Inilah group kerja aku yang beroperasi di site sepanjang lebuh raya KL-KaraK & LPT ni
Gambar ni di ambil semasa belum bulan posa,
mereka buat kerja pasang signboard Lebuhraya
Abang Sugu baik dengan ku semua arahan aku dia follow jer..kalau orang bagi arahan dia tak mau terima, tapi kakak punya pasal dia buat...kerja (kakak tu panggilan dia pd aku)
Cerita macam mana dia bole baik ngan aku lebih kurang begini
Pada satu hari dia datang ofis aku..bukan nak ambik duit hasil kerja
Tapi sebab mengadu isterinya berbadan dua koma sebab jatuh bangku
3 hari tak sedar diri semua Dr pakar..dah macam buat telahan
Hakikatnya anak ( 1st babay) dalam kandungan telah pergi buat selama-lamanya
Dia cuma citer kat kawan aku yg perempuan berbangsa India sahaja
Bila kawan aku citer kat aku, aku pun dengan selamba cakap dengan dia
Bang Sugu nanti jumpa isteri pegang tangan dia
Cakap sama dia abang sayang dengan dia
Anak yang dah meninggal dalam perut tu lepaskan saja pergi
Tak mengapa abang sugu tak marah
Nanti Tuhan bagi lagi pada kita...itu saja..
Abang Sugu yg jujur itu pun buatlah macam mana yang aku cakap
Besoknya isteri dia dah boleh buka mata tulah kisahnya
Bila dia datang jumpa aku, aku bilang sama dia kerja rajin2 nah
jangan lewat2 tak baik...tau
Itulah kisahnya...namun hidayah tiada dapat olehnya
CM ni abang sugu bukan abang samad tau....hehhehe