami tercinta,
tiada apa yang dinda minta,
yang utama bimbingan agama
buat dinda dan anak2 semua,
keselesaan dunia cukuplah yang serba sederhana
Moga kita menjadi insan berguna pada PenciptaNya
Serta hidup bahagia
dari dunia keakhirat sana....
25 ulasan:
Assalamualaikum shami2
dan suami serta anak2
selamat menyambut ulang tahun perkahwinan ke 14
di doakan apa yg dihajati termakbur
dipermudakan segala urusan untuk di dunia dan Akhirat
Aminnn Ya Rabbulalamin
Wassalam
Salam Cik rozali
Amin doa tu...semoga kita semua berjaya..jugak hendaknya baik didunia maupun diakhirat..insyallah
salam from makkah..
Cl doakan semoga kekal hingga ke akhir hayat..dan moga allah swt lindungi sekeluarga di dalam jagaan nyer...insyalah
waslm
Salam CL...
Terima kasih atas doa2mu tu sahabat...moga dirimu juga bertemu jodohnya..dan dirimu dalam peliharaanNya jua..
salam shami
alhamdulillah, diam tak diam dh 14 tahun, betapa cepat masa berlalu
semoga kebahagian dan kegembiraan terus menjadi milik shami sekeluarga di dunia dan di akhirat kelak
insyallah
tahniah
salam kak shami
perkahwinan yg bahagia adalah rezeki dan nikmat dr Allah yg sangat perlu disyukuri..Alhamdulillah
Salam CR..
Alhamdulillah dah 14 tahun ..takut mengenangkan 14 tahun akan datang...entah ada entah tiada.
Terima kasih doa2 CR tu...kebahagian dan kegembiraan juga saya pohon buat CR sekeluarga..terima kasih.
CM..
Alhamdulillah...moga kita semua beroleh kebahagian, rezeki, rahmat dan nikmat serta sentiasa mensyukurinya...insyallah
salam Sham ...
akak doakan kebahagiaan buat mu berdua wahai adik2 ku ...
semoga hari mendatang lebih bahagia lagi dr yg lepas .
Salam kak shami..
Selamat ulang tahun perkahwinan ke 14...
Semoga kebahagiaan yang dikecapi berkekalan hendaknya sehingga ke hujung nyawa... semoga kehidupan akak sekerluarga sentiasa dirahmati... aminn
Salam shami,
Alhamdulillah, semoga bahagia selalu
salam kanda shami : 25 Februari.... birthday saya lah... samer le plak
Salam Shami2:
Selamat menyambut hari perkahwinan ke -14. Semoga kekal bahagia dengan keluarga yang dicintai.
aik afeez,kata minggu lepas besday kamu
Salam, semoga terul kekal bahagia sehingga alhir hayat
Salaam Shami,
Kak chiq ucapkan selamat ulangtahun perkahwinan ke-14 kepada Shami & suami. Semoga kekal bahagia hingga ke syurga. Amin.
VpeaceV
salam shami,
selamat ulangtahun perkahwinan yang ke-14. mudah2an kekal hingga ke akhir hayat.
SALAM ANAKNDA SHAMI,
Selamat meraikan ulangtahun perkawinan ke 14.
Semoga bahagia buat selama2nya.
wassalam.
Salam Kak Umi
Terima kasih atas doamu kak..semoga hidup akak sekeluarga juga bahagia selamanya...
Salam Tikah..
Amin terima kasih juga untuk doamu dekk..walaupun masih belum berumah tangga itulah harapan kita semua kan. insyallah...semoga dirimu dekk dipertemukan jodoh yg baik didunia dan akhirat.
Salam kak sidah..
Insyallah kak, doa saya untuk akak juga ...moga bahagia dunia akhirat amin.
Salam Dinda Afezz.
Ohh yer samer ker...emmm lenlaki bole kita sambut samer2 nakk...hehehe masa tu pastikan ko bawaklah mrs nya hehehe..
Salam AZ...
Terima kasih atas doa tu...bahagia nengok az dan mrs sekeluarga, ...semoga kebahgiaan kita semua berkekalan AZ...insyallah..
Pssst Az...yerlah tu afezzz tu..adik2 buat penyeri maya...hehehe
Salam komato..
Terima kasih atas doa2 tu..semoga komato dan keluarga juga bahagia selamanya insyallah
Salam Kak Chiq...
Terima kasih kak chiq walaupun kita jarang berkunjung sesama kita dalam blog namun namamu.dll .dalam PDKM..tu tersemat kemas dihati akak nih...semoga kak chiq juga sentiasa bahagia hendaknya...
Salam kak Hajah zainab
Terima kasih untuk doa2 akak tu...semoga akak juga sentiasa bahagia bersama suami dan anak2.
Salam Ayahanda
Terima kasih atas ucapan dan doa dari ayahanda.. semoga ayahanda dan bonda sentiasa bahagia hendaknya...dari dunia hingga ke akhirat sana...
Salam Shami,
Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke 14. Semoga penjalanan hidup bersama-sama suami & keluarga tercinta semakin bahagia. Dan didoakan semoga murah rezeki, baik kesihatan, dijauh dari segala kesusahan dan gembira selalu.
Wasalam dari abangsulung sekeluarga.
ngeh ngeh ngeh terlambat wish ke pulak..
Selamat menyambut ulang tahun kelahiran buat akak n abg..
Salam Abang sulung..
Terima kasih untuk doa abang sulung pada saya sekeluarga, moga abang sulung sekeluarga juga sentiasa bahagia dalam rahmat Allah..
Salam che pit..
Apo terlambat pulak dekk ...akak dan abang doakan kamu bertemu jodoh yagn baik dunia dan akhirat insyallah..
salam kak shahmi
Happy 14'th anniversary
SEMUGA SYURGA keluarga ini kekal selamanya
Berdinding iman, bepagar amal dan paksi kasih sayang yg segar berterusan.
P/S best baca ayat2 akak kt komen CL, menyucuk ke qalbu..muga rindu kita menjadi kenyataan MH menjadi impian.amin
Salam ain...
Dah balik kesini dah ker...hehe mesti bestkan balik kg..
Tu dia ayat cinta untuk Allah dekk heheh moga suatu hari kita sampai kesana jua...cinta Allah cinta abadi...cinta suami jambatan kesyurga...insyallah
congratulations. reminds of my marriage also gonna be 14 wonderful years. we r about the same was 23 hubby 26 then... yes segalanya diharungi dgn suka dan duka semua buat kita matang dan melihat hari semalam dan bersyukur padaNYA dengan baik dan buruk yang dikurniakan.. AMIN more years to go..
Salam Kanda Shami,
Adoii lambat plak sampai ke sini..
Maaf kak..
Apa2 pun selamat ulangtahun ke 14..
Alhamdulillah, akak dan abg Helmi telah berjaya melayari rumahtangga selama ini..dan semoga ianya terus kekal hingga ke hujung nyawa..Amin
Salam Nery..
Semoga perkahwinan kita bahagia dan kekal selamanya....insyallah..
Salam dekk syima..
Amin untuk doamu dekk..
Terima kasih dekk syima...moga dekk syima ketemu jodoh yang diidamkan..baik untuk dunia dan akhirat...insyallah
P/S: Malu2 aar hari tu..hehhe tak leh sembang lamer2kan...
Catat Ulasan