Memaparkan catatan dengan label Keluarga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Keluarga. Papar semua catatan

Rabu, 5 Mei 2010

Keluargaku




Inilah gambar keluargaku yang terbaru, diambil semasa hari raya aidilfitri yang lalu dirumah mak ......
Untuk pengetahuan kak S dan Pak megat adalah blogger yang tinggal berdekatan dengan rumah mak....betul dak kak S dan Pak megat...ayah ada tanya nama penuh pak megat siapa hehehe nanti jawab aar mungkin ayah mengenali keluarga pak megat kat kg lubuk tu..heheh
Setelah 14 tahun, anak2 dah besar ...alhamdulillah
Rumah ayah dan mak pun dah makin besar sebab anak cucu ramai ..heheh
Dirumah nilah segala memori hidup aku tercatat semuanya...baik yang manis maupun yang masam...pahit tu insyallah tak der....
Anak2 ayah dulu ada seramai 7 orang..3 dah berkeluarga 1 ibu tunggal dan 1 bujang dan 2 masih belajar....sekarang segala beban ayah sudah ringan..cuma beban menolong sedara mara dan juga bisnes dia sendiri...sebab tu ayah ada masa nak bela burung2 terkukur tu..hehehe tapi mak juga memainkan peranan jadi tukang jaga burung2 kut2 ayah lupa ...hehhe
Dirumah inilah juga sekarang ini along balik bercuti hujung minggu jumaat sabtu...
sementara mama dan baba ada di Rawang...sibuk berkerja...dan adik2 yang lain bersekolah..
cuma telefon penghubung..kami semua buat sementara ..
Insyallah cuti sekolah nanti..kita akan pergi bercuti bersama2...
Di kg wan ngan mak (panggilan tuk perempuan dari anak2 ) ada..dialah ganti mama buat
sementara....mudah-mudahan along gembira walaupun berjauhan dengan keluarga ....

Selasa, 27 April 2010

Anak2..

Gambar masa bulan ramadhan 2 tahun lepas semasa majlis berbuka puasa & solat terawih di pejabat suami Mimos Bhd
Angah berjubah putih, hari ahad lepas dia telah mendapat tempat pertama dalam pertandingan membaca khutbah, (amal islami) wakil sekolah bagi peringkat zon..9hb Mei nanti angah akan mewakili sekolah bagi peringkat daerah, angah adalah pelajar yang selalu menjadi perhatian guru2...bakat kepimpinannya terserlah...
Abang cik, juga akan menjejaki angah....


Along dan baba, Along cemerlang dalam bahasa Arab, dan sekarang dalam proses hafaz surah sajadah

Adik mimi selepas solat hari raya korban , satu-satunya anak perempuan dalam keluarga, begitu petah bercakap, cepat berfikir, manja, dan disukai semua kawan...

Adik mimi, mama, baba , kak umi dan anak2



Alhamdulillah aku dan suami dikurniakan 4 orang cahaya mata..

3 lelaki dan seorang perempuan...

Along dah pun 13 tahun, ( Sekolah Agama Nadhzah Bukit Besar ~ Kedah)

angah dah 12 tahun, ( UPSR 2010)

bang chik 10 tahun (darjah 4)

dan adik mimi 6 tahun ( Taski Al fatihah ~ Masjid Nurul Iman Rawang)

Inilah antara gambar yang ada dalam simpanan.

Inilah buahhati aku, ...
Mereka semua dilahirkan secara pembedahan..

Bermakna aku telah pun melalui proses pembedahan sebanyak 4 kali..

Bila teringat balik..saat2 menghadapi pembedahan serta proses yang terlibat

Terasa sungguh ngeri...kerana pembedahan dilakukan secara separuh sedar

segala proses, dapat di dengar....

Setiap kali pembedahan terdapat pelbagai pengalaman yang aku tempuh...

Hari ini semuanya sudah berlalu...

Bila anak2 tanya macam mana proses kelahiran mereka...

aku akan tunjukkan parut pembedahan tu...

ada perubahan pada riak wajah masing2....

kerana semasa kursus kepimpinan sebagai pengawas sekolah

Angah dan abang cik ada menceritakan...mereka ditunjukkan

proses kelahiran bayi secara pembedahan...sebagai suatu pengajaran pada pelajar2...

Sepanjang proses mengandung...banyak surah2 dalam Alquran telah aku amalkan..sebagai mana banyaknya diterangkan dalam buku dan bahan bacaan....tentang pendidikan semasa proses mengandung....

Semasa proses mengandung juga adalah suatu tempoh dimana aku menyambung belajar...

3 anak2 ku...dikandung dan dilahirkan dalam tempoh waktu belajar dan yang keempat dikandung semasa konvokesyen....alhamdulillah segala pengorbanan dituai nya segulung ijazah bersama 4 orang cahaya mata...

Kini tiba masa untuk mereka belajar dan menyiapkan diri bagi masa depan mereka pula..

Doa dan nasihatku agar mereka belajar bersungguh2, patuh nasihat ibubapa dan juga guru2..ustaz dan ustazah...

jaga solat, rajin membaca Al quran...insyallah mudah-mudahan mereka menjadi insan

yang berguna pada agama, bangsa dan negara....berjaya dalam hidup mereka di dunia dan akhirat amin..