Percutian keluarga taman rawang perdana 2008
Percutian keluarga taman rawang perdana 2009Kedua-dua gambar di atas adalah gambar kenangan aku sekeluarga melakukan aktiviti percutian bersama keluarga2 di taman perumahan tempat aku tinggal
Aktiviti ini telah dijalankan sejak tahun 2006 lagi...
Jumlah keluarga yang terlibat adalah lebih kurang 20 semuanya
Komiti percutian diketuai oleh suamiku
Kebiasaannya duit simpanan bagi tujuan percutian akan dikumpul setiap bulan
Aktiviti memasak dan urusan adalah dikendalikan suami masing2
anak2 dan isteri cuma membantu apa yang perlu dan selebihnya berehat...
Kesemua ahli keluarga terlibat adalah juga jemaah surau..
Segala aktiviti baik memasak, kematian, percutian, program motivasi, ceramah dll
dilakukan oleh komiti yg sama....
Pastinya suamiku adalah orang penting...
Bak kata komanden bagi gerak kerja yang akan dibuat...
Macam juga jawatan Chief Operation Officer gitu..
Dek kerana itu aku dan anak2 perlulah berkorban masa dan juga ruang yang ada
bersama2nya...kadang2 geram juga kalau urusan keluarga tergendala
Kalau diajak kawan risau pula ganggu mereka maklumlah masing2 dah berkeluarga
Itulah banyak masa dihabiskan dalam rumah saja
Lebih2 sangat baca buku dan kemas rumah ja
Ataupun hafaz doa2 atau apa saja ...buat mengisi masa
Hujung minggu hadiri kelas2 agama anjuran muslimat..
Wahai kawan2 itulah cerita yang ada...khusus kaum ibu larrr
Yang sibuk bekerja...hari kerja toksah citarlah
sibuknya....hehehe cuba teka...masa tentu cemburu kan kita