Alhamdulillah hari ini semua permasalahan telah sempurna diselesaikan dan menunggu cek bayaran sahaja. Hak mutlak bukan aku yg punya tapi aku hanyalah pemegang amanah saja
Walau susah, walau payah berjaya kuharungi sampai kesudah
Berkat kepakaran dan ilmu yg ada serta doa2 yang kupanjat sekian lama
Kepada insan yang berkenaan walaupun kalian berkira2 dolak dalik sini sana
Jangan lupa, kini duit telah terbentang didepan mata
Kala ini hatimu mudah lalai dan lupa
Setiap janji dikotak katik dicanai bagai
Namun aku bukanlah insan yang mudah putus asa
Demi amanah dan keredhaan Allah Yang Maha Esa
Biarlah semuanya itu berlalu bagai kaca jatuh berkecai
Daku tahu kalian semua dalam kelam tak pernah selesai
Harta dan kekayaan dunia status dan kemewahan bukan suatu perisai
Buat kita insan lemah yang serba lalai
Kepada Allah janjiMu kuterima pakai
Mungkin hikmahnya aku sendiri tidak mampu nilai
Hari ini aku gembira kerna dapat selesaikan suatu urusan
hidup insan lalai
Moga hidayah berkah sampai
Buat membentuk dirinya yang sudah lama tertingai
