Isnin, 19 Oktober 2009

Aktiviti Aku sekeluarga...dan jiran2

Percutian keluarga taman rawang perdana 2008

Percutian keluarga taman rawang perdana 2009


Kedua-dua gambar di atas adalah gambar kenangan aku sekeluarga melakukan aktiviti percutian bersama keluarga2 di taman perumahan tempat aku tinggal
Aktiviti ini telah dijalankan sejak tahun 2006 lagi...
Jumlah keluarga yang terlibat adalah lebih kurang 20 semuanya
Komiti percutian diketuai oleh suamiku
Kebiasaannya duit simpanan bagi tujuan percutian akan dikumpul setiap bulan
Aktiviti memasak dan urusan adalah dikendalikan suami masing2
anak2 dan isteri cuma membantu apa yang perlu dan selebihnya berehat...
Kesemua ahli keluarga terlibat adalah juga jemaah surau..
Segala aktiviti baik memasak, kematian, percutian, program motivasi, ceramah dll
dilakukan oleh komiti yg sama....
Pastinya suamiku adalah orang penting...
Bak kata komanden bagi gerak kerja yang akan dibuat...
Macam juga jawatan Chief Operation Officer gitu..
Dek kerana itu aku dan anak2 perlulah berkorban masa dan juga ruang yang ada
bersama2nya...kadang2 geram juga kalau urusan keluarga tergendala
Kalau diajak kawan risau pula ganggu mereka maklumlah masing2 dah berkeluarga
Itulah banyak masa dihabiskan dalam rumah saja
Lebih2 sangat baca buku dan kemas rumah ja
Ataupun hafaz doa2 atau apa saja ...buat mengisi masa
Hujung minggu hadiri kelas2 agama anjuran muslimat..
Wahai kawan2 itulah cerita yang ada...khusus kaum ibu larrr
Yang sibuk bekerja...hari kerja toksah citarlah
sibuknya....hehehe cuba teka...masa tentu cemburu kan kita






7 ulasan:

ummi humaira berkata...

salam Sham
best kan kalu dpt geng PDKM buat rehlah gitu..bagi ler cadangan kat Helmi srh urus group kita lak...He he he

shami2 berkata...

Salam kak Ummi
Itulah kalau dpt..pasti seronok kan...camnar..kena bina komiti dulu kemudian bahagikan tugas...barulah ringan sama dijinjing beat sama dipikul..betui dak...

Atikah berkata...

Salam Kak Shami,

Bagus juga cadangan tu, aktiviti cam nie dapat merapatkan ukhwah... Akak, akak masukkan jer cadangan akak nie kat blog CL... pasti ramai yang menyokong...

shami2 berkata...

Salam dik tikah

Yer ker dek...insyallah kena war-warkan pad CM ni dia pengerusikan..hehhehe

SiNoMoSa berkata...

Salam Kak Shami2

Salam perkenalan kak
Bila tengok akak pun QS..so rasa cam bestnya jumpa kaum kerabat kat sini hehe

norsidah berkata...

Salam Shami2,

Salam perkenalan, akak setuju dengan cadangan kita buat perjumpaan beramai2 group PDKM bila CL balik nanti, akak boleh jadi salah seorang komitinya, kalau semua setuju best kan. Tapi bila tarikh nya ya shami, sebab pada 01/01/2010 ni akak nak buat kenduri perkahwinan anak akak, nanti insyaallah akak jemput group PDKM ,sudi sudikan lah hadir di majlis itu nanti ye.

shami2 berkata...

Salam Sinomosa

Terima kasih ziarah blog saya...samer ker bidang kiter...alhamdulillah..

Salam kak Norsidah..

Terima kasih juga kunjungi saya..harap2 perjumpaan GPDKM akan menjadi kenyataan suatu hari nanti..wah bagus dah ada yg offer diri ni..kena bagitau kat presiden kita CM dan juga orang kuat Kak Noor ...
Insyallah kak kalau dekat dan takder aral melintang pasti kami bole pergi..kena set time elok2 dpt jumpa serentak....best nih

Pak Ngah Hilmi Grill Lamb & Catering Ramadan 1438 Hijrah

Kerabu taugeh & perut Gulai ikan masin versi utara Acar jeruk goreng Sayur campur Da...